Berita

Diana Akui Fobia “Bila Zamarul Balik, Bunyi Kereta Jantung Berdegup Laju, Apa Buat Semua Salah!”

Share

Diana akui fobia. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Bila sudah bergelar suami isteri, ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Apatah lagi setiap pasangan perlukan keserasian apatah lagi di awal perkahwinan.

Seperti mana yang dikongsi oleh pelakon, Diana Rafar dirinya menghadapi masalah di awal perkahwinan. Dek kerana suaminya, Zamarul Hisyam menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD). Lebih teruk, sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal pada tahun 2015.

Diana Akui Fobia

Malah Zamarul yang terlalu mahukan kesempurnaan membuatkan dirinya sangat berdebar apabila berdepan dengan suami.

“Abang nak orang jadi macam dia manusia yang sempurna. Itu yang terjadi pada saya di awal perkahwinan.

“Rasa macam, apa aku buat semua tak betul, goreng ikan pun dia cakap tak garing. Daripada situ saya fikir ya lah, patutnya goreng ikan memang kena garing.

“Agak sukar sebenarnya sebabnya masa tu baru saja kahwin. Saya pula anak bongsu daripada enam orang adik beradik, memang manja, umpama princess. Akur kadangkala jarang nak buat kerja rumah, manja dan pada masa itu di rumah dah ada pembantu rumah..

“Bila kahwin kena buat kerja rumah, kena masak. Kena tegur dengan suami pula. Masa kena tegur tu dalam hati mulalah terdetik, mak, bapa dan kakak aku pun tak pernah tegur macam ni! Benda macam ni lah yang membuatkan jadinya pergaduhan hingga penceraian berlaku.

“Saya muhasabah diri, awal perkahwinan memang tak boleh nak serasi dan stress.

“Bila dia balik bunyi kereta saja jantung dah berdebar. Apa salah aku ni. Dia tak pernah marah sebenarnya. Dia cuma tegur, contohnya kenapa sampah berselerak. Tapi disebabkan ketakutan membuatkan saya fobia.

“Benda-benda macam tu membuatkan saya bersyukur dan mengajar saya erti kebersihan dan displin, Bukan saya saja malah anak-anak juga semua Zamarul latih begitu,” luah Diana.

Zamarul Masih OCD

Berkongsi tentang penyakit suaminya itu, Diana akui Zamarul masih OCD namun tidak seperti dulu.

“Suami masih OCD dan saya masih dalam ketakutan. Mungkin dalam ketakutan abang tak sempat nampak kekurangan saya.

“Walau sekarang ni dia dah tak tegur namun dek kerana fobia sebelum ini membuatkan saya sentiasa bersedia dan dan menjaga agar abang tak nampak kesilapan kita.

“Abang kini lebih tenang, sebab rumah lebih kemas dan terjaga. Sebab dia tak boleh kotor, habuk, berselerak dan sebagainya. Jadi bila kita jaga dia tak ada peluang cari kesalahan kita,” luah Diana ketika bertandang ke kediamannya baru-baru ini.

Baca Disini : Mula-mula Memang Down Bila Dapat Pasangan Cerewet, Lama-lama Diana Rafar Cuba Redha

Kejayaan Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis

Pada hari yang sama pasangan suami isteri itu telah mengadakan Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0. Untuk rekod sebelum ini Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu  telah mendorong Diana dan Zamarul menganjurkan siri kedua.

Istimewanya, Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 bekerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd dengan menyantuni 20 artis seterusnya memberikan tajaan produk Afyaa Hayyiba, Afyaa Sahiyya selama tiga hingga enam bulan dan wang tunai RM5,000.

Selain itu, kesemua artis turut mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.

Pengasas Dari Poket Artis Ke Poket Artis yang juga pelakon Zamarul Hisham menerangkan siri kali ini bukan saja membantu dari wang ringgit, tapi turut memberi fokus pada kesihatan artis yang terpilih.

Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 berfungsi sebagai platform penting untuk merapatkan jurang generasi dalam industri hiburan.

Dengan mencipta peluang interaksi di antara artis moden dan artis veteran, inisiatif ini memupuk rasa perpaduan, kerjasama dan semangat saling menyokong yang lebih mendalam merentas era komuniti hiburan yang berbeza.

 

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

Published by
Norhayati Suboh