Digelar zombie dan ada masanya dipanggil raksasa. Inilah yang dialami oleh seorang wanita yang menetap di Brazil. Perasaan malu dibuang ke tepi dan hidup hari diteruskan.
Walaupun keadaan wajahnya yang digelar zombie, dia mempunyai pengikut tersendiri untuk mengetahui kehidupan hariannya. Terbaru, satu keajaiban apabila dia selamat melahirkan bayi sempurna dan sihat.
Karine Felipe adalah seorang wanita yang berpengaruh dii Brazil. Dia menghadapi masalah kesihatan sepanjang hidup. Ketika dilahirkan, dia didiagnosis dengan ‘Xeroderma Pigmentosum’ iaitu sejenis keadaan genetik yang aneh, bersifat keturunan dan tidak dapat diubati.
Walau bagaimanapun, msalah kesihatan dan genetik ini tidak berjangkit dan ia berkaitan dengan hipersensitiviti kulit terhadap sinaran ultroviolet. Boleh dikatakan seluruh kulitnya nampak cedera dan penyakit ini jarang berlaku kerana tiada penawarnya.
Dikenali sebagai Kah, dia telah menjalani pembedahan lebih daripada 150 kali sepanjang hidupnya. Dia telah kehilangan sebahagian dari hidung, telinga, mata dan mulutnya. ]Perkara yang mustahil buat dirinya tentulah untuk melahirkan anak itu sesuatu yang sukar.
Lahirkan Anak, Satu Keajaiban
Kuasa Allah, perkahwinan dengan Edemilson telah membawa kepada kehamilan buat Kah.
Dalam tempoh 9 bulan, adalah hari-hari yang sangat merisaukan dirinya terutamanya memikirkan tentang kelahiran bayi yang dikandungnya.
Ads
Sepanjang mengandung, dia mengambil langkah berjaga-jaga dan langsung tidak memberitahu umum. Dia menyembunyikan perutnya dari kamera selama 4 bulan kerana kesihatannya semakin lemah.
Ramai pengikutnya risau dengan kesihatan Kah. Tetapi dia bertekad untuk teruskan. Kesihatannya akan menjadi pertaruhan dan persoalan yang berman di fikiran ialah, bagaimana bayi akan dilahirkan.
Kini, melahirkan bayinya ialah satu “keajaiban”.
Tenyata selepas memotong tali pusat, Zaya, anaknya berehat dalam dakapan ibunya. Kemudian, doktor mengambil bayi itu untuk menjalankan ujian yang telah ditetapkan.
Ads
Berita gembira buat dia dan suaminya adalah anak yang dilahirkan itu mempunyai kesihatan yang baik.
Pernah Temui Kegagalan
Sering mendapat ejekan dan pandangan serong masyarakat luar sehingga digelar raksasa atau zombie. Tetapi tiada apa yang menghalang dia dari menemui cinta dan bertemu dengan Edemilson.
Hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan pada tahun 2020. Mereka bahagia walaupun ada masa tidak mempunyai duit bagi rawatan Kah.
Pada Ogos 2022, dia berjumpa dengan doktor dan memberitahu bahawa ada tumor di bahagian paru-paru. Pasangan ini terpaksa berhenti kerja di restoran burger dan suaminya perlu menjaga Kah sepenuh masa.
Sebelum ini, mereka pernah menjalankan perniagaan tapi simpanan yang ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pembedahan ini. Sehinggalah keluarga ini berjaya mendapat sumbangan daripada pengikut.
Ads
Pada masa yang sama, bagi memastikan keadaan dirinya baik, dia perlu menjalani rawatan dengan menyapu beberapa produk yang sangat mahal pada kulitnya dan menggunakan krim pelindung cahaya matahari.
Kini, mereka hidup bahagia dan dia tetap terus berjuang.
Mingguan Wanita : Takdir Allah, walaupun menghidap penyakit yang tiada penawar, keturunan tapi syukur anak yang lahir itu sempurna.
Sumber: Sensasi
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Pakar Sakit Puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Gambar ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan Itzamara dan kembarnya (kotak kuning).
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Pelajar 14 tahun meninggal dalam tidur, mimpi arwah isteri jadi petanda anak dijemput Allah. Hebatnya ujian Allah ke atas bapa ini. Ujian yang tidak semua orang mampu hadapinya.
Di saat orang lain punya ramai ahli keluarga, namun bagi Kadri dirinya kehilangan satu persatu ahli keluarga. Bermula dari isteri, diikuti anak perempuan sulungnya yang meninggal akibat keguguran dua tahun lepas, terkini anak lelaki tunggalnya yang berusia 14 tahun, Muhammad Khairul Anuar pula mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia.
Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur
Muhammad Khairul Anuar, 14 tahun mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia dua tahun lalu.Jenazah pelajar ini selamat dikebumikan selang beberapa baris dari kubur kakak sulungnya, Shulnanif Kadri.
Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama. Arwah sepatutnya mewakili sekolah dalam pertandingan acara memanah peringkat negeri Pahang namun takdirnya berubah apabila ditemui sudah meninggal.
Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Sebelum kejadian tidak terduga menimpa satu-satunya anak lelaki yang ada, bapa tunggal ini mengakui dirinya ada bermimpi bertemu arwah isteri.
“Patutla saya rindukan dia. Ketika dirinya masih di asrama. Dah dua tiga hari perasaan rindu itu datang. Malam tadi saya mimpikan mak dia cikgu. Rupanya ini petanda saya akan kehilanganya” katanya yang berkongsi perasaan sedihnya dengan seorang guru, Mohamad Afbrar Sulaiman.
Apa yang lebih menyayat hati, di saat dirinya diuji berterusan dengan kematian ahli keluarga, terkini seorang lagi anak perempuan keduanya, Ustazah Maisarah sedang bertarung dengan kanser. Penyakit yang sangat ditakuti ramai kerana kesannya.
Kunjungan dari ahli politik DS Ismail yang menyampaikan sumbangan buat keluarga iniUstazah Maisarah yang juga anak kedua sedang menderita kanser. Moga diberi kesembuhan buat keluarga ini yang diuji satu persatu dengan kematian.
Sementara itu perkongsian fb dari ahli politik Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam ziarah kasih kepada keluarga yang diuji ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siang tadi ziarah ke rumah Abg Kadri di Flat C Rantau Perintis ekoran khabar duka yang kami terima semalam.
Anak bongsunya, Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama..Semoga abg Kadri tabah dan sabar..Mohon doakan juga kesihatan buat anak ke 2 Abg Kadri yang menghidap kanser, semoga diberi kesembuhan.. InsyaAllah
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Moga ujian sebesar ini menguatkan semangatnya untuk kekal tabah.
Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Peningkatan gelombang pandemik COVID-19 memang cukup membimbangkan.Pelbagai langkah berusaha dilakukan oleh setiap negara bagi menurunkan jangkitan kes COVID-19 ini.
Darurat Sebulan
Terbaru, Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.
Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis).
Kes Jangkitan Harian 6,000
Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.
Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila 1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.
Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.
Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.
Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.
MW: Di Malaysia pun sedang berlaku gelombang peningkatan kes COVID-19. Memang cukup membimbangkan. Semoga kita dapat menjaga diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani serta mengurangkan kes penularan jangkitan COVID-19 ini.