Di Sebalik Masamnya Asam Jawa, Hati Dilindungi Kesihatan Terjaga!

Share

Dikenali dengan nama saintifiknya Tamarindus indica, buah asam jawa mentah menyediakan tenaga (kalori) serta mineral yang diperlukan tubuh seperti potassium, fosforus, magnesium, kalsium, besi, sodium dan zink.

Ia turut mengandungi vitamin C, B (niasin, riboflavin, thiamina, folat), dan vitamin A dan K.

Terdapat juga sejumlah sebatian organik yang menjadikannya sebagai agen antioksidan dan antikeradangan berkuasa.

Banyak khasiat dari segi perubatan dan kebaikan buah asam jawa terhadap kesihatan.

1-Mengurangkan Sembelit Dan Diarea

Dikatakan dalam perubatan tradisional, sifat penjulap yang ada pada buah asam jawa memang telah diketahui ramai.  Semuanya ini berikutan dengan kandungan serat pemakanan, potassium dan asid tartaric yang terdapat di dalam buah asam jawa.

Dengan memakan buah asam jawa dikatakan mampu membantu merangsang proses buang air besar yang dialami oleh mereka yang mengalami masalah sembelit kronik. Dalam kes diarea pula, disyorkan agar meminum air rebusan daun pokok asam jawa.

2-Memperbaik Kesihatan Kardiovaskular

Buah asam jawa amat kaya dengan flavonoids dan polifenol yang amat bagus untuk mengawal tahap kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL), serta trigliserid dalam darah. Selain itu vitamin C yang terdapat di dalam buah asam jawa juga mampu bertindak sebagai antioksidan yang baik.

3-Melindungi Hati

Salah satu organ yang paling terkesan dalam sistem tubuh berikutan dengan gaya hidup moden adalah hati. Hati berperanan dalam nyahtoksin dan pencernaan dalam tubuh. Buah asam jawa adalah pilihan terbaik untuk menjaga hati. Perlu diingat jika mahu mendapat khasiat buah asam jawa ini, anda perlu makannya begitu sahaja tanpa perlu dicampur gula ataupun bahan-bahan lain.

4-Kurangkan Rasa Loya Dan Morning Sickness Ibu Hamil

Dikatakan buah asam jawa telah digunakan untuk mengurangkan rasa loya dan morning sickness yang dialami oleh ibu hamil. Kesan penjulap dalam buah asama ini amat baik terutamanya dalam membantu ibu hamil mengurangkan sembelit, masalah biasa bagi ibu hamil. Bagi mencegah loya, ibu hamil boleh memakan buah asam jawa segar.

5-Baik Untuk Peredaran Darah

Buah asam jawa dikatakan baik terutamanya dalam merangsang peredaran darah. Buah ini kaya dengan besi. Besi amat penting untuk darah. Besi memastikan anda mempunyai sel-sel darah merah secukupnya dalam tubuh sekaligus membantu organ-organ dan otot-otot berfungsi dengan baik.

Memiliki besi secukupnya dalam sistem tubuh mampu membantu tubuh menentang anemia dan simptom-simptom yang anemia seperti sakit kepala, kelemahan, kelesuan, masalah kognitif dan masalah dalam perut.

6-Membantu Saraf Berfungsi Dengan Baik

Salah satu kebaikan mengambil buah asam jawa adalah ia mampu membantu saraf berfungsi dengan baik. Ini kerana buah asam jawa kaya dengan vitamin B kompleks dan juga tiamina. Tiamina dikatakan zat penting untuk tubuh.

7-Bagus Untuk Pesakit Diabetes

Dikatakan buah asam jawa ramuan terbaik untuk diabetes. Ia dikatakan mampu menghentikan karbohidrat dariapda diserap oleh sistem. Karbohidrat apabila dicerna terus bertukar menjadi gula atau lemak. Inilah yang amat perlu dielakkan oleh pesakit diabetes. Dikatakan mengambil buah asam jawa mampu membantu mengawal dan mengawasi tahap glukos dalam darah dan memastikan diabetes dalam keadaan terkawal.

8-Menentang Jangkitan

Buah asam jawa dikatakan mengandungi sifat-sifat antimikrob yang mampu membantu melindungi diri daripada mikrob dan jangkitan kulat. Buah asam jawa juga ada kandungan antiseptik yang dikatakan mampu mengurangkan jumlah parasit dalam tubuh. Selain itu, buah asam jawa adalah penyembuh terbaik untuk cacing dalam usus terutamanya pada kanak-kanak.

9-Merangsang Pengurangan Berat Badan

Buah asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana ia kaya dengan asid hidrositrik (HCA) yang terkenal dalam menyekat enzim dalam tubuh yang menyimpan segala lemak. Ia juga mampu membantu anda menyekat selera kerana ia meningkatkan jumlah serotonin dalam sistem.

Sumber: Pelbagai sumber dari laman web di internet

Published by
Julie Roshana