Tak dinafikan deruan ombak sememangnya mampu memberi ketenangan pada sesiapa sahaja. Namun demikian, sungguh tak sangka ada yang memilih untuk bersalin sendiri di tepian pantai.
Seorang wanita selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan di Lautan Pasifik. Lapor Daily Mail, Josy Peukert, 37, hanya ditemani suaminya, Benni Cornelius, 42, semasa berada di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua.
Deruan Ombak Menenangkan Isteri
Ibu empat anak itu memuat naik video detik kelahiran cahaya mata bongsunya ke Instagram dengan hanya memiliki kit bersalin seperti tuala, mangkuk dengan penapis untuk menadah tali pusat dan kain.
Menerusi video itu, ombak laut kelihatan menghempas belakang badannya semasa dia kesakitan untuk melahirkan anak.
“Bunyi deruan ombak dapat menenangkan isteri saya ketika melahirkan anak, walaupun dalam kesakitan, namun dia masih berasa selesa,” kata suaminya.
Bayi lelaki itu diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius dan kini sudah berusia 13 minggu.
Suaminya memaklumkan selepas kandungan isterinya semakin sarat, dia menghantar anak-anak yang lain ke rumah kawannya sebelum mereka berdua menuju ke kawasan pantai.
Ads
Pilih Lahirkan Anak Sendiri
Peukert menjelaskan pilihan untuk melahirkan anak sendiri kerana doktor dan bidan menyebabkan golongan wanita lebih terganggu dan tidak yakin dengan keupayaan sendiri.
“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini.
“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan.
“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kongsinya.
Peukert berkata, selepas proses kelahiran itu selesai, dia kembali semula ke pantai untuk menyegarkan dirinya.
“Selepas itu, kami kemas semua barang dan memandu pulang ke rumah dengan hanya kami bertiga.
Ads
“Saya langsung tidak berasa takut atau bimbang semasa meraikan kedatangan cahaya mata baharu ke dalam hidup kami,” katanya.
Sehingga kini, tiada statistik rasmi merekodkan jumlah kelahiran bebas di seluruh dunia, namun, angka itu dipercayai masih kecil dan bertambah.
Mingguan Wanita:Cekal sungguh apabila memilih untuk bersalin sendiri.Walaupun pantai menenangkan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan di hospital bagi proses kelahiran bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi sewaktu proses bersalin nanti.
Kasih sayang seorang ayah tiada tandingannya.Menerusi perkongsian video pelakon Norman Hakim didalam instagram baru-baru ini, menyatakan ber’tan’ air mata beliau gugur saat melepaskan anak lelaki sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 15, melanjutkan pengajian hafazan di Turki.
Menerusi posting instagram beliau sebelum ini,Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata Danish ialah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta,Turki bagi menyelesaikan baki hafazan lapan juzuk Al Quran dan telah bertolak ke negara Turki semalam. Namun perkara yang turut mencuit perasaan ramai ialah luahan hati Norman kepada anaknya, Danish di dalam posting instagram beliau;
“Selama bertahun saya yang selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama untuk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar untuk luahkan rasa & air mata.
Tapi hari ni dalam sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yang longlai kat bahu dia.Ber’tan’ air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening.
Norman turut menyatakan anaknya mempunyai lebih kekuatan jiwa dan mental berbanding beliau malah tiada apa yang menjadi kebimbangan beliau lagi apabila memiliki Alquran didalam dada.
Baru saya sedar dia lagi ‘kuat’ dari saya. Anak ini dah bersedia untuk ‘menakluk akhirat’ di dunia yang sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa
Ampun maaf abang,rupanya papa tak ‘sekuat’ yang disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni.
Disamping itu, Norman turut mendoakan pemergian anak tersayang dan mengucapkan selamat jalan buat bekas isterinya Abby Abadi, suami abby dan anak-anak mereka iaitu Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10. yang mengiringi Danish ke Turki.Norman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut akaun beliau yang mendoakan serta memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga.
Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243.Doa papa hak abang untuk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abang untuk hak papa pula antara 3 perkara untuk ‘bantu’ papa dibarzakh yang wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba.
Selamat mengiringi ‘jihad’ Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 . Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️
Terima kasih sangat-sangat untuk doa-doa kalian,kata-kata semangat & nasihat yang tak putus-putus.Mohon terus doakan para pewaris generasi Al-Quran ni.Semoga generasi kita seterusnya pun akan dapat tempiasnya juga nanti utk doa-doa itu Aamiin Ya Rabb.
Posting berkenaan membuatkan rata-rata pengikut akaun beliau mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkongsian berita berkenaan. Malah, peminatnya mendoakan agar Danish dapat menghabiskan pengajian hafazan dengan lancar dan sempurna.
Datin Maria Arshad kehilangan suami tercinta Allahyarham Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Salam takziah diucapkan buat Datin Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari dan juga ibu mertua kepada Sharifah Shahirah (Shiera) sekelurga atas kehilangan insan tersayang.
Suami kepada pelakon era 80-an Datin Maria Arshad menghembuskan nafas terakhir pada 20 Julai. Perkongsian tersebut diluahkan sendiri oleh Maria menerusi laman sosial Instagram.
Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta
Pemilik nama sebenar Kamariah Arshad itu juga memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.
“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, InsyaAllah,” kongsianya.
Shiera Titipkan Doa
Pelakon Sharifah Shahirah juga turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.
“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” luah Shiera.
“Moga Datin Maria Redha Terima Dugaan Ini”
Pada masa yang sama rakan artis dan warganet menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tahun lalu, sekitar Mei anak bongsu penyanyi terkenal, Lan Solo, Nur Amna Quxandra jalani pembedahan pemulihan sumbing bibir. Baru ini, isteri Lan, Sheila Razlan berkongsi bagaimana cara penjagaan bibir anaknya selepas pembedahan.
Sebab, selepas setahun lebih kesan parut itu hampir tiada. Jadi, mak ayah yang berdepan masalah luka parut anak terutama bibir klef boleh cuba tip yang dikongsikan Sheila ini.
Tulisnya,
KY banyak dapat DM lately bertanya pasal kesan operation Baby Xandra dulu.
Jahitan tu nampak cantik dan kemas dan sekali pandang macam tak nampak dia sumbing/klef.
Guys, especially parent yang ada anak klef, yang baru lepas operation. Jangan lupa URUT 100 KALI SEHARI.
KY memang tak tinggal DERMATIX cream. Mula-mula pakai yang ULTRA. Lepas dah nampak kesan jahitan tu semakin menipis, pakai pulak yang ADVANCE.
Yes cream ni sedikit mahal.. but insyaAllah hasilnya memuaskan.
Sila Kedekut Baby Untuk Bagi Orang Pegang
Dan yang PALING PENTING.. had kan baby dari berjumpa orang dan sila kedekut baby untuk bagi orang pegang. Sebab baby klef ni sangat sensitif dengan persekitaran dia.
Elakkan cium dia.
Bukan anak klef je.. mana-mana baby pun sebaik-baiknya begitu la. Yang datang melawat pun harapnya faham ye. Baby klef ni jahitannya LUAR DALAM kene jaga. Memang sangat-sangat mudah untuk dapat infection.
And now.. KY sangat berpuas hati dengan kesan jahitan bibir Xandra. Tunggu besar sikit je lagi. Kita akan start follow up gusi dia pulak.. doakan tau.
Jangan Takut Budak Sumbing, Bukan Berjangkit Pun..
Pastu, yang tengah preggy atau baru preggy.. toksah la beria benar takut tengok budak sumbing ni. bukan berjangkit pun.
Kalau dah Tuhan nak bagi.. family kau tak de sumbing pun dia tetap bagi. Sebab KY ada jumpa orang yang wife dia preggy takut tengok Xandra masa kat sepital dulu. Katanya sebab wife dia preggy.. choii!
Kemon.. itu la kehebatan kuasa DOA. So, teruskan doa benda yang baik-baik k.
“Cara letak plaster dengan betul.. cara sapu oitment & dermatix dengan betul.
Kepada yang DM luahan hati pada KY pasal baby cleft ni.. tu nanti KY cerita pada next post ye.
Atau kat blog.”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...