Di Luar Rumah Tu, Yang Bahaya Bukan Single Mother…Tapi COVID-19!

Share

Dalam mematuhi arahan “Perintah Kawalan Pergerakan“, ada pula mereka yang tak sensitifmenjadikan ibu tunggal dan balu sebagai lawak tidak sihat. Cinta pasar raya katanyaEpisod cinta bermula bila kerajaan menghadkan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan 

Bagi wanita yang berstatus ibu tunggal. Mereka juga ketua keluarga yang dimaksudkan. Isunya bila ada pihak yang terlajak berfantasi , pertemuan di pasar raya membuatkan ada cinta berputik dan berkahwin.  

MW pun sedia maklum mana-mana perempuan pun tidak pernah mengimpikan title balu atau ibu tunggal tu menjadi sebahagian hidup mereka. Jangan direndah-rendahkan maruah mereka. Jangan pula kerana sengaja me

ncipta isu dalam berkait status mereka dalam kita tengah panik dengan isu COVID-19.

Jadilah manusia budiman dan peka dengan sensitiviti orang lain. Nak maklumkan di luar rumah tu, yang bahayanya bukan single mother tau…tapi COVID-19. 

MW tertarik dengan posting seorang balu yang baru sahaja habis tempoh iddahnya menerusi akaun facebooknya; PageKhas Mini. Ini luahan jujurnya mengenai perasaan seorang balu yang kehilangan suami akibat jangkitan kuman di paru-paru setelah dua tahun melalui rawatan kanser. Allahyarham suami beliau meninggal dunia pada 14 November lalu.

—————————————————————————————————– 

Covid19 vs single mother vs cinta pasaraya 

#mohonshare  

Lakaran tak sensitif yang meremukkan hati balu dan ibu tunggal

 Awak.. Budin VS Baguk #theyatims  

Esok hari terakhir iddah saya. Sepatutnya lusa pagi-pagi saya nak pergi duduk lamaaaaa kat awak. Setelah 4 bulan 10 hari saya menahan hati.  

Tapi saya tak mampu nak tunaikan janji. Anak kat rumah takde yang jaga. Saya just bertiga je. Saya, SulaimanIsa. Saya tak sanggup bawa anak sekali waktu-waktu bahaya macam ni.  

Awak..  

selama awak takde ni. Saya tak amik pusing isu yang kadang-kadang menjentik saya. Dua kali lepas awak pergiisu suami kena rampas dek single motherThen satu lagi viral isu  faraid 

Saya diam. Tak komen pape dan buat tak endahSampailah isu-isu lenyap dengan sendiri 

Tapi semalam saya ternampak lukisan ni. Terus berlinang air mata 

Kami (golongan single mother) buat lah apa saje pon tetap HINA dan KEJI kat mata masyarakat kan?  

Peritnya 

_______________________________________________________________________ 

 Mohon share luahan hati saya ni supaya sampai ke pelukis “cinta berputik di pasar raya”  

 Saya doakan suami awak selamat pergi dan balik dari medan perang (perang d

engan virus COVID-19 kat pasar raya dan perang nafsu si suami bila ternampak single mother)

 Saya harap ketua keluarga awak dapat terus berbakti keluar belikan barang keperluan   sehingga habis tempoh kawalan ni 

 Saya cuma mampu pesan berhati-hatilah supaya awak tak rasa apa yang saya rasa.  

 Jaga suami ye. Kat luar tu yang bahaya sekarang bukan single mother, TAPI VIRUS COVID19.  

Sekurang-kurangnya bila suami pergidapat kita peluk cium buat kali terakhir 

Atau setidak-tidaknya anak dapat mengiringi.  

Dan saya harap anak awak tak nangis rindu babahnya macam anak saya. (Video sulaiman nak babahSulaiman 6 yo and speech delay)  

Video last tu saya ambil dari fb jiwa damai. Yang saya dapat dari video tu – buat perubahan dalam keluarga kita. Jaga family kita 

Ps : andai pelukisnya lelakifikir-fikirkan juga setiap kali awak keluar tu mungkinkah minggu depan awak masih dapat balik rumah tengok anak isteri 

Stay at home The Yatims  #covid19 

 

 

Published by
Mastura Burhanuddin