Peniaga Nasi Kukus Volcano, Syahiran Hilmin ini terkesan dengan kehadiran seorang pelanggan kecilnya. Yang mahu membeli nasi bungkus berlaukkan hampas ayam goreng dan kuah.
Sebagai peniaga yang terkesan dengan permintaan anak kecil itu, dia belanja saja dan tak perlu membayar harga makanan.
Setelah siap dibungkus dan dibawa pulang. Pelanggan ciliknya itu datang semula ke gerai makannya.
Katanya, ibu berpesan agar membeli lagi dua bungkus untuk makan malam.
Sebaik anak itu pulang, dia pula mencuba makan dengan hidangan lauk yang pelanggannya itu minta. Dan ternyata, hidangan ringkas sebegitu masih boleh memberi rasa sedap pada si pemakan.
Itulah sebuah harga kesyukuran.
“Mak pesan suruh mintak beli hampas ayam goreng dan kuah” – anak seorang hamba Allah
Saya tanya, “lauk lain adik tak nak? ke mak dah ada masak kat rumah?”
Adik tu hanya senyum tunjuk gigi..saya husnuzon je..
“Berapa ringgit bang?” Tanya adik tu. Saya pun cakap, “kalau adik beli nasi dan lauk baru abang kira.. yang ni kita belanja”
Senyum lagi adik tu.. tak lama dari tu dia datang balik. “Abang, lupa..mak cakap suruh beli dua bungkus..untuk makan malam nanti
”Sesudah adik tu pergi, saya saja lah nak ‘test’.. sedap ke makan nasi dengan hampas ayam goreng ni?
Ternyata sedap jugak andai tiada lauk lain. Walau hanya berkuahkan gulai dan berlaukkan hampas, serdak ayam goreng.
Baca : Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar Dari Arwah Sarah Isteri Tercinta, Semoga Pahala Terus Mengalir
Akui peniaga ini, majoriti pelanggan yang datang ke gerai makan NKV ini dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah, kerja-kerja kampung dan seumpamanya.
Amalan bersedekah sambil berniaga ini sudah lama dipraktikkan di gerainya.
Ada di kalangan penyumbang yang berkongsi sedekah mahupun zakat mereka dengan para pelanggannya. Dari situlah, pelanggan yang kurang pendapatan boleh mendapat nasi kukus ayam goreng berempah secara percuma.
Ada juga ketikanya, pelanggan dari kalangan pelajar sekolah boleh makan nasi kukus ayam goreng berempah dengan percuma air minuman.
Semoga peniaga gerai makan NKV yang terletak di Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan terus dimurahkan rezekinya.
Sumber/Foto : Syahiran Hilmi