Diculik Pengasuh Ketika Bayi, Wanita Temui Keluarga Kandung Selepas 51 Tahun!

Share

Siapa sangka anak yang hilang sekian lama lebih separuh abad, akibat diculik pengasuh akhirnya berjaya ditemui. Salah satu kes orang hilang paling lama di Amerika Syarikat (AS) berjaya diselesaikan selepas setengah abad, lapor akhbar New York Post semalam.

Diculik Usia 21 Bulan

Melissa Highsmith diculik di Fort Worth, Texas pada 23 Ogos 1971 ketika dia baru berusia 21 bulan.

Setelah beberapa dekad, dia akhirnya disatukan semula dengan keluarga kandungnya selepas maklumat dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya merungkai misteri kes berusia 50 tahun itu.

“Ia amat menggembirakan dan pada masa yang sama, ia perasaan paling indah di dunia,” kata Melissa kepada saluran televisyen CBS News selepas perjumpaan semula dengan keluarganya semasa perayaan Thanksgiving.

Ibu kandung Melissa, Alta Apantenco memberitahu saluran televisyen WFAA: “Saya terlalu gembira dan tidak dapat menggambarkan perasaan saya.

“Saya gembira melihat anak perempuan saya kerana tidak sangka akan berjumpanya semula,” kata Alta.

Terdesak Cari Pengasuh

Sebelum kehilangan Melissa, Alta telah berpisah dengan pasangannya, Jeffrie Highsmith dan berpindah ke Fort Worth sebagai ibu tunggal berusia 21 tahun. Dia meletakkan iklan di akhbar tempatan kerana terdesak mencari pengasuh untuk menjaga Melissa selepas mula bekerja sebagai pelayan restoran.

Alta kemudian mengupah pengasuh bernama Ruth Johnson yang sepatutunya mengambil Melissa daripada rakan sebiliknya semasa dia bekerja.

Rakan sebiliknya berkata, wanita itu kelihatan ‘baik’, selain memakai sarung tangan putih, cermin mata hitam dan topi bonnet ketika datang, demikian menurut Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).

Melissa Highsmith (kanan) disamping ibu kandungnya Alta Apantenco berjumpa kembali selepas 51 tahun.

Tidak Memulangkan Melissa

Bagaimanapun, suspek tidak memulangkan Melissa dan tiada sesiapa berjaya menghubunginya. Alta menghubungi pihak berkuasa dan pencarian sejak itu bermula.

Setelah mendapat petunjuk pada Oktober lalu di Charleston, bapa Melissa, Jeffrie kemudian menjalani ujian DNA dan berjaya memadankannya dengan anak Melissa.

Melissa yang menggunakan nama Melanie Walden tidak tahu dia diculik tetapi memberitahu bahawa dia dibesarkan dalam rumah tangga yang ‘kasar’. Tiada maklumat lain mengenai penculiknya telah dikeluarkan.

Mesti Baca:Mak Ayah DENDA Anak 8 Tahun Tengok TV Sepanjang Malam, Tak Benarkan Tidur
Baca Lagi Di Sini:Budak Paling Gemuk Di Dunia, Berjaya Hilangkan Lebih 100Kg Berat Badan!
Artikel Menarik:

Cari ANAK HILANG Jangan Jerit Nama, Buat Begini Lebih Berkesan Senang Jumpa!

Mingguan Wanita:Aduhai kasihannya bila anak kena culik bawah jagaan pengasuh begini. Selepas setengah abad baru dapat jumpa kembali.Hadiah ‘krismas’ paling berharga buat keluarga ini.

Sumber: Kosmo, New York Post

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab