Jadi seorang mak dan isteri, memang seronok apabila dapat menyediakan menu yang ringkas untuk anak-anak dan suami.Walau sibuk macam mana pun, sekurang-kurangnya dapat menyediakan satu hidangan buat keluarga setiap hari pun jadilah. Masakan ibu dan isteri merupakan pengikat kasih sayang dalam keluarga.
Setelah hampir 2 bulan melalui tempoh berpantang, pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir,32 kembali ‘beraksi’ di dapur menyediakan hidangan buat keluarga.
Diana telah melahirkan anak lelaki Muhammad Khalid pada November lepas setelah dikurniakan dua orang puteri Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadijah Azzehra,2.
Menerusi perkongsian di Instagram pengacara wanita ini, Diana Amir ada berkongsi gambar dan resipi pancake yang cukup simple namun sedap yang kini menjadi menu sarapan pagi dirinya setiap hari.Malah Diana juga berhasrat untuk buat menu waffle pula nanti.
Ads
Berikut perkongsian resipi pancake tersebut;
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar gula
secubit garam
4 sudu kecil baking powder
2 cawan Susu full cream
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
4 sudu besar mentega
Cara Membuat:
1.Kacau sebati semua bahan-bahan kecuali mentega.
2.Letak mentega pada acuan pancake atau kuali nonstick dan biarkan masak.
Ads
Boleh dinikmati bersama sirap strawberi / nutella / madu / pisang atau berries segar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!
Sup cendawan memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing. Nak puas makan, jimat serta berbaloi bila buat sendiri sup cendawan ni di rumah. Rasanya lebih sedap berbanding guna pes segera dalam tin .
Boleh cuba resipi yang dikongikan oleh Ain Azmi ini.
“Mushroom soup cara saya, lagi sedap dari guna instant. Jimat pon jimat, bole ler sesapa yang nak try.”
Bahan-Bahan:
Cendawan butang (beli kat supermarket tu)
Satu biji bawang besar (dicincang)
Susu segar apa-apa brand pon bedal je ( 1 mug)
Mentega untuk gantikan minyak (1 sudu makan)
Tepung Jagung untuk pemekat (1 sudu makan)
Lada hitam (ikut suka banyak mana ehh)
1 kiub pati ayam dilarut dalam air (1 mangkuk) so tak yah letak garam
Cara Membuat:
1.Cairkan butter dan tumis bawang.
2. Dah kekuningan masukkan satu sudu besar tepung jagung.
3 .Masukkan pula semangkuk cendawan butang.
4. Kemudian masukkan air kiub pati ayam dan kacau sebati.
5. Masukkan semua adunan dalam blender dan kisar halus.
6. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.Biarkan mendidih guna api perlahan.
7. Masukkan pula susu segar dan lada hitam .Siap! Boleh dicicah dengan roti bawang putih.
MW: Sedapnya hirup sup cendawan berkrim panas-panas, dicicah pula dengan roti bawang putih garing. Puas hati bila buat sendiri di rumah, jimat dan berbaloi berbanding beli.
Kawasan dapur merupakan antara bahagian yang selalu kita gunakan setiap hari. Jadi tak hairanlah ia mudah kotor dan menjadi tempat bakteria mudah singgah. Permukaan luaran bila dilihat dengan mata kasar mungkin nampak ‘bersih’, hakikatnya kena tahu ada 14 benda yang disenaraikan paling KOTOR di dapur dan perlu ambil tahu cara betul untuk membersihkannya.
“Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani.”
1. Span Pencuci Pinggan Mangkuk
Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.
Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.
2. Papan Pemotong
Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan. Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.
Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.
Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.
3. Sinki Dapur
Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.
Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.
4. Kain Lap Tangan
Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.
5. Pembuka Tin
Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.
Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas.
6. ‘Knife Block’ Atau Tempat Letak Pisau
Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?
Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.
7. Kaunter-Top
Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.
Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.
Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.
8. Ruangan Sayur Di Dalam Peti Ais
Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.
Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.
9. Kawalan Panel Peralatan Elektrik
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.
Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.
10. Bekas Garam Dan Lada Sulah
Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.
Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.
11. Pemegang Pintu Peti Ais Dan Almari
Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.
Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.
12. Blender Gasket
Rujuk manual cara yang betul untuk membrsihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.
Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan.
Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.
13. Tong Sampah
Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.
Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.
14. ‘Coffee Maker‘
Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.
Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.
Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.
Sempena PKP ni, marilah sama-sama kita mencuci dengan cara yang betul 14 item yang disenaraikan sebagai benda yang paling kotor di dapur.
Permulaan baru berkahwin dan memulakan kehidupan rumahtangga, serba serbi kena berjimat. Perabot dan perkakas elektrik seadanya, apatah lagi jika masih menyewa rumah. Jika di rumah masih tiada almari, boleh cuba DIY sendiri buat macam ni. Bajet baru RM40, memang jimat dan sesuai letak baju bayi atau anak-anak yang ringan.Malah barang-barang juga boleh dapatkan di Kedai Eco dan Mr DIY je.
Berikut ikut idea yang dikongsikan oleh Puan Ekinzaid Zaid sebagai rujukan;
Sejak kami sewa rumah kami takda almari. Ada la almari 2 pintu time Ekin bujang dulu.Sekarang 3 orang dah, mana muat selalu lipat-lipat susun atas lantai bilik belakang. Nak beli almari mahai nauu laki kerja sorg oii.
So terfikir laa nak buat macam ni dalam RM30-RM40 je sebiji. Boleh kami suruh laki kami buat dalam 2, 3 biji hahah (DIY ni untuk bahagian penyangkut sangat elok laa untuk baju baby atau anak-anak. Kalau baju kita ni berat)
Barang yang kami guna:
PVC paip 11 batang (RM 1.60/sebatang DIY Balik pulau)
Elbow paip 10 pcs (RM0.41/pcs DIY Balik pulau)
T-Socket paip 6 pcs (RM 0.66/pcs DIY Balik pulau)
Cable tie (1 paket RM 2.56/sepeket DIY Balik pulau)
Bakul 6pcs (RM 2.10 Eco dekat Relau)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0.47/1pcs DIY Balik pulau)
Socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bagi tinggi sikit dalam gambar ni kami tak bubuh lagi)
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...