Kekeluargaan

Dicerai Ketika Mengandung & Bersalin Sendirian, Wanita Sebak Tatap Wajah Anak

Share

Dicerai ketika mengandung & bersalin sendirian, wanita sebak tatap wajah anak.

Setiap wanita mengimpikan saat kelahiran anak mereka ditemani oleh insan tersayang, terutama suami yang menjadi tempat bersandar dalam susah dan senang. Namun, tidak semua diberikan perjalanan yang mudah.

Baru-baru ini, seorang wanita yang baru melahirkan anak dua bulan lalu berkongsi kisah sedih di Tik Toknya. Jelas @mmynelly, dia memaklumkan diceraikan di awal kehamilan dan perlu melalui detik bersalin seorang diri di labour room tanpa suami di sisi.

Dicerai ketika mengandung & bersalin sendirian

Meskipun melalui keperitan emosi dan fizikal, wanita itu tetap reda dan ikhlas menerima ujian yang Allah berikan.

Dalam perkongsiannya, dia meluahkan kesedihan namun tetap berusaha kuat demi anak yang baru dilahirkan.

“Sakit? Memang sakit. Tapi tak apa, saya reda dan ikhlas dengan apa yang Allah berikan. Untuk anak mommy, mommy doakan supaya anak mommy lebih kuat dari mommy, okay? Jadilah budak yang baik, sayang. Mommy sayang anak mommy sampai habis nafas mommy.”

Namun, di sebalik kesayuan itu, seorang doktor yang bertugas ketika kelahirannya tampil menjadi penguat semangat. Menyedari wanita itu bersalin tanpa suami, doktor tersebut mengambil inisiatif menemaninya hingga keluar dari ruang bersalin, satu momen yang sangat bermakna buat si ibu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Peguam Syarie Kongsi Tip Buat Isteri Yang Diceraikan Ketika Hamil, Kuatkan Semangat Terus Hidup

“Isteri Mengandung, Suami Ada Perempuan Simpanan…” Kalau Tiada Hati Pada Isteri, Lepaskan Cara Baik!

Lelaki Diuji Saat Senang, Isteri Tuntut Cerai Dari Pakar Motivasi Juga Youtuber Terkenal Berpoligami Dalam Diam

Wanita Sebak Tatap Wajah Anak

Tindakan penuh keikhlasan itu membuatkan ramai tersentuh, malah warganet turut sebak membaca luahan ibu muda ini. Rata-rata mereka mendoakan agar wanita tersebut terus kuat membesarkan anaknya dan diberikan kebahagiaan di masa hadapan.

Sesungguhnya, ujian berat yang datang pasti ada hikmahnya. Buat ibu-ibu yang diuji dalam perjalanan kehidupan ini, yakinlah bahawa kasih sayang Allah itu luas dan ada bahagia menanti di hadapan.Kredit Tik Tok @mmynelly

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros