Dalammematuhiarahan “PerintahKawalanPergerakan“, ada pula mereka yang taksensitifmenjadikanibutunggal dan balusebagailawaktidaksihat. Cinta pasar rayakatanya. Episodcintabermulabilakerajaanmenghadkanhanyaketuakeluargasahaja yang dibenarkankeluaruntukmembelibarangkeperluan.
Bagi wanita yang berstatus ibu tunggal. Mereka juga ketua keluarga yang dimaksudkan. Isunya bila ada pihak yang terlajak berfantasi , pertemuan di pasar raya membuatkan ada cinta berputik dan berkahwin.
MW pun sedia maklum mana-mana perempuan pun tidak pernah mengimpikan title balu atau ibu tunggal tu menjadi sebahagian hidup mereka. Jangan direndah-rendahkan maruah mereka. Jangan pula kerana sengaja mencipta isu dalam berkait status mereka dalam kita tengah panik dengan isu COVID-19.
Jadilah manusia budiman dan peka dengan sensitiviti orang lain. Nak maklumkan di luar rumah tu, yang bahayanya bukan singlemother tau…tapi COVID-19.
MW tertarik dengan posting seorang balu yang baru sahaja habis tempoh iddahnyamenerusi akaun facebooknya;PageKhas Mini. Ini luahan jujurnya mengenai perasaan seorang balu yang kehilangan suami akibat jangkitan kuman di paru-paru setelah dua tahun melalui rawatan kanser. Allahyarham suami beliau meninggal dunia pada 14 November lalu.
—————————————————————————————————–
Covid19 vs single mother vs cinta pasaraya
#mohonshare
Lakaran tak sensitif yang meremukkan hati balu dan ibu tunggal
Awak.. Budin VS Baguk #theyatims
Esok hari terakhir iddah saya. Sepatutnya lusa pagi-pagisaya nak pergi duduk lamaaaaa kat awak. Setelah 4 bulan 10 hari saya menahan hati.
Ads
Tapi saya tak mampu nak tunaikan janji. Anak kat rumah takde yang jaga. Saya just bertiga je. Saya, Sulaiman, Isa. Saya tak sanggup bawa anak sekali waktu-waktu bahaya macam ni.
Awak..
selamaawaktakdeni. Saya takamikpusingisu yang kadang-kadangmenjentiksaya. Dua kali lepasawakpergi, isusuamikenarampasdeksinglemother. Thensatulagiviralisufaraid.
Saya diam. Takkomenpape dan buattakendah. Sampailahisu-isulenyapdengansendiri.
Tapi semalamsayaternampaklukisanni. Terus berlinang air mata.
Kami (golongan single mother) buat lah apa saje pon tetap HINA dan KEJI kat mata masyarakat kan?
Mohon share luahanhatisayanisupayasampaikepelukis “cintaberputik di pasar raya”
Saya doakan suami awak selamat pergi dan balik dari medan perang (perang dengan virus COVID-19 kat pasar raya dan perang nafsu si suami bila ternampak singlemother)
Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu. Kedua-dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar. Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya.
Seperti yang dikongsikan Ruqyah Sufi, inilah doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Syarat Amalkan 2 Doa Ini
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4 :
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Cara Afdhalnya
√ Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
√ Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Dia seorang suami yang sangat baik. Dia sayang kepada anak-anak dan tidak ada keraguan tentang kesetiaannya kepada anda. Dalam ayat lain, dia suami yang sangat sempurna kecuali satu perkara. Bermulut terlalu rajin mengkritik anda dan kata-katanya tajam menusuk kalbu.
Apabila ada sesuatu dalam rumah yang dia tidak berkenan maka dia akan ‘membuli’ perasaan anda dengan ayat-ayat pedas. Dia bukan mengherdik atau menengking anda tetapi dia ada kuasa sihir yang menjadikan setiap perkataan yang dia ucapkan itu sangat menyakitkan hati.
Apabila bersuamikan lelaki begini, kata-kata nasihat seperti ‘cakaplah elok-elok dengan dia’, ‘jangan derhaka pada suami’ atau ‘jangan lawan cakap suami’ tidak memberikan apa-apa makna.
Anda hanya isteri biasa yang merasa telah cuba sebaik mungkin untuk bersabar. Namun kadangkala tindak balas spontan kepada kata-kata tajam suami menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.
Sebagai contoh hampir setiap hari suami menembak cara anda menegur sikap anak-anak. Hati mana yang tidak panas lalu anda pun membalas “..kalau abang dah tahu saya tidak pandai kenapa tidak abang sendiri yang tegur budak-budak tu?”
Hujah anda itu dibalas semula dengan sindiran betapa anda tidak mahu mendengar nasihat dan belum habis dia bercakap, anda sudah membalas semula.
Sudah tentu keadaan itu memberi anda tiket khas ke neraka. Sekadar kata-kata nasihat ‘jangan derhaka’ memang mudah diucap tetapi yang anda lebih perlukan ialah bagaimana untuk menghadapinya.
Betul bukan? Oleh itu dalam nota ini saya kongsikan beberapa teknik untuk berhadapan dengan sikap suami yang gemar mengkritik dan merendah-rendahkan anda.
Dr Syed Yusainee Syed Yahya
2 Cara Nak Hidup Dengan Suami Mulut Laser
Fahami Suami Jika Anda Menjadi Dia
Pertama, fahami suami jika anda menjadi dia. Anda kata dia mengkritik anda dengan kata-kata bisa. Ya mungkin betul pada ketika itu tetapi bagaimana sebelum ini?
Adakah dia terus menyembur anda atau dia sudah bercakap elok-elok tentang isu itu sebelum ini? Mungkin kata-kata dia pedas tetapi adakah dia benar-benar maksudkan begitu?
Anda dapatkan lebih maklumat tentang apa yang sebenarnya dia maksudkan. Sebagai contoh “Cuba Abang buat Ina faham, apa sebenarnya maksud Abang tadi?”
Jangan Simpan Kata-kata Suami Bermulut Laser Dalam Hati
Kedua ialah jangan simpan kata-kata lasernya itu di dalam hati. Dia suami anda dan merupakan pintu anda ke syurga nanti.
Setiap hari dia bekerja kuat setiap hari mencari rezeki. Jika terpaksa dia tidak akan berfikir dua kali untuk mengorbankan nyawanya demi mempertahankan anda dan anak-anak.
Jika nyawa jadi tanda sayangnya dia pada anda, takkanlah kata-katanya yang terlepas itu anda terus tangkap dan simpan dalam hati.
Anda kata dia ‘mulut laser’ bila menegur tetapi adakah anda pernah cuba memahami maksud dia yang sebenarnya. Mulutnya tajam tapi dia setia pada anda.
Dia selalu menegur masakan anda yang kurang menyelerakan tetapi setiap bulan semua duit gaji dia serah pada anda. Maksud saya ialah lihatlah pada hatinya sebagai suami. Bukan kata-kata lasernya itu.
Selama ini anda telah lihat cukup bukti betapa dia sayangkan anda. Dia juga seorang ayah yang baik kepada anak-anak. Oleh itu kenapa anda lebih sensitif tentang bagaimana dia menegur anda berbanding dengan apa yang dia tegur itu?
Sembilan daripada sepuluh teguran dia anda ambil secara negatif. Adakah benar dia suka mengkritik anda atau anda yang tidak boleh ditegur? Maksud tidak boleh ditegur ini ada dua.
Pertama, ego tinggi dan merasa diri sentiasa betul.
Kedua, tidak peduli dan tidak mengambil berat tentang perkara yang ditegur oleh suami.
Bertanggungjawablah di atas sikap kepada suami. Cara dia menegur mungkin tidak kena tetapi apa yang dia tegur itu adalah betul. Suami sangat sayangkan anda maka eloklah anda mengambil berat apa yang dia cakap. Kecualilah anda memang mahu menyakitkan hatinya maka belailah ego anda itu.
Penulis : Dr Syed Yusainee Syed Yahya, Promind Training And Consultation, kolumnis Nota Untuk Isteri majalah Mingguan wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila dah namanya perempuan, air jamu itu memang jadi kawan. Kalau tak amal tak salah tetapi kalau rajin buat anda akan dapat rasa kelainan pada tubuh badan. Untuk resepi lengkap boleh rujuk bahan-bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Mira Baharin ini…
Resepi ni kakyaa dapat dan belajar KHAS dengan Bidan Indonesia. Dan wajib sebulan sekali kakyaa buat air jamu ni sekian dari air jamu yang lain. Kakyaa ni kan, dengan air jamu memang berpisah tiada tau dok.
Ramai yang tahu rahsia resepi ni sebenarnya. Biasa dengar air jamu asam jer kan.
Bahan rahsia utama ialah Ibu segala jamu adalah KENCUR atau dikenali dalam masyarakat kita sebagai CEKUR.
Di indonesia air jamu ni dah menjadi amalan masyarat diaorang sejak dari remaja. Jangan pelik kenapa orang sana selalu sunti, fit dan awet muda sentiasa. Ini lah rahsianya uollss.