Deruan Ombak Menenangkan, Wanita PILIH Bersalin Sendiri Tepi Laut Ditemani Suami!

Share

Tak dinafikan deruan ombak sememangnya mampu memberi ketenangan pada sesiapa sahaja. Namun demikian, sungguh tak sangka ada yang memilih untuk bersalin sendiri di tepian pantai.

Seorang wanita selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan di Lautan Pasifik. Lapor Daily Mail, Josy Peukert, 37, hanya ditemani suaminya, Benni Cornelius, 42, semasa berada di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua.

Deruan Ombak Menenangkan Isteri

Ibu empat anak itu memuat naik video detik kelahiran cahaya mata bongsunya ke Instagram dengan hanya memiliki kit bersalin seperti tuala, mangkuk dengan penapis untuk menadah tali pusat dan kain.

Menerusi video itu, ombak laut kelihatan menghempas belakang badannya semasa dia kesakitan untuk melahirkan anak.

“Bunyi deruan ombak dapat menenangkan isteri saya ketika melahirkan anak, walaupun dalam kesakitan, namun dia masih berasa selesa,” kata suaminya.

Bayi lelaki itu diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius dan kini sudah berusia 13 minggu.

Suaminya memaklumkan selepas kandungan isterinya semakin sarat, dia menghantar anak-anak yang lain ke rumah kawannya sebelum mereka berdua menuju ke kawasan pantai.

Pilih Lahirkan Anak Sendiri

Peukert menjelaskan pilihan untuk melahirkan anak sendiri kerana doktor dan bidan menyebabkan golongan wanita lebih terganggu dan tidak yakin dengan keupayaan sendiri.

“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini.

“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan.

“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kongsinya.

Peukert berkata, selepas proses kelahiran itu selesai, dia kembali semula ke pantai untuk menyegarkan dirinya.

“Selepas itu, kami kemas semua barang dan memandu pulang ke rumah dengan hanya kami bertiga.

“Saya langsung tidak berasa takut atau bimbang semasa meraikan kedatangan cahaya mata baharu ke dalam hidup kami,” katanya.

Sehingga kini, tiada statistik rasmi merekodkan jumlah kelahiran bebas di seluruh dunia, namun, angka itu dipercayai masih kecil dan bertambah.

Mesti Baca:Ibu Hamil 7 Bulan Tak Sengaja Bersalin, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas

Baca Lagi Di Sini:Pergilah Ke PANTAI, Terapi Terbaik Semua Jenis Tekanan & Masalah

Artikel Menarik:TUAH Pengutip Sampah, Jumpa ‘Batu’ Wangi Tepi Pantai Bernilai RM2.9 Juta!

Mingguan Wanita:Cekal sungguh apabila memilih untuk bersalin sendiri.Walaupun pantai menenangkan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan di hospital bagi proses kelahiran bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi sewaktu proses bersalin nanti.

Sumber: Utusan, Daily Mail

Perlu ke berpantang selepas bersalin?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Baik, buruk bersalin secara pembedahan.

Published by
Suhaidah Abd Wahab