Manisnya pekerti anak bongsu daripada tiga beradik ini. Dalam diam, dia dapat baca apa yang ibunya, Asmawati Ayob inginkan iaitu buah honey melon special.
Kata ibunya, walaupun hari ini bukanlah hari istimewa untuknya. Bila anak perempuannya, Asma’ Ariessa Binti Rashid, 9 tahun menghadiahkan honey melon dan cawan coffe, ia tetap mengundang rasa terharu dalam hatinya.
Cekmek itu nama panggilan untuk Ariessa.
“Tak perlu tunggu hari istimewa untuk buat surprise. Setiap hari adalah istimewa kan. Hari ini, dia (cekmek) tiba-tiba hadiahkan saya buah honey melon dan cawan coffe.”
Patutlah hari tu dia ada tanya, “Mama suka barang apa
?” Mama cakaplah coffee cup thermos.Lepas tu 3 hari lepas beli barang runcit kat Central Mart. Singgah di kedau buah kat dalam tu. Dari jauh nampak, “Amboi.. specialnya buah melon ni. Siap ada baju warna kuning. Mesti mahal ni.” Terdetik dalam hati.
Sampai dekat. “Hah! Memang mahal pun. Sekilo RM12. Aduii macam durian harganya. Takpelah.. nantilah.”
Tapi balik masih teringat sebab pernah makan buah yang sama masa atas cruise hari tu. Memang sedap manis lain macam.
Semalam pun saja singgah lagi kedai buah tu. Ofkos Cekmek ada sebelah. Tanya nyonya tu. “Sebiji ni agak-agak berapa kilo.” Dia kata 2 kilo lebih.
“Adui.. mau RM30 sebiji. Hmm.. nantilah.”
Hari ini on the way nak ke sekolah hantar Cekmek. Dia cakap, “Mama tolong berhenti kat Central Mart. Sebab nak tengok barang. Tapi mama tak payah turun
.”Bila tanya barang apa. Dia cakap, “Adalah.. kawan dia ada beli benda bawa ke sekolah. So, dia saja nak tengok-tengok aja.”
Dalam hati saya kata, “Ni mesti mainan kan!”
Mama pun oklah tunggu dalam kereta. Dia turun seorang. Mama cakap, “Cepat jangan nak lambat-lambat kat dalam tu. Dia balas ok.”
Dalam beberapa minit dia datang, “Eh! Bawa plastik? Siap shopping.. eh! Sekali tengok. YA ALLAH.. kamu ni Cekmek..”
Dia beli barang yang mama suka, coffee mug dan honey melon. Hepinya mama.. berbunganya hati mama. Terharu rasa mama, rasa nak nangis pun ada.
“Kamu ini sweet sangat lah Cekmek.”
Bila tanya guna duit mana beli. Dia cakap guna duit tabung. Alahai.. patut dia suruh tolong kira duit tabung dia tadi. Bukan banyak pun. Ada lah dalam RM34. Beli buah dah RM24.60. Coffe mug RM2.50. “Belen tinggal berapa je duit kamu Cekmek
.”Bila cakap, “Habislah duit..” Dia kata, “Tak apa mama, ustaz kata biar habis duit sebab buat pahala daripada dapat duit sebab buat dosa.”
Aduh! Menusuk kata-kata mu nak. Okay, mama rasa kamu semakin layak menjadi penceramah macam Oki. Amin..
Dan betullah kata Asmawati ini, sebenarnya tak perlu pun tunggu hari istimewa untuk buat orang lain bahagia. Itulah yang ditunjukkan oleh anak bongsunya ini.
“Tq Cekmek. I love U trillionsss!” Kata ibu ini bahagia.
Sumber/Foto : Asmawati Ayob