Diana Syukur Anak Semakin Sembuh, Risaunya “Tiba-Tiba Perut Kayla Macam Ombak, Susah Nak Nafas”

Share

Diana Rafar syukur anak semakin sembuh. Sebagai seorang ibu sudah tentu akan berasa sangat risau apabila anak tidak sihat.

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka hidup dalam kesengsaraan dan kesakitan lebih-lebih lagi anak itu masih di usia yang terlalu kecil. Namun kasih ibu dan ayah, mereka pastinya sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan anak sihat seperti kanak-kanak lain.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Diana Rafar Syukur Anak Semakin Sembuh

Pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila anak kedua mereka, Kayla Reysha, 5, mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Seperti mana dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram Diana Rafar menyatakan dia tidak menduga akan berhadapan dengan ujian sebegini.

“#bismillahirrahmanirrahim Bila Allah nak bagi ujian mesti ada rahmat… tak duga semua ni kan..Terima kasih ya semua doakan utk anak diana @kaylareysha .. Alhamdullilah dah beransur pulih nak kena kurang kan kahak je…

“Kisah ngeri pengalaman pertama bila tgk kayla tiba2 perut dia mcm ombak pukul 1 pagi, susah nak nafas… tak demam tak selsema tiba2 jd mcm tu pukul 1pg. nasib lah diana tak tdo lagi betul2 Allah nk tolong pandang dia … terus lah kelam kabut papa dia angkat and bawak ke emengency @avisenawcsh .

“Nasib lah service kat sini laju pantas terus masuk oksigen sb heart rate dia dah sampai 195 memang buntu tak penah tgk macam tu. sempat ambik fhone terus pos kat ig story… Diana yakin kuasa DOA followers diana memang sangat membantu.. doa korang semua kuat kan diana ngan zamarul.

“Ramai rupanya tak tdo lagi time tu , dgn keikhlasan doa ramai org . so syukur takde yg kritikal pada kayla.. cuma 3 hari juga dia duduk di HDU sape tak panic kan ..

“Doktor kata kayla jangan stress jangan takut kayla nyanyi lah , bercakap ke supaya oksigen kayla naik cepat, atlast dia yang minta phone kat diana dia nak buat tiktok sendiri lepas tu baring balik sb penat.

Mama Doa Esok Lusa Dan Boleh Balik Rumah

“Apa pun alhamdullilah kayla dah masuk wad dan pindah bilik dari HDU … so mama doa sgt esk lusa dah boleh balik rumah.

“thank you jugak @drfadzillah bertungkus lumus nak bantu kayla sihat cepat…

“terima kasih ya semua sekali lagi..

“Moga DOA yang baik berbalik pada korang semua dan anak anak korang jugak sihat selalu… Amin…

“#allahujiallahsayang #syukur #allhamdulillah,” kongsi Diana Rafar.

Baca Disini : ‘Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ke Rumah Ingin Memeluk Islam..’ Diana Rafar

Pesan Diana Jangan Malu Belajar Mengaji Walau Usia Lanjut “Semoga Dikurnia Hati, Dekat Al-Quran”

“Semoga Cepat Sembuh”

Menerusi ruangan komen warganet mendoakan kesembuhan buat puteri kesayangan Diana dan Zamarul.

Mingguan Wanita : 

Sumber/ Sumber Foto : dianarafar

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.

 

Published by
Norhayati Suboh