Urusan pemberian nafkah pada anak-anak selepas perceraian jangan diambil ringan. Apatah lagi jumlahnya telah ditetapkan oleh mahkamah, namun dengan sengaja tak nak bayar nafkah anak-anak ini pada bekas isteri. Silap-silap boleh dikenakan hukuman meringkuk dalam penjara!
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap seorang buruh setelah didapati bersalah kerana gagal membayar nafkah anak-anaknya.
Bagi nafkah dan duit belanja pada isteri tu tak sama.
Nafkah bulanan wajib beri isteri, jangan buat tak tahu. Ada keberkatan walau sedikit.
Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki berkenaan, Diang Ghani, 52, didapati bersalah mengikut Seksyen 181 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) kerana gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebanyak RM11,000 kepada bekas isterinya.
Sebelum ini, mahkamah pada 21 April 2010 telah mengarahkan lelaki berkenaan untuk membayar nafkah enam orang anaknya sebanyak RM300 setiap bulan, sebagaimana persetujuan bersama bekas isteri.
Bagaimanapun, keengganannya membayar nafkah itu menyebabkan tunggakan terkini nafkah mencecah RM11,000.
Pada 19 Februari 2020, mahkamah telah mengarahkannya hadir ke mahkamah setelah bekas isterinya memfailkan notis penghakiman.Namun, dia gagal hadir dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan pada 15 Disember lalu, sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, berkuat kuasa Ahad.
Baca Lagi Di Sini:
Ambil Tahu Cara Tuntut Nafkah Anak Lepas Bekas Suami Kahwin Baru
Wanita Kahwin Duda, Jangan Halang Hak Nafkah Anak Tiri
MW: Seeloknya jadikan pengajaran buat bekas suami yang payah sangat nak tunaikan nafkah dan tanggungjawab. Ingat iya walaupun dah bercerai, nafkah anak-anak tetap kena bagi.
Sumber: Sinar Harian