Di Sebalik Rasa Masam Limau Kasturi, Tersembunyi Manfaatnya Untuk Kesihatan

Limau Kasturi dimakan begitu sahaja rasanya amat masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.

Namun kegunaan limau Kasturi tidak terhenti begitu sahaja.Buah yang dikenali dengan nama calamansi ini juga banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan.

Limau Kasturi secara saintifiknya dikenali sebagai Citrus Microcarpa. Buahnya lebih kerap digunakan ketika kulit masih hijau di bahagian luar.

Nutrien Yang Terdapat Dalam Limau Kasturi

-Asid askorbik
-Kalsium
-Magnesium
-Fosforus
-Besi
-Zink
-Sodium
-Gula

Artikel berkaitan:
Bolehkah Guna Tomato Sahaja Sebagai Bahan Utama Menjaga Kulit?

IKLAN

Manfaat Limau Kasturi Untuk Kesihatan

Di Sebalik Rasa Masam Limau Kasturi, Tersembunyi Manfaatnya Untuk Kesihatan
Jus limau kasturi
1-Membantu Menyahtoksin Badan

Jus yang diperah daripada buah limau Kasturi dikatakan bermanfaat dalam membantu merangsang pembuangan air kecil keluar daripada buah pinggang. Selain itu, jus ini dikatakan baik sebagai agen penyahtoksin. Hal ini sekaligus membantu dalam menguatkan fungsi hempedu, ginjal, buah pinggang dan juga hati terutamanya dalam membuang toksin berlebihan daripada tubuh.

2-Membantu Memperbaik Kesihatan Pernafasan

Kandungan tinggi tahap asid sitrik dalam jus buah limau Kasturi amat bermanfaat dalam membuang lendir dan kahak, yang menyebabkan jangkitan sering merebak. Pengambilan jus ini sekaligus mampu melegakan keradangan pada tekak dan juga saluran pernafasan.

IKLAN
3-Membantu Menjaga Kulit

Dikatakan di benua Asia, kebanyakan orang telah menggunakan jus buah limau Kasturi sebagai bahan untuk penjagaan kulit. Ia berfungsi sebagai agen pemutihan. Selain itu ia juga dikatakan mampu membantu memberi antioksidan pada kulit, dan sekaligus dikatakan mampu membantu mencegah kedutan dan tanda-tanda penuaan lain.

4-Membantu Mengawal Diabetes

Dikatakan pengambilan jus buah limau Kasturi mampu membantu mengatur pengeluaran glukosa dan juga insulin dalam aliran darah.

IKLAN
5-Membantu Meningkatkan Imuniti

Kandungan vitamin C dalam buah limau Kasturi dikatakan bermanfaat dalam memberi peningkatan yang luar biasa dalam sistem imun. Ternyata di sebalik rasa masam limau kasturi, bermanfaat untuk kesihatan.

6-Membantu Mengawal Tahap Kolesterol

Dikatakan ada kajian menunjukkan kajian pengambilan jus buah limau Kasturi bermanfaat dalam menurunkan kadar kolesterol.

7-Mencegah Bau Badan

Dikatakan mereka yang mengalami masalah bau badan yang busuk akibat menderita masalah peluh yang banyak boleh menggunakan buah limau Kasturi. Buah ini mengandungi sifat antibakteria dan boleh membunuh bakteria penyebab bau badan busuk. Gosok buah limau Kasturi pada bahagian badan yang busuk atau anda boleh mandi air rendaman buah limau Kasturi,

Sumber: healthcautions.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI