Berita

Digigit Ular Sawa Ketika ‘Melepaskan Hajat,’ Jari & Paha Gadis Cedera

Share

Digigit ular sawa ketika ‘melepaskan hajat,’ jari dan paha gadis cedera. Seorang gadis berdepan detik cemas apabila paha dan jarinya ‘rabak’ akibat digigit ular sawa ketika membuang air besar.

Digigit Ular Sawa Ketika ‘Melepaskan Hajat,’ Jari & Paha Gadis Cedera

Menerusi perkongsian individu bernama Bella di X @lovinghansoll baru-baru ini, dia turut memuat naik gambar menunjukkan keadaan tangannya yang luka dan berdarah selepas bergelut dengan ular kira-kira satu meter (m) panjang.

Menurutnya, segalanya bermula apabila dia sedang melepaskan ‘hajat’ sambil bermain permainan dalam talian, tiba-tiba dirinya digigit reptilia terbabit di bahagian paha.

“Saya tengah buang air besar dalam tandas duduk. Rumah taman ya bukan rumah kampung. Lepas dah siap buang air, saya masih duduk sebab perut terasa sakit lagi.

“Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu gigit paha saya, ia lebih tajam daripada pisau cukur dan ada banyak gigi. Ular ini gigit betul-betul kuat, macam benamkan gigi dalam kulit.

“Jadi, disebabkan nak selamatkan diri saya pegang mulutnya. Sudahlah gigi tajam sebab itu jari saya banyak luka. Mula-mula tak sedar ia seekor ular sawa yang besar sehinggalah haiwan itu berhenti menggigit saya. Ular itu datang dari dalam lubang tandas,” katanya.

Difahamkan, insiden mengerikan tersebut berlaku di rumahnya di Pontian, Johor.

Bella turut memaklumkan, lantai bilik air penuh dengan darah disebabkan kejadian mencemaskan itu.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak menangis sama sekali tetapi lebih kepada perasaan takut dan trauma yang menyelubungi diri.

“Saya ada menjerit tapi tak menangis. Ayah datang dan bawa saya keluar dari bilik air tetapi sempat tengok belakang dan ular itu memang sangat besar! Tak dapat tangkap kerana ia lari semula ke dalam lubang tandas.

“Jadi, saya terus ke hospital. Cuma cuci luka dan makan antibiotik memandangkan ular sawa tiada bisa,” ujar gadis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa, Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi

Ngeri, Ular Sepanjang 1.2 Meter Masuk Dalam Mulut Wanita Semasa Tidur!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

Published by
Has