Di Sebalik Topeng, Berjuang Cari Rezeki, Ajarlah Anak Bagi Sumbangan, Biar Ada Sifat Memberi!

Share

Di sebalik topeng, perasaan ingin tahu siapakah gerangannya. Selalunya, bila berjalan-jalan atau bercuti, mesti ada pakaian sebegini untuk tarikan pengunjung.

Bukan setakat spiderman, ada juga hello kitty, mickey mouse dan kartun-kartun kesukaan anak-anak. Inilah yang jadi tarikan dan hiburan untuk anak-anak.

Namun, kita tak tahu perasaan orang di sebalik topeng itu. Mencari sesuap nasi dan rezeki untuk keluarga di rumah. Jadi, tak salah untuk kita yang berada di kawasan ini untuk memberi sumbangan.

Lebih seronok lagi bila mintakan anak-anak berikan sumbangan. Boleh buat anak teruja dan pastinya sumbangan yang tak seberapa ini boleh membuatkan orang di sebalik topeng itu tersenyum.

Pandangan dan pesanan daripada Mohamad Afizan Ghazali, ada benarnya, Nampak simple dan sumbangan yang tak seberapa ini mampu membuatkan anak seronok dan orang yang memakai topeng tersenyum bahagia.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Bunyi Keceng Keceng..’ Walau Derma Duit Syiling, Anak Ini Tetap Bersedekah

‘Ustaz, Saya Nak Derma..’ Murid Susah IKHLAS SEDEKAH Beri Duit Syiling

Di Sebalik Topeng, Ada Insan Cari Rezeki

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢.

Maka, galakkanlah anak-anak mengambil gambar dan minta anak bagi sumbangan sendiri.

Nampak simple tapi banyak manfaat.

Spider Man ini sedang berjuang mencari rezeki. Kita tidak tahu apa yang dirasai di sebalik topeng dan uniform ini. Mungkin masa dapat duit, dia tersenyum kerana dapat membeli makanan selepas ini.

Boleh membayar bil elektrik untuk bulan ini. Beri keluarga makan di rumah. pengorbanan di sebalik topeng ini banyak makna. Kita hanya dapat memahami makna di sebalik topeng ini dengan menghulurkan sumbangan selepas bergambar.

Anak-anak sudah pasti teruja apabila ada ikon hebat yang bergambar dengan mereka. Peluk mereka dan buat gaya spider sama-sama mereka.

Anak-anak tidak nampak siapa di sebalik topeng ini, mereka hanya nampak Spider yang berkawan dengan mereka dan mereka ingin menjadi hebat serta seronok seperti spider ini.

Anak-anak memberi sendiri sumbangan selepas bergambar dan anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri, selepas dilayan, selepas berkawan, diberikan tanda terima kasih melalui sumbangan.

Biar tidak banyak, asal ada sifat memberi. Anak-anak bangga dapat memberi, SPIDER senyum dalam menerima.

Kebahagiaan itu perlu dicipta. Jangan asyik menunggu untuk disapa.

Mingguan Wanita : Setiap orang diuji cara berbeza. Kita tak tahu apa yang dilalui oleh mereka ini. Bersyukur dan terima dengan redha.

 

Sumber: Mohamad Afizan Ghazali

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora