Besarnya pengorbanan. Di wajah isteri hanya terpancar ketenangan, segala runsing disembunyikan! Semua kepayahan dilupakan demi suami dan anak.
Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Ketika baru berkahwin, hidupnya diserahkan sepenuhnya ke tangan lelaki asing bernama suami. Lelaki itu bukan darah dagingnya. Lelaki itu mungkin saja akan mempersia-siakannya.
Tetapi dia pasrah dan menyerah. Sandarannya hanya tawakkal kepada Allah. Harapnya lelaki itu akan menjaga dia sebaik ayahnya sendiri.
Lepas kahwin, datang pula cahaya mata. Nyawanya dipertaruhkan untuk mengandung dan melahirkan. Tidak pernah dia menyesal. Dan tidak pernah dia mengeluh.
Semuanya dikorbankan demi cinta kepada suami. Segala kepayahan dilupakan demi kasihnya kepada suami.
Bila anak sedang meningkat dewasa, tanggungjawabnya bertambah dengan sendiri. Urusan suami dibereskan tanpa culas. Urusan anak-anak juga diambil tanpa ada rasa malas.
Sakit dan penatnya dia sahaja yang mengerti. Tekanan perasaannya dia sahaja yang menghadapi. Hidup dan matinya hanya untuk anak-anak dan suami.
Di wajahnya terpancar hanya ketenangan. Segala runsing dia sembunyikan. Seboleh mungkin dia akan pastikan semua orang gembira. Walaupun kadang-kadang hatinya terlupa.
Aduhai suami, hargailah isterimu. Aduhai anak, hormatilah ibumu.
Tanpa pengorbanan seorang isteri, suami bukan siapa-siapa. Tanpa kasih sayang seorang ibu, anak-anak akan merana.
Selamat pagi dunia.
#KAB
Baca Juga Di Sini:
‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah
Pengorbanan Isteri, SUAMI Buat TAK Nampak, Kekurangan Isteri BUKAN Main Dicanang
Tak Perlu Bersaing Untuk Jadi Hebat. Itulah Pengorbanan Isteri Menjadi IBU
Sebanyak Mana Pengorbanan Isteri, TENTU Banyak Juga Pengorbanan Suami Bahkan Dia Diamkan
Mingguan Wanita : Hargailah wanita yang anda kasihi sebaik-baiknya, semoga syurga balasannya atas segala penat-lelah mereka selama ini.
Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita