Diet ni kena disiplin. Tak boleh ikut-ikut orang dan pastikan ia sesuai dengan keperluan tubuh anda. Memandangkan kita sedang berada dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ untuk tempoh 14 hari, jom kita mulakan dengan sesi diet. Lagipun tak lama lagi nak puasa, apa kata kita mulakan sesi latihan ‘berpuasa’. Jom tampil sihat dan langsing mak-mak sekalian.
Diet Atkins(diet rendahkarbohidrat)
Diet Atkins merupakanjenis diet yang menekankan konsep rendah karbo untuk mengawal tahap insulin tubuh. Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Sesungguhnya pengambilan karbohidrat yang banyak, boleh meningkatkan kadar insulin dan badan akan menggunakan karbohidrat di dalam badan sebagai punca tenaga berbanding lemak.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikankepadaempatperingkatutama yang perludiikutidenganpenuhberdisiplin dan dedikasijikaandainginmencapaiberat ideal. Empatfasaberikutadalah :
Induction(permulaan dan pengenalan) duamingguataulebih, mengikutkeadaan berat badan.
OngoingWeight Loss (penyusutanberatberterusan)
Pre-maintenance
LifetimeMaintenance
Anda juga dinasihatkan perlahan-lahan menghentikan pengambilan gula dalam apa jua bentuk sekali pun. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasar raya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. Elakkan pengambilan makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati juga memilih sos dan kicap.
2. Diet IntermittentFasting (IF)
Intermittent fasting adalah diet dengancaramengaturpolamakanan. Ibarat sepertiberpuasacumabezanyaialahianyahanyadalamtempohtertentu. Waklau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh ‘berpuasa’ bagi mengelakkan dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa. Di Malaysia, selebriti Lisa Surihani antara individu yang dilihat berjaya mencapai berat ideal menerusi IF. Di Hollywood pula, selebriti seperti Jennifer Aniston, Miranda Kerr, Beyonce, Christian bBale dan Ben Affleck antara yang sukses mencapai berat ideal dengan diet versi ini. IF.
Ads
Mengamalkan teknik 16:8 iaituandabolehmakanapasahajadalamtempohlapan jam, manakala 16jam berikutnyaandaberpuasa. Dalamtempoh ‘berpuasa’ ituandadibenarkanminum air kosong, tehhijau, minumtehatau kopi tanpagula dan juga susu. Dalamtempoh 16jam tanpamakanitu, kamuperlumelatihmindauntuk menjalani hari seperti biasa kerana anda mungkin sedikit letih di awal permulaan diet. Diet IF tidak memaksa individu untuk bersenam dengan kerap. Tetapi jika anda memilh untutk bersenam, ia adalah satu bonus dan mempercepatkan misi anda mencapai berat idaman.
Diet Keto
Diet keto adalahsejenis diet yang merupakanpolamakanrendahkarbohidrattetapitinggi lemak. Diet inimiripkepada diet Atkins (rendahkarbohidrattetapitinggi protein). Walaupuntinggi lemak, diet Keto telahterbuktiberjayamembantumenurunkanberat badan dan meningkatkankesihatan. Diet keto juga dilaporkanmampumengekangkehadiran diabetes, kanser, epilepsi dan juga Alzheimer.
Diet keto dilakukandengancaramengurangkanpengambilan karbohidrat dan menggantikannya dengan lemak. Penurunan kandungan karbohidrat membuatkan tubuh tidak lagi mendapat sumber tenaga sehingga berlakunya situasi yang dikenali sebagai ketosis.
Ketosis merupakan proses metabolisme normal berlaku ketika tubuh tidak memiliki cukup glukosa (karbohidrat) sebagai tenaga. Tubuh kemudian membakar lemak yang tersimpan sebagai penggantinya. Dengan mengamalkan diet keto secara konsisten akan membuatkan kadar gula dalam darah serta insulin menurun.
Ads
4. Diet Paleo
Diet Paleo ataudikenalisebagai diet zaman batu: menekankan pengambilan makanan organik. Diet ini juga menggalakan pengambilan makanan seperti sayur-sayuranm buah-buahan dan juga kekacang. Makanan organik seharusnya bersifat natural ataupun alami. Bukan makanan yang berproses, tinggi gula dan juga garam. Bijirin yang telah diproses tidak termasuk di dalam kelompok makanan organik.
Apa yang bolehdiambil?
Ads
Daging yang di-grass fed (makanrumput & tumbuhan) bukan grain-feed (makanbijirin)
Fowl (ayam) atauitik, ayambelandaIkan yang liar, bukandibela.
Sayur- sayuran yang tidak digoreng
Minyak seperti minyak zaitun (oliveoil), minyak kelapa (coconutoil)- minyak yang organik
Kekacang sebagai snek
Diet 1200 kalori
Program diet 1200 kalori adalah salah satu cara paling efektif untuk menurunkan 20 kg dalam waktu 90 hari. Diet ini juga memerlukan anda memuat naik aplikasi untuk memudahkan pengiraan kalori. Aplikasi tersebut adalah MyFitnessPal dan juga penimbang makanan. AppsMyFitnessPal ini sudah diguna pakai oleh mereka yang meminati aktiviti kecergasan di pusat gimnasium seperti di Indonesia, Singapura dan Malaysia khususnya.
Penimbang makanan pula untuk membantu kita menyukat kuantiti makanan dengan tepat. 200g nasi berbeza jumlah kalorinya dengan 150g nasi. Kalau kita tak timbang makanan, contohnya kita kira sesenduk nasi. Kiraan kalori kita mungkin tidak tepat. Dengan adanya dua peralatan ini, kerja-kerja mengira kalori akan menjadi lebih mudah. Antara keluhan mereka yang mencuba teknik 1200 ini adalah mereka tak selesa, kerana hanya dapat makan pada kuantiti yang sangat sedikit.
Tiada gula & karbo selama 10 hari
Sejak Januari 2020, superstarJenniferLopez berjaya tidak mengambil gula dan juga karbo selama 10 hari berturut-turut. Ramai yang terpesona dengan perubahan sosok tubuh JLo dan membuatkan diet yang diamalkan mula menjadi perhatian dan ikutan ramai. JLo berkongsi rejim diet barunya itu menerusi instagramnya dan mencabar pengikutnya untuk meneruskan cabaran 10 hari tanpa gula dan karbo. Dalam tempoh itu apa sahaja makanan yang punya gula dan karbo tidak disentuh langsung. Gembira dengan hasil setelah 10 hari mengamalkannya, JLo kemudian memberi tempoh bertenang untuk lima hari berikutnya. Sebelum memulakan sesi kedua diet 10 hari itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tombong selalu dikaitkan dengan wanita yang tak berpantang dengan elok atau jenis suka angkat berat waktu zaman anak dara. Tetapi betul ke kalau makan jamu masalah tombong akan hilang?
Haaa… kali ini anda boleh semak secara jelas mengenai tombong atau lebih dikenali dengan rahim jatuh melalui perkongsian Doktor Erna Nadia, jemput baca!
Ramai yang PM tanya pasal tombong. Maaf kalau saya tak reply sebab saya fikir baik saya buat satu artikel tentang tombong sebab ramai yang takut sangat.
Asalnya saya tak faham apa itu tombong.
Jadi, saya google.
Bila google tombong, yang keluar semua blog atau page dari penjual produk.
Semuanya menggunakan ayat untuk menakut-nakutkan wanita.
Dan memang itu sahaja modal mereka untuk berniaga.
Buat cerita atau ayat, nanti orang mesti takut lepas tu mesti orang akan beli.
Ok,jom kita ambil tahu apakah tombong.
Tombong atau bahasa lainnya adalah rahim jatuh.
Dalam bahasa perubatan pula adalah uterine prolapse.
Uterine prolapse ini terjadi apabila otot otot dan ligamen ligamen yang menyokong dan memegang rahim menjadi lemah. Apabila telah lemah, rahim akan terkeluar atau ‘jatuh ‘ dari kedudukan asalnya.
Lelaki juga boleh mengalami masalah ini. Tapi depa tak ada rahim, jadi ada bahagian lain yang akan terlibat. Masalah ini secara keseluruhannya kita sebut sebagai pelvic organ prolapse (masalah jatuh bahagian pinggul).
Kenapa berlaku tombong kita dah tahu. Tapi siapa yang berisiko?
1. Wanita yang melahirkan anak.
Hal ini adalah normal kepada semua wanita terutamanya yang melahirkan secara normal kerana semasa proses kelahiran, banyak tenaga dan trauma telah berlaku di kawasan sekitar rahim. Ada juga yang mengalami masalah salah teran. Ada yang melahirkan anak yang besar secara normal.
2. Faktor usia
Semakin meningkat usia kita, otot dan ligamen kita menjadi sedikit lemah jika kita tak lakukam senaman dan tak kawal pemakanan. Ingat, masa adalah otot.
Selepas menopos, hormon estrogen di dalam badan kita berkurang menyebabkan rahim kita juga sedikit lemah.
3. Obesiti dan lebih berat badan
Sebab tu elok kekalkan berat badan kita dalam lingkungan normal.
BMI yang normal adalah 18-24
Cara kita BMI adalah berat(dalam kg) bahagi dengan (tinggixtinggi) ,tinggi dalam meter.
Contoh : 50 kg / (1.6×1.6) = 19.53 ( normal)
Jika BMI 25-29 : lebih berat badan
BMI lebih dari 30 adalah obesiti.
Hati hati dengan obesiti, kerana banyak penyakit yang boleh diundang tanpa dijemput.
4. Batuk berpanjangan
Sebab itu jika batuk, dapatkan rawatan yang betul. Jangan malas ke Klinik.
5. Sembelit
Masalah tombong meningkat risikonya bila kita selalu meneran sewaktu membuang air besar. Kerana kita paksa otot dan ligamen di kawasan pinggul untuk kerja lebih dari biasa dan menggunakan tenaga yang banyak. Lama lama otot dan ligamen kat situ jadi haus.
6. Selalu mengangkat barang yang berat
Bila kita angkat barang berat, bahagian pinggul kita akan kerja lebih. Ditambah pula jika posisi dan cara angkat barang kita tak betul.
7. Merokok
Jangan ingat lelaki sahaja merokok. Perempuan pun ada. Merokok, vape, shisha sama sahaja. Semuanya membawa peluang untuk batuk.
8. Pernah ada sejarah pembedahan di kawasan pinggul.
9. Masalah genetik yang menyebabkan fungsi connective tissue ( tisu penghubung) menjadi lemah.
Adakah tombong merbahaya?
Ya jika tidak dikawal dari awal.
Bagaimana hendak kekalkan otot dan ligamen jadi kuat?
1. Senamam Kegel
Paling senang dilakukan oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila bila masa.
Kemutkan bahagian dalam rahim ( seperti nak menahan kencing), buat dalam 5 saat, 3 kali setiap sesi, dan 10 kali setiap hari atau selang sehari.
Sambil tengok tv ke fb ke kat office ke pun boleh buat.
Jangan buat time kencing atau tengah angkat berat ya.
2. Amalkan gaya hidup sihat.
3. Pastikan berat badan anda normal
4. Berhenti merokok
5. Dapatkan rawatan yang betul sewaktu mengandung. Jangan terpedaya untuk lakukan home birth. Kalau bayi anda besar, macam mana? Fikir masa depan.
Bagaimana doktor nak diagnos penyakit ini?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang sewajarnya untuk anda.
Jangan risau, jika anda masih dara, doktor tak lakukan vaginal examination pun
Dan anak dara muda tak ada masalah ini biasanya.
Selain itu, doktor boleh lakukan ultrasound atau MRI juga.
Apakah simptom simptom untuk tombong?
1. Sakit ari ari
2. Sakit atau tak selesa sewaktu hubungan kelamin
3. Terasa seperti duduk di atas bola atau ada sesuatu yang terkeluar dari vagina
4. Sukar mengawal kencing
5. Kencing tidak lawas
6. Tidak dapat menahan kencing dalam jangka masa lama
7. Selalu sembelit
8. Pendarahan vagina ( bukan semasa haid)
9. Pendarahan sewaktu hubungan kelamin
10. Keputihan melampau atau lain dari biasa
11. Sakit bahagian pinggul atau belakang ( bawah)
Jika ada simptom seperti di atas dan anda ada risiko seperti yang saya sebut di atas, berjumpalah doktor.
Jangan beli jamu atau produk untuk masalah ini.
Tidak ada jamu atau produk yang boleh kuatkan otot dan ligamen.
Fikir logik, masukkan sesuatu dalam rahim, bagaimana ia berfungsi untum ketatkan otot?
Makan jamu atau produk, bagaimana ia boleh ketatkan otot?
Otot bersifat elastik. Ianya boleh kembali ke bentuk asal dengan senaman yang betul.
Logik logik logik.
Hidup bukan magik.
Jadi, apakah rawatan untuk tombong?
1. Jika di tahap 1&2, amalkanlah senaman Kegel setiap hari. Kawal pemakanan. Insha Allah ianya boleh sembuh.
2. Jika di tahap 3&4, biasanya akan diberi vaginal pessary untuk menyokong rahim dari terjatuh atau perlukan pembedahan.
Saya senaraikan tahap tahap tombong di dalam gambar di bawah.
Untuk penjual dan penyebar mitos, berhenti menakutkan wanita wanita.
Berhenti burukkan lagi kesihatan mereka dengan ilmu yang tidak sahih.
Betulkah ada bidan yang boleh naikkkan rahim?
Guna akal yang waras.
Bagaimana bidan boleh tolak rahim anda dari luar atau urut dari luar?
Bahagian rahim dan faraj semuanya adalah otot, kalau urut otot, kesan selesanya cuma sementara.
Ingat,
Jaga pemakanan
Amalkan senaman Kegel
Rawat masalah sembelit dan batuk
Jangan angkat benda yang berat berat
Jangan masukkan sesuatu ke dalam vagina tanpa nasihat doktor
Insha Allah, anda akan sihat sahaja.
Betullah badan nak pakai lama. Sebab tu kena jaga dari usia muda.
Bagaimana nak jaga?
Pelihara yang asas dahulu dan kekalkan hidup sihat sampai bila bila.
Susah nak kawal makan dan amalkan senaman?
Malas itulah penghubung antara permulaan dan kekalahan.
Nota kaki:
Hidup bukan fantasi atau magika. Kalau kita malas, bukan rahim saja jatuh, kesihatan pun merudum. Ingat, jangan menyerah sebelum keringat dikerah.
Dr. Erna Nadia Tombong taktahu, tertomoih tahu lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayangkan anda jejak kaki ke Korea, secara backpackers dengan bajet cuma RM1,900. Tak ke itu satu hal yang seronok untuk didengar.
Nak jadikan kenyataan, baca perkongsian Nur Aliah Mohd Nor ini. Yang baru pulang dari negara K-Pop dan ini 8 tip anda kena hadam.
“Syukur Alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke bumi Korea untuk kali ke-2. Berbeza kali ini Lia ke Korea dengan backpackers sahaja.
“Disebabkan ramai yang mesej Lia tanya macam mana nak ke sana dan berapa bajet, jadi Lia nak kongsikan beberapa perkara iaitu :
No 1 : Ini Senarai Itenari Untuk 8 Hari
Lia pergi Korea selama 8 hari 7 malam. Bersama dengan 3 orang kawan-kawan Lia. Jadi total kitorang pergi 4 orang.
Tips! Untuk itenary sebelum nak travel, buat la meeting dengan geng yang nak pergi ke Korea sekali. Duduk dan bincangkan sama-sama nak pergi ke mana.
Jadi di bawah ini itenary dari Lia.
16/1
– Airport KLIA2 – Incheon, Seoul
– Naik deluxe airport bus ke Itaewon 16,000 won
– Checkin SP guesthouse, Itaewon
– Exploring Itaewon
– Melawat Seoul Central Mosque sambil menikmati hujan salji
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
17/1
– Breafast pagi kitorang masak dekat Guesthouse
– City Hall
– Jalan-jalan di Gyeonghuigung Palace sambil buat video
– Seoul Plaza boleh tengok orang Korea main ice skating
– Namsan Park & Hike Namsan Trail
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
18/1
– Check out from Itaewon to Subway heading to Gapyeong
– Reach Gapyeong and straight to Ganchong Rail Bike Park
– Singgah ke Gapyeong Super Market beli sikit barang dapur untuk masak malam
– Checkin Gapyeong guesthouse
– Free and easy
19/1
– Jalan-jalan di Namiseon iaitu Nami Island, spend time dalam 4 jam
– Jalan-jalan di Petite France spend time dalam 4 jam
– Sampai guesthouse dah waktu malam, jadi dinner kitorang masak je
– Free and easy
20/1
– Check out from Gapyeong guest house to Gapyeong Station
– Check in at K-Pop guest house, berhampiran dengan Seoul Station
– Jalan-jalan di Dangdaemun Market
– Jalan-jalan di Cheonggye Stream (Dangdaemun Under Bridge River Walk)
– Jalan-jalan di Myeondong untuk shopping, food hunting
– Dinner di restaurant Kampungku (Makanan halal korea)
– Balik ke K-Pop guesthouse rehat dan tidur
21/1
– Lunch at Busan Jib
– Shopping and Sight Seeing at Namdaemun Market
– Travel to Sinchon to meet up with our friend
– Dinner at Sinchon Gosami Grill makan ikan bakar
– Short walk around Honggik University
– Sebelum balik ke guesthouse singgah kejap Myeondong cari makan lagi
– Back to guesthouse rehat dan tidur.
22/1
– City Hall
– Melawat tempat bersejarah Deoksugung Palace
– Jalan-jalan di Hanok Village
– Honggik University (Dinner at Seongnam Jinmi Tteokbokki)
– Walk Around for Honggik University’s Night Market
– Myeondong market untuk shopping
– Back to guesthouse rehat dan tidur
23/1
– Check out at K-Pop guesthouse
– Namdaemun Market (Final Shopping)
– Late Lunch at Yoogane di Myeongdong
– Arrival at Incheon Airport for departure
– Depart to Malaysia jam 12 pagi
24/1
– Alhamdulillah selamat mendarat di Malaysia jam 6.30 pagi
No 2 : Semak Harga Tiket Kapal Terbang Ke Korea
Tips untuk harga tiket ke Korea :
Untuk musim autumn harga jauh lebih murah dari musim winter. Harga lebih kurang RM700 dan boleh je book 3 bulan sebelum tarikh nak fly.
Untuk musim winter harga tiket agak sedikit mahal RM1,200 macam itu, booking 3 bulan sebelum boleh dapat harga macam itu.
Tapi kalau booking 1 tahun awal atau kalau Air Asia ada buat promo memang boleh dapat harga tiket RM600-RM700 je.
Flight dari KLIA2 ke Incheon airport mengambil masa selama 6-7 jam. Waktu Korea cepat 1 jam dari Malaysia.
No 3 : Survey Dulu Penginapan Di Korea
Di sebabkan Lia duduk sana 8 hari, jadi Lia duduk di 3 guesthouse yang berbeza-beza, iaitu: SP guesthouse, Itaewon – 13,000 won per day Kiwan guesthouse, Gapyeong – 13,000 won per day K-Pop guesthouse, Seoul – 13,000 won per day
Kalau nak cari guesthouse di Korea boleh pergi ke 3 website ini :
Pastikan survey dulu harga sebelum bayar. Digalakkan bayar terus dari Malaysia instead of kita bayar di sana. Sebab rate kita lebih murah berbanding di sana.
By the way, toilet dekat Korea jenis yang tak ada paip. Cuma dalam toilet ada disediakan tisu. Jadi cadangan bawa botol kosong dan isi dulu air dekat sinki basuh tangan.
Pastikan cari guesthouse yang bilik mandi sekali dengan bilik air ya. Ha faham sendiri lah kenapa kena sekalikan. Haha!
No 4 : Penting Untuk Tahu Jenis Pengangkutan
Ni apps yang kami guna sepanjang berada di Korea :
Air Asia
Translate
World Currency
Rome2Rio
Google maps
[Rome2Rio]
Nak terangkan sikit untuk apps Rome2Rio. Apps ini memudahkan kita untuk pergi dari 1 destinasi menuju ke 1 lagi destinasi.
Nanti akan keluar semua details, bila train sampai, bila nak kena turun untuk tukar line.
Dekat sana kita akan sedikit pening tengok line subway (dekat Malaysia panggil LRT) sebab memang bersepah gila!
Jadi dengan adanya apps Rome2Rio ini sangat membantu perjalanan dan pergerakan kita di sana. Kalau blur juga search la pakcik Google. Hehe
Tapi. Tak semua pon kita kena naik subway. Kadang ada setengah tempat kalau naik taxi lagi murah berbanding naik subway.
Sebab naik taxi kita akan bahagi dengan 4 orang untuk bayar. Jadi depends pada destinasi yang kita nak pergi. Rujuk je Rome2Rio okay.
[Google Translate]
Sejujurnya Lia tak power pon dalam bahasa korea, tapi Alhamdulillah dekat sana senang nak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa English. Tapi boleh je guna google translate kalau nak cakap bahasa Korea dengan orang Korea. Hehe.
1 hari RM12.00. Lia sewa untuk 8 hari jadi total RM96.00. Kalau bahagi 4 seorang baru RM24.00 je. Alhamdulillah coverage dia besar even kita bawah tanah pon line internet tetap laju.
Di Korea banyak gunakan T-Money. Bila waktu nak guna T-Money?
– Waktu kita naik public transport (subway, bus, taxi)
– Minum di coffee shop
– Supermarket
Konsepnya macam Touch N Go. Cuma bezanya kalau di Malaysia banyak guna untuk tol.
Dekat mana nak beli T-Money?
Ada 2 cara : Percuma
– Pergi ke link ini https://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-dkyw…/
– Create account
– Login semula
– Jawab survey
– Lepas siap nanti dia akan email code untuk redeem
– Boleh ambil T-Money di Korea Tourism Organization, Kuala Lumpur. Nak minta mereka pos pon boleh.
– Nanti mereka akan bagi satu booklet ada macam-maca kupon sekali dengan kad T-Money
– Sampai airport Incheon nanti tinggal topup je
Berbayar
– Tiba di airport Incheon boleh beli T-Money di mana-mana kaunter dengan harga 4,000 won
– Lepas itu topap 46,000 won, jadi bagi je duit dekat mereka 50,000 won
– Beli T-Money sekali dengan topap terus.
No 5 : Makanan Halal Di Korea
Macam mana dengan makanan dekat sana? Dan kalau nak masak kena bawa apa je dari Malaysia?
Sebenarnya dekat Korea ni kena pandai cari makanan halal. Ni Lia kongsi sikit kat mana nak cari makanan halal di Korea.
– Kebab turki 8,000 won – Itaewon
– Kimchi fried rice 7,000 won – Nandaemun
– Gosame Grill (ikan bakar) 6,000 won – Sinchon
– Seongnam Jinmi Tteokbokki sejenis kuih diperbuat dari beras 6,000 won – Honggik University
– Dong Mun – Nami Island
– Namiok – Nami Island
– Restoran kampungku 12,000 won – Myeongdong
– Yoganee 7,000 won – Myeongdong
– Busan Jib 10,000 won – Myeongdong
Di Itaewon boleh katakan paling senang nak cari makanan halal. Contohnya restaurant Eid (belakang masjid Itaewon), restaurant Makan Halal Korean (depan masjid Itaewon) dan Murree Muslim Food.
Kalau nak masak di guesthouse, perkara penting kena bawa dari Malaysia seperti beras, garam, sambal ikan bilis, paket makanan pak brahim dan minuman 3in1.
No 6 : Tempat Menarik Untuk Melawat
Gyeongbokgung Palace : Boleh hayati sejarah Istana Gyeongbokgung. Di sini lah kita boleh lihat nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Dan boleh bergambar di sekitar istana dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu di panggil ‘hanbok’.
Deoksugung Palace – tiket masuk 1,000 won : Suasana yang lebih kurang sama macam istana di atas.
Itaewon : Wajib singgah dan bergambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.
Namsan Tower : Kalau di Kuala Lumpur ada KLCC, di Seoul ada Namsan Tower. Di sini la tempat yang famous dengan ‘Love Lock’ tu!
Gapyeong Rail Park (rail bike) – tiket masuk 8,750 won untuk 4 seaters : Macam naik basikal, 4 orang kena sama-sama kayuh, perjalanan pusingannya selama 30 minit. Kalau tak kayuh itu kita tahu dia ini mesti sleeping partner kalau buat bisnes dengan dia. Eh! Haha
Nami Island – tiket masuk 13,000 won : Terkenal sebab cerita Winter Sonata. Anyway view dekat Nami ni pon memang cantik sangat. Tempat wajib pergi kalau dah ke Korea dan buat la video banyak-banyak.
Petite France – tiket masuk 10,000 won : Alami suasana yang tenang dengan senibina perancis dan The Little Prince. Jadi pastikan ambil gambar di setiap sudut dalam Petite France, memang cantik!
Namsangol Hanok Village : Masuk je Hanok Village ini seperti kita masuk zaman 300 tahun Korea dahulu. Kita boleh tengok rumah tradisional Korea. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ada rumah rakyat biasa, ada rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.
Sihung Gaetgol Eco Park : View yang cantik dan tenang je dekat sini.
Dongdaemun : Tertarik dengan LED rose garden, sesuai bergambar pada waktu siang atau malam. Siapa yang minat artis K-Pop di sinilah tempatnya! Ada jual banyak gila merchandise artis-artis Korea.
Insadong : Konsep street art yang ada pelbagai acara seni dan festival kebudayaan tradisional Korea. Boleh beli sikit souvenirs (keychain, beg) dekat Insadong sebab hasil kerja mereka yang cantik dan kualiti.
Antara tempat-tempat yang menarik lagi adalah Lotte World, Yongpyong Ski Resort, Everland Theme Park, City Hall Centre (ice skating), Hongdae (Hongik University), Chuncheon Romantic Market dan Garden Of Morning Calm di Gapyeong.
No 7 : Mana Nak Shopping Kat Korea Ni
Ada 2 tempat menarik untuk pergi shopping, dan kalau boleh spend la 2 hari untuk 2 tempat shopping ini bagi yang suka membeli. Hehe
Nandaemun market:
– Dekat sini best kalau korang nak shopping brooch, keychain, fridge magnet dan baju budak-budak
– Waktu terbaik pergi waktu pagi – petang
– Memang tempat shopping wanita, jalan kaki berbatu-batu pon tak terasa penat!
Myeongdong market:
– Dekat sini best untuk cari makanan jajan, biskut, coklat, makeup Korea, skincare dan kasut. Banyak mall besar-besar juga dekat sini.
– Waktu terbaik pergi waktu petang – malam
– Cumanya Lia tak beli langsung makeup Korea atau skincare dekat sini, sebab Myeongdong Market ini lah salah 1 yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Most Expensive Shopping Street in the WORLD!’. Fuh jadi cuci mata je la ya?
– Untuk coklat atau jajan, cari la nama makanan dekat bawah ini, memang sedap!
– Lia suka makan ni dekat sana : honey of glutinous rice pancake, sun hot & spicy chips, long icecream 32cm, egg bun, rose icecream, dragon’s beard candy (Korean traditional cookie), croissant taiyaki (ambil perisa nutella, sedap gila!), chocolate banana crape, susu pisang (wajib!) [rujuk gambar]
– Ni jajan atau biskut yang Lia beli banyak dan bawa balik ke Malaysia : biskut binch, crown white torte, crown white hazelnut, crown choco hazelnut dan spicy seaweed [rujuk gambar]
Tips! Pastikan banyak buat survey untuk dapatkan harga yang lebih murah. Contoh kalau pergi ke Myeondong beli 5 keychain harga 5,000 won tapi kalau ke Nandaemun beli 5 keychain baru 1,000 won. Kualiti sama je. Tapi harga jauh beza.
Selain dari itu katakan nak cari seaweed di Myeondong, memang banyak gila market jual seaweed, tapi rata-rata jual 10,000 won. Dan Alhamdulillah kitorang jumpa 1 kedai ni jual seaweed harga cuma 7,500 won je!
No 8 : Ini Jumlah Kos 8 Hari Ke Korea
Total Lia 8 hari di Korea sebanyak RM1,900 je tak termasuk shopping.
Tips! Serius kalau dapat cari tiket flight RM700 mungkin bajet ke Korea RM1,500 je! Jadi banyakkan bersabar cari tiket flight yang murah dan sentiasa up-to-date dengan promo Air Asia.
Boleh-boleh?
Anyway, dekat gambar-gambar bawah ini Lia ada jelaskan lagi. Hehe.
Restoran Halal Yang Boleh Disinggah
Street Food Halal Yang Ada Di Korea
Akhir kata dari Lia sendiri, Korea adalah salah 1 destinasi yang kita wajib pergi, dengan canggihnya teknologi, pemandangan yang semulajadi dan indah pada setiap musim yang berganti!
Semoga perkongsian Lia ini memberi banyak manfaat kepada semua sahabat Lia yang teringin nak ke Korea.
MW : Haa.. apa lagi, dah boleh mula buat simpanan awal-awal. Katanya kalau pergi musim winter ni, Korea cantik lain macam.
Nampak macam senang, hakikatnya ujian wanita yang kahwin dengan duda itu besar cabarannya. Tak mudah untuk mereka. Selain menjaga suami, dia juga perlu berbaik-baik dengan anak tirinya.
Dan anak-anak tiri ini tak boleh disogok dengan kepura-puraan dan sikap ramah yang plastik. Keikhlasan dan luhurnya hati mendorong perasaan sayang dan suka dalam hati mereka. Sebab itulah, wanita yang berkahwin dengan duda perlu faham garis panduan ini.
5 Tip BAHAGIA Untuk Wanita Yang Kahwin Dengan Duda
Satu : Belajar Menjadi Ikhlas
Benarkan, yang paling sukar diduga adalah keikhlasan. Ia perasaan suci yang hanya mampu dinilai oleh Yang Maha Esa.
Namun, hati-hati yang suci mampu melihat sejauh mana seorang itu ikhlas atau tidak terhadap mereka. Justeru, terimalah anak-anak suami anda dengan penuh rasa cinta.
Dua : Jujur Pada Diri Sendiri
Sebagaimana anda cinta dengan suami, salurkan rasa itu pada darah dagingnya. Berikan sepenuh jiwa dan layani makan minum mereka mengikut aturan yang sepatutnya.
Anda juga perlu menjadi jujur pada diri sendiri. Agar keikhlasan itu boleh terpancar dari lubuk nurani yang ikhlas.
Tiga : Dekatkan Jurang
Bagaimana mahu menjadi rapat dengan anak-anak, cinta hati suami ini? Salah satu caranya adalah merapatkan hubungan yang mula terasa hambar.
Lakukan aktiviti bersama suami dan anak-anak tiri ketika waktu lapang. Bawa mereka bersiar atau melancong ke satu destinasi yang tenang.
Empat : Pupuk Rasa Kasih
Anda boleh juga pupuk jiwa kasih anak-anak tiri melalui solat berjemaah. Pinta suami lakukan bersama biarpun cuma dapat melakukannya ketika solat maghrib sahaja.
Selesai solat, biarkan suami memberi tazkirah diikuti oleh harapan anda sebagai seorang ibu baru kepada anak-anak suami.
Lima : Bersabar Dan Bertenang
Jika duda yang anda kahwini itu kematian isteri, anda selamat kerana tidak perlu berbalah dengan bekas isterinya. Jika bercerai hidup, bertahanlah.
Apa pun kawal diri anda dan jangan sengaja mengungkit kisah silam suami anda. Ketika bersama anak-anak, jangan ‘apikan’ anak-anak agar membenci ibu mereka. Oh! itu paling bahaya sekali.
Belajar Terima Hakikat, Anda Ibu Ekspres
1. Anak-anak merupakan permata yang paling berharga. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, begitulah halnya dengan diri anda. Lenturlah diri agar dapat mengadaptasi suasana baru itu. Status seorang isteri sekali gus ibu ekspres kadangkala memberi bebanan yang luar biasa.
2. Paling sukar apabila anak-anak tiri sudah masuk peringkat remaja.Pendekatan menawan hati mereka tidak sama dengan cara memujuk anak kecil dengan sebungkus gula-gula. Namun, kaedahnya masih sama iaitu sentuhan emosi memainkan peranan utama.
3. Perkara utama yang boleh anda praktikkan adalah jadikan diri anda buah hati pada anak-anak tiri anda. Jika mahu diri dianggap bagaikan sahabat, teman mahupun BFF, cubalah cipta diri anda jadi sebegitu. Anda perlu jadi pendengar yang baik dan bukannya pengarah yang dibenci. Anda juga perlu tahu bagaimana mahu menjadi pembantu mereka bukannya seorang yang mudah dibuli.
4. Menasihati mereka juga ibarat menarik rambut di dalam tepung. Ia tidak meninggalkan pesanan yang berbisa. Sebaliknya jika mereka mahu berubah, mereka lakukan dengan rela. Hubungan baik anda dan permata hati suami ini pasti menyenangkan hati suami.
Suami jadi lebih sayang malah suami sendiri pasti mahu tahu rahsia anda dapat berbaik dengan anak-anaknya. Justeru jadilah ibu tiri yang lembut jiwanya namun tegas dalam setiap tindak tanduk.
Perlu Kental & Sabar Melayan Emosi Seorang Duda
Berkahwin dengan seorang duda yang sudah beranak pinak membuatkan anda perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati mereka. Benarkah begitu? Atau ada cara lain yang lebih relaks dan tak perlu terkocoh-kocoh merebut cinta suami yang satu ini.
Bertenang, sebenarnya tak perlu bersusah payah. Biarpun mereka ada anak-anak, andai suami sudah melafazkan kata cinta bermakna andalah pilihan utama di hati. Jaga makan minumnya dan belajarlah santuni emosinya.
Layan suami dengan perasaan kasih, jadilah isteri yang mendengar kata dan bijaksana. Anda juga perlu tahu bilakah masanya perlu bertolak ansur. Yang mana suami boleh membahagikan ruang untuk anda dan juga anak-anaknya. Jangan terlalu tamak.
Ya, anda isterinya. Namun, anak-anak juga perlukan kasih seorang ayah. Dalam masa yang sama, mereka juga perlukan belaian mesra seorang ibu. Lengkapilah hidup keluarga baru anda itu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.