Dengan kerjasama, Pakar Hubungan dan Keintiman, Nurdiyanah Binti Haji Md Tahir
Alam rumah tangga adalah suatu dimensi kehidupan yang penuh keindahan dan kenikmatan jika dilayari berlandaskan ilmu pengetahuan yang betul. Namun adakalanya pelbagai mitos rumah tangga dan hubungan intim pasangan suami isteri menyebabkan rumah tangga sering dirundung masalah dan dugaan. Rasa kasih sayang dan cinta akhirnya bertukar derita dan air mata.
Tahukah anda bahawa majoriti rakyat Malaysia sebenarnya mengamalkan hubungan intim tidak sihat yang diistilahkan seperti Mc Donald style. Mc Donald style ini adalah perumpamaan paling dekat menjelaskan seks segera yang hanya memberi nikmat cuma seketika namun kesan buruk daripadanya perlu ditanggung seumur hidup.
Menurut Pakar Hubungan dan Keintiman, Nurdiyanah Binti Haji Md Tahir,
tubuh badan manusia mengandungi hormon oxytocin iaitu hormon cinta dan juga hormon dopamine
Bagaimanapun, hubungan seksual tanpa ilmu akan menyebabkan kedua-dua hormon ini digunakan sewenang-wenangnya sehingga mengakibatkan rasa cinta, rasa gembira dan spark terhadap pasangan masing-masing semakin berkurang sehingga akhirnya mengakibatkan drama perpisahan dan air mata.
Mesti anda tertanya-tanya kan bagaimana spark, rasa cinta dan getaran pasangan suami isteri ini boleh berkurangan dan akhirnya hilang? Hormon cinta dan hormon kegembiraan ini akan hilang setiap kali peak orgasme (PO) berlaku.
Jelas Nurdiyanah Peak orgasme atau puncak kenikmatan bagi lelaki adalah apabila lelaki mengalami ejakulasi. Bagi wanita pula PO berlaku apabila terdapat ransangan kepada klitorisnya sehingga membuatkan wanita mencapai puncak kepuasannya. Apabila pasangan mengalami PO maka hormon oxytocin dan dopamine ini akan habis dan memerlukan masa selama 21 hari untuk kembali berada pada tahap optimum.
Kesan daripada kekurangan hormon ini menyebabkan pasangan tidak lagi tertarik sesama sendiri. Bukan itu sahaja amalan hubungan intim dan PO setiap kali bersama pasangan sebenarnya memberikan impak negatif kepada diri sendiri dan pasangan.
Jadi, bagaimanakah cara hubungan intim yang sihat? Hubungan yang akan memastikan pasangan suami isteri terus tertarik antara satu sama lain dan menyemai cinta sayang kekal abadi hingga akhir hayat.
Melalui himpunan terapi dan pelbagai ilmu hubungan intim yang di pelajari Nurdiyanah, dia memperkenalkan teknik yang diberi nama Diet Sentuhan Cinta.
Diet Sentuhan Cinta ini satu teknik dimana pasangan suami isteri perlu merancang PO mereka. Merancang PO bukan bermaksud tiada hubungan seks sebaliknya mengamalkan hubungan seks sihat dan PO secara berjadual.
Perkara berkaitan niat ini amat penting agar kesucian rumah tangga itu akan sentiasa terjaga. Tetapkan niat bersama adalah untuk berkasih sayang dan membahagiakan pasangan masing-masing bukan hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata.
Amat penting untuk setiap pasangan mengetahui bahawa anda dan pasangan berada dalam keadaan bersedia dan mahukan hubungan intim saat itu. Tidak ada rasa terpaksa untuk menjalankan tanggungjawab semata-mata.
Bagi mengamalkan Diet Sentuhan Cinta ini suami isteri perlu dalam keadaan tenang, tidak memikirkan pelbagai perkara lain, tidak penat atau terburu-buru. Ia bagi memastikan minda kita dapat dikawal sekaligus ejakulasi juga dapat dikawal.
Hubungan intim juga sama seperti menari bersama pasangan. Sebagaimana pepatah Inggeris “ It takes two to tango” yang memberi maksud suami isteri perlu bersama-sama memberi dan menerima dan bukan hanya menunggu dan mengharap pemberian dan reaksi pasangan semata-mata!.
Meskipun pelbagai langkah perlu diikut dan dibuat jangan pula rasa tertekan seperti perlu menduduki peperiksaan. Anda bersama pasangan tetap boleh enjoy dan melakukan hubungan intim mengikut keselesaan anda. Sekiranya anda gagal untuk tidak PO, tidak mengapa cuba lagi!