Diana Amir Kongsi Resipi Pancake Simple Tapi Sedap! Dah Jadi Menu Breakfast Wajib Setiap Hari

Share

Jadi seorang mak dan isteri, memang seronok apabila dapat menyediakan menu yang ringkas untuk anak-anak dan suami.Walau sibuk macam mana pun, sekurang-kurangnya dapat menyediakan satu hidangan buat keluarga setiap hari pun jadilah. Masakan ibu dan isteri merupakan pengikat kasih sayang dalam keluarga.

Setelah hampir 2 bulan melalui tempoh berpantang, pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir,32 kembali ‘beraksi’ di dapur menyediakan hidangan buat keluarga.

Diana telah melahirkan anak lelaki Muhammad Khalid pada November lepas setelah dikurniakan dua orang puteri Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadijah Azzehra,2.

Menerusi perkongsian di Instagram pengacara wanita ini, Diana Amir ada berkongsi gambar dan resipi pancake yang cukup simple namun sedap yang kini menjadi menu sarapan pagi dirinya setiap hari.Malah Diana juga berhasrat untuk buat menu waffle pula nanti.

Berikut perkongsian resipi pancake tersebut;

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar gula
secubit garam
4 sudu kecil baking powder

2 cawan Susu full cream
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
4 sudu besar mentega

Cara Membuat:

1.Kacau sebati semua bahan-bahan kecuali mentega.
2.Letak mentega pada acuan pancake atau kuali nonstick dan biarkan masak.

Boleh dinikmati bersama sirap strawberi / nutella / madu / pisang atau berries segar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!

Baca Disini:

“Sakit Contraction Amat Sangat, Selepas 5 Minit Masuk Bilik Bersalin Baby Dah Keluar”, Diana Amir

MW: Mudah je nak buat pancake rupanya.Sesekali kalau mak-mak nak tukar menu sarapan pagi, boleh cuba resipi pancake yang Diana Amir ini kongsikan!

Sumber: Diana Amir

Published by
Suhaidah Abd Wahab