Di Ecuador, Aiskrim Terbaru Perisa Tikus Belanda Yang Paling Laris!

Share

Biasanya Tikus Belanda atau lebih dikenali sebagai ‘Guinea Pig’ dijadikan sebagai binatang peliharaan kerana kecomelannya. Namun siapa sangka, di Ecuador haiwan ini turut dijadikan sebagai salah satu perisa aiskrim dan jualannya paling laris!

Aiskrim Perisa Tikus Belanda

Seorang wanita, Mara del Carmen Pilapana menjual aiskrim unik berperisa tikus belanda. Aiskrim haiwan yang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘cuy’ itu dijual pada harga AS$1 (RM4.20).

Cuy biasanya dimasak sebagai hidangan tradisional oleh penduduk negara Amerika Latin termasuk Colombia, Peru dan Bolivia.Di Ecuador, tikus belanda dimasak dengan garam bersama hidangan kentang dan sos kacang.

Bagaimanapun, Pilapana mencuba sesuatu yang baharu dengan menjadikan daging tikus belanda sebagai aiskrim.Dia menghasilkan perisa unik itu dengan memasak dan menyediakan pes daripada daging tikus belanda, yang rasanya dikatakan menyamai daging ayam,” lapor akhbar The New York Post.

Produk Paling Laris

“Keluarga dan suami saya sendiri menganggap saya gila. Mereka tidak fikir sesiapa pun akan sukakan aiskrim ini tetapi sekarang ia produk kami yang paling laris,”

kata Pilapina.

Perniagaan kecilnya cuma menggunakan dua buah meja di tempat terbuka bersebelahan beberapa klinik gigi dan kedai. Setiap minggu, Pilapina akan menyediakan 150 hidangan aiskrim tikus belanda.

Ibu kepada tiga anak itu hilang pekerjaan sebelum mula menghadiri kelas latihan untuk usahawan. Selepas enam bulan menguji perisa yang sesuai, dia mula menjual beberapa jenis aiskrim sejak awal bulan lalu.

Selain menghasilkan aiskrim perisa tikus belanda, wanita ini turut menjual aiskrim perisa kumbang dan cendawan, yang kebiasaannya dimakan sebagai snek masin oleh penduduk tempatan. Malah dalam fikirannya turut merancang untuk menghasilkan aiskrim perisa baru seperti ketam, ayam dan khinzir.

MW: Memang luar biasa perisa aiskrim yang wanita ini jual. Berani mencuba daripada luar kebiasaan.

Sumber: Kosmo, CBS News

Published by
Suhaidah Abd Wahab