Seorang suami dibenarkan buat “Tuntutan Kembali Taat” ke atas isteri, jika suami telah jalankan tanggungjawab sepenuhnya pada isteri.

Dalam erti kata lain selama ini hubungan tiada masalah dan secara tiba-tiba isteri beralih arah. Suami boleh membuat “Tuntutan Kembali Taat” ini di mahkamah jika menepati syaratnya.

Ikuti perkongsian peguam syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan hadam baik-baik bagaimana caranya membuat tuntutan:

Dibenarkan Buat “Tuntutan Kembali Taat”

Tuntutan Kembali Taat adalah bertepatan dengan syarak sekiranya si suami telah benar-benar menjalankan tanggungjawab ke atas isterinya tetapi si isteri telah tidak taat kepadanya.

Bukannya Tuntutan Kembali Taat ini dibuat selepas si isteri telah tidak lagi taat atau telah “hilang dari radar” akibat dari kecuaian dan pengabaian tanggungjawab dari si suami.

Jika Suami Jalankan Tanggungjawab Sepenuhnya

Contoh :

Suami bagi nafkah zahir dan batin dengan sempurna, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan segalanya dengan sempurna mengikut kemampuan si suami, sekalipun tidak sempurna si isteri redha dengan ketidaksepurnaan si suami.

Ads

Tiba-tiba berlaku sesuatu perselisihan, atau didapati telah tidak taat maka barulah bersesuaian Tuntutan Kembali Taat tersebut dibuat terhadap isteri yang mana tujuannya adalah supaya si isteri kembali taat atas arahan dan perintah mahkamah.

Tapi apa yang berlaku hari ini, kebanyakan apabila si isteri memfailkan tuntutan perceraian terhadap suami, tak lama kemudian si suami pula memfailkan tuntutan kembali taat, walhal sebelum daripada ini si suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik pun tiba-tiba nak failkan tuntutan kembali taat.

Baca Juga Di sini:

DULU Dibiarkan, Bila Berpisah Muncul Tuntut ANAK, Hentikanlah Jangan Diganggu EMOSI Anak

3 Perkara WAJIB Isteri Tuntut HAK NAFKAH. Selainnya Ikutlah Kemampuan Suami

Ads

Selesaikan HUTANG Dan WASIAT Peninggalan Suami Dahulu Sebelum Isteri Tuntut Faraid

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Kena Faham Konsep Sebelum Tuntutan

Jadi atas dasar apa untuk mengarahkan isteri tersebut kembali taat jika amanah Allah pun tidak kamu taat.

Konsep macam mana tu?

Ads

Walau apa sekalipun, masing-masing tetap punya hak dari sudut perundangan untuk membuat sebarang tuntutan di mahkamah, sama ada dibenarkan atau tidak ianya bergantung kepada keputusan mahkamah.

Namun, jika hari ini ada dari kalangan suami yang cuai dalam menjalankan amanah yang diberi, saya berharap pulanglah ke jalan Allah yang diredhai.

Bukan setakat isteri kembali mencintai si suami, tetapi seisi dunia ini akan Allah beri untuk kamu duhai suami yang dirahmati.

Nak syurga tak? Tak tahu cara banyakkan membaca, banyakkan bertanya. Confirm hidup ini kamu yang punya. Dibenarkan Buat “Tuntutan Kembali Taat”, Jika Suami Jalankan Tanggungjawab Sepenuhnya Pada Isteri   Dibenarkan Buat “Tuntutan Kembali Taat”, Jika Suami Jalankan Tanggungjawab Sepenuhnya Pada Isteri   Dibenarkan Buat “Tuntutan Kembali Taat”, Jika Suami Jalankan Tanggungjawab Sepenuhnya Pada Isteri   
*****
Gambar sekadar Hiasan
#RabiatulAdawiyahRamli
#KembaliTaat

MW: Mak, ayah yang berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, cuba dapatkan nasihat dan bantuan guaman. Daripada memendam perasaan, baiklah usahakan sesuatu.

Sumber: Peguam Syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI