Ketika dalam tahanan, suspek pembunuhan kejam rakan sekolah sendiri mendedahkan motif tragedi yang meragut nyawa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Dakwa suspek, mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin.
Memandangkan ibunya hanya seorang tukang cuci. Dan bapanya pula bekerja kampung. Jauh nak dibandingkan dengan kehidupan keluarga Allahyarham yang senang.
Kononnya Allahyarham suka mengejek dengan mengatakan dirinya tidak cantik. Berbeza dengan mangsa dan disebabkan itulah suspek masih tak ada teman lelaki.
Kata mengata dan sindir menyindir itulah menjadi punca dirinya sering memendam rasa.
Dan akhirnya membuatkan suspek dipercayai nekad membunuh rakan sekolah sendiri di ruang tamu kediaman dekat Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Demikian yang dikongsikan Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.
Semalam sekitar 7.30 pagi rakan Allahyarham ini tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya. Bagi membantu siasatan. Namun, timbul keraguan dalam keterangannya. Di tangannya pula ada kesan gigitan dan kecederaan. Pihak polis kemudian menahannya sekitar jam 8.15 pagi.
Susulan itu, siasatan lanjut dilakukan di rumah suspek. Dan polis menjumpai barang-barang yang hilang dari rumah Allahyarham Siti Nur Surya. Seperti telefon bimbit, wang tunai dan alat solek.
Sehingga ke saat ini siasatan masih terus dijalankan. Palis masih mencari jawapan sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam ini melakukan pembunuhan berseorangan atau bersama orang lain.
Dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bahan bukti lain termasuk kesan tapak kaki dipercayai suspek bersendirian.
Malah, pihaknya memohon sekiranya ada pihak mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Berkemungkinan pergelangan tangan mangsa dipotong sehingga putus ketika dia masih hidup. Kemudian, mangsa ditikam dileher dengan senjata yang sama sehingga mati.
Malah, terdapat kesan tusukan pada leher mangsa selain beberapa kecederaan lain.
Maklumnya lagi, mangsa dan suspek dipercayai bergelut berdasarkan helaian rambut yang ada dalam genggaman mangsa. Ujian asid deoxyribonucleic (DNA) sudah pun dijalankan dan pihaknya masih menunggu pengesahan.
Suspek juga direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Baca sini : Air mata remaja mula bergenang, sebaik masuk mahkamah, suspek hanya tunduk.
Baca sini : ‘Saya akan merinduinya..’ arwah kakak yang baik, selalu jemput, hantar adik ke sekolah.
Baca sini : Hiba remaja meninggal disaksi ibu yang sedang sakit, rakan sekolah ditahan
Sumber/Foto : Sinar Harian