‘Dia Peluk Keranda Mak Tak Lepas..’ Kasihnya Suami Sampai Hujung Nyawa

Sebelas orang anak menjadi saksi setia kasih seorang suami terhadap isterinya yang diuji sakit, sehinggalah isteri menghembuskan nafas terakhir berentetan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi.

Anak ketujuh dari sebelas beradik ini, NurHafizah Rozi atau nama sebenarnya NurHafizah Binti Hj Mohamad Rozi berkongsi kisah kesetiaan ayah sampai hujung nyawa terhadap ibu mereka, Nasibah Binti Abas.

‘Dia Peluk Keranda Mak Tak Lepas..’ Kasihnya Suami Sampai Hujung Nyawa

Maklumnya, “selepas mak potong kaki akibat kencing manis hari tu kesihatan mak makin merosot. Jantung dan buah pinggang mak makin lemah.” Dan pada 18 Mac lalu, ibunya dijemput Ilahi.

Orang lain tak melihat, tapi aku yang menyaksikan betapa dia (ayah) cintakan isteri dia. Ya.. memang kami adik beradik yang jaga mak. Tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal mak. Walau pun dia sibuk kerja.

Kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak. Makan pakai mak, dia yang siapkan. Macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat, macam tu lah ayah jaga mak masa mak sakit.”

IKLAN

Sungguh Dia Terlalu Sayangkan Isteri Dia

Kongsi anak ini lagi, betapa ayahnya itu terlalu sayangkan ibu mereka. Dalam apa jua keadaan, ayah tetap ambil berat dan peduli.

Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia. Walau pun isteri dia dah tak sempurna, dia tetap sayang, jaga dan ambil berat. Tak peduli pun apa orang kata pasal dia. Sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang.

Tiap kali pergi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi.”

Bak kata anaknya ini, ayah itu tak pernah peduli pun apa kata orang. Sebab itulah, cara ayah menunjukkan kasih sayangnya pada ibu mereka.

IKLAN

Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila mak dah tak de tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun. Susah dan senang membesarkan 11 orang anak.

Aku tak pernah melihat dia menangis tapi hari tu, pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak. Dia bacakan yassin, dia yang ajar mak mengucap. Dia pegang tangan isteri dia sampai akhir hayat.”

Dalam Van Jenazah, Ayah Peluk Keranda Mak Tak Lepas

Masa dalam van jenazah pun macam tu, dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan yassin untuk mak. Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik-beradik, ‘Nanti bila ayah dah takde kebumikan ayah sebelah mak. Ayah nak duduk dekat dengan mak’.

Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat, sakit sampailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga syurga menyatukan kalian kembali. Aamiin.”

IKLAN

Ini pesan arwah ibunya. “Bila sayangkan seseorang, sayanglah dengan sepenuh hati. Terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan.”

Sebelum mengakhiri catatan, anak ini menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah semata mahu menagih simpati. Melainkan hanya untuk menceritakan apa yang orang lain tak nampak tapi mereka, adik beradik nampak kasih sayang ibu ayah mereka selama ini.

Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak. Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami.

Berehatlah Bidadariku.

MW : Alangkah beruntungnya ahli keluarga ini dilimpahi kasih sayang yang sarat. Al Fatihah untuk Allahyarham Nasibah Binti Abas, semoga rohnya ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : NurHafizah Rozi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI