Desas desus hamil, Neelofa mohon doakan yang terbaik. Selebriti dan juga usahawan terkenal, Neelofa tidak mengiayakan atau menafikan dirinya kini sedang berbadan dua.
Malah isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz juga meminta orang ramai doakan yang terbaik untuk dirinya.
Malah Neelofa juga menjelaskan sekiranya khabar angin mengenai kehamilannya itu benar, dirinya sendiri akan kongsikan berita gembira tersebut pada waktu yang tepat kepada orang ramai.
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Neelofa akui isu hamil ini agak sensitif untuk dijawab.
“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri
“Katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” ungkapnya.
Neelofa mengakui ramai pihak teruja menantikan berita kehamilannya sehingga sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Baca Disini Juga:
Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan Tunaikan Hasrat Wanita Hamil ‘Mengidam’
“Saya & Haris Menerima Dengan Hati Terbuka, Menjadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran” Neelofa
“Berat Tangan Ini Melepaskan Mu Sayang, Allah Kurniakan Pasangan Yang Baik” Doa Ibu Neelofa
Malah Neelofa juga menerangkan dia juga berharap orang ramai faham dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.
“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini.
InsyaAllah akan dibuat dengan baik dan akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” tegas Neelofa.
Selain itu seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“‘PRIHATIN-MAIWP merupakan satu inisiatif oleh PRIHATIN dengan kerjasama dan sokongan MAIWP serta PKN dalam menunjukkan keprihatinan bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 ini. Secara keseluruhan, program ini menyasarkan kepada 100,000 penerima melalui bantuan bakul makanan,” tulis Neelofa.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Neelofa