Digelar mak lampir & difitnah, paling pedih dikhianati orang tersayang – Afreena. Sangat menyedihkan suami yang sepatutnya menjadi pelindung namun suami jugalah yang mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap isteri. Tidak setakat menuduh namun menggelar isteri dengan gelaran tak sepatutnya keluar dari mulut seorang suami.
Inilah luahan rasa isteri Along Cham, Afreena Suhaimi yang berhadapan dengan emosi menyedihkan apabila difitnah suami sendiri terutama melibatkan kes wang diberi orang ramai bagi jaminan Along yang berhadapan dengan isu dadah.
Jelas Afreena, sekali pun pelbagai hinaan diterimanya termasuk digelar mak lampir oleh Along Cham, namun dia masih menyayangi suaminya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena berkata dia tidak akan mengaibkan suaminya serta menjelaskan masih menyayangi suaminya itu.
“Tidak apa, awak boleh dedahkan apa saja kenyataan yang awak nak. Awak masih suami dan saya tak akan aibkan awak walau apapun yang terjadi atau fitnah awak. Siapa tak sayang suami kan?,” tulisnya.
“Mak lampir? Scammer 100K? Curang?, sekat keluarga? Apa lagi? Apa yang dah jadi kepada suami yang saya kenal? Sebab awak bukan macam ini. Terima kasih suamiku untuk semua ini. Tapi saya masih ambil berat, rindu dan sayang,” katanya.
Dalam pada itu, Afreena turut bersyukur kerana duit hampir RM100,000 di mana dia dituduh menyelewengkan wang itu akhirnya mula terbukti kebenaran.
“Mana-mana lagi yang fitnah saya, sila putar belit cerita ya. Perkara berkaitan undang-undang ini saya tak akan berani nak langgar atau putar belit cerita. Saya ada bukti kukuh,katanya sambil berkongsi bukti penyata bank yang telah diserahkan kepada pihak polis iaitu IPD Kajang dan IPK Selangor.
Dalam berkongsi kemelut isu ini termasuk dakwaan Along Cham yang dirinya melanggar taklik perkahwinan termasuk isu keguguran anak yang dibangkitkan oleh Along sendiri, Afreena turut berkongsi petikan kata dari Dato Nurul yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Zahid Hamidi berkaitan fitnah.
Dato Nurul yang dilihat memberi sokongan kepadanya menulis betapa sakitnya bila difitnah di media sosial, dimalukan di khalayak ramai tapi percaya akan adanya balasan dari Allah. Malah meminta dirinya bersabar dengan ujian dilaluinya.
Dalam pada itu, Afreen memaklumkan menyayangi wanita itu dan mengakui paling sakit adalah bila difitnah oleh lelaki yang kita sayang,” katanya yang berkongsi hantaran tersebut di IG storiesnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE