Dia kacau bini saya, kakitangan awam meninggal maut selepas bertumbuk. Tular di media sosial video memaparkan pergaduhan di tempat awam melibatkan dua orang lelaki berkaitan isu mengacau isteri orang. Dalam video berkenaan memperlihatkan seorang individu sedang menindih seorang lelaki dan mendakwa pergaduhan antara mereka adalah disebabkan mengacau isterinya.
Bagaimana pun dilaporkan, seorang lelaki dipercayai kakitangan awam (disebut sebagai pegawai PPD dalam video berkenaan) dilaporkan meninggal dunia selepas berlaku pergaduhan di sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.
Dia Kacau Bini Saya
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 40-an meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Saksi kejadian, Zahid Hasran, 28, berkata, dia melihat dua lelaki berkenaan berbual selama 20 minit sebelum salah seorang daripada mereka memukul dan kemudian saling membalas.
Zahid yang juga pekerja di sebuah kedai membaiki motosikal berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, dia melihat sebuah kereta sedang menunggu di hadapan kedai menjual dedak yang terletak bersebelahan dengan tempat kerjanya.
Katanya, pada ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah mangsa dan seorang lagi lelaki berbincang secara serius namun tidak mendengar dengan jelas apa yang sedang dibincangkan mereka kerana sedang bekerja.
“Tidak beberapa minit kemudian, saya melihat mereka saling bertumbuk dan saya cuba untuk menghalang pergaduhan itu namun tidak berani mendekati kerana mereka terlalu agresif dan saya memberi amaran mahu menghubungi polis.
“Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan sehingga polis tiba ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kakitangan Awam Meninggal Meninggal Dunia Selepas Bertumbuk
Katanya, akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar menaiki ambulans ke Hospital Machang yang hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, saya difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Padah PIKAT ISTERI Orang, Bekas Pegawai Kanan Tentera Didenda RM6,000!
INGAT, Bukan Semua Orang Di Tempat Kerja Kita Boleh Jadikan KAWAN!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI