
Isi Kandungan
ToggleMarilah hulurkan derma takat mana yang mampu kepada keluarga ini, apa yang kita tengok tak seberat rasa luluh yang si ibu tanggung. Bukan sahaja terpaksa sabar melihat derita si kecil, malah berusaha mencari rezeki untuk tanggung kos perubatan.
Apa yang dipaparkan adalah realiti yang dikongsi oleh Puan Husna Mat Jusoh untuk mengurangkan beban keluarga ini, bagi yang sudi menyumbang boleh semak akaun bank untuk teruskan niat hulurkan derma.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Di sini saya sebagai wakil bagi pihak ibu Fatin Aisya Shahrin serta ibu saudara Raisya Zaif kepada baby Nur Qaireen Nayla binti Syafiq Rizal.
Lahir pada 5 Sept 2017 yg lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, HoShas Temerloh Pahang dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh utk rawatan dan pembedahan.
Sehingga kini baby Nayla masih belum berkesempatan melihat dunia luar akibat masalah yang dihadapi. Baby Nayla masih ditempatkan di NICU Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Penghidap Penyakit Spina Bifida
Untuk pengetahuan, baby Nayla mengalami penyakit Spina Bifida dan Hydrocephalus dan telah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali di bahagian belakang serta kepala.

Bantuan dana derma untuk menanggung kos perubatan, pembedahan serta sara hidup diperlukan kini. tuan-tuan, puan-puan yang budiman boleh membuat bayaran ke acc berikut.
Akuan Bank CIMB:
Fatin Nur Aisya Shahrin
7607159182
CIMB Bank
01126919729
Hulurkan tangan ringankan beban.
Feel free to share.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejak Kecil Ibu Lelaki Ini Ajar ‘Bercakap’, Akhirnya Dia Lakukan Apa Yang Orang Pekak Lain Tak Mampu Buat

Isi Kandungan
ToggleLelaki ini tak boleh mendengar. Tetapi itu bukan alasan kepada Amril Nurman bin Lokman untuk menggapai kejayaan seperti insan normal lain. Dia ada satu kelebihan yang tak semua OKU pekak mampu lakukan, iaitu boleh bercakap.
“Sejak kecil, ibu saya Rabeah binti Hussain melatih saya untuk bercakap. Dia memilih kaedah paling susah iaitu kaedah oral-aura untuk saya belajar dalam berkomunikasi sebab dia mahu saya bermula dari atas. Dia juga mahu saya sama seperti insan lain.
“Saya belajar kaedah oral-verbal, bahasa isyarat, bacaan bibir dan bahasa gerak badan. Dan saya belajar melatih pendengaran dan pertuturan kiu. Sebab itu juga saya boleh bercakap.”
Cuma bila bercakap, dia perlu bertutur dengan perlahan-lahan. Agar orang yang mendengarnya dapat memahami percakapannya.
“Saya hanya mampu bercakap tetapi tak boleh mendengar. Sebab itu, saya memerlukan alat bantuan pendengaran untuk membantu saya bercakap.”
Amril menggunakan bahasa isyarat apabila berbicara dengan OKU pekak lain dan insan normal yang mahir berbahasa isyarat.
Tahu bahasa gerak badan dan membaca gerakan bibir dalah caranya berkomunikasi dengan adik-beradik yang lain.
Anak ketiga dari 4 orang adik beradik yang kesemuanya lelaki ini mengakui menggunakan cara ini membantunya belajar lebih banyak cara bercakap dengan betul.
Tahap kepekakan yang dialami juga sangat teruk dan dia memerlukan alat bantuan pendengaran sejak berumur 4 tahun. Penggunaan alat bantuan pendengaran ini yang membantunya untuk bercakap dalam nada yang terlalu kuat.
Bagaimana pun, ketika temu ramah ini dijalankan dengan wartawan Mingguan Wanita, Amril mendapat bantuan Penolong Kanan 1, Puan Suhaila yang akan menterjemahkannya dalam bahasa isyarat.
Siapa Amril Yang Sebenarnya?
Amril, 26 tahun, bukan calang-calang OKU. Pencapaiannya dalam bidang pendidikan boleh dibanggakan bagi mereka yang bergelar OKU. Dia mendapat 3A dalam UPSR. Manakala 3A, 4B dan 1C adalah keputusan yang dicapainya dalam peperiksaan SPM.
Kini sudah hampir 2 tahun lebih Amril bergelar seorang guru di Sekolah Pendidikan Khas Kampung Baru Kuala Lumpur. Dia berjaya melunaskan cita-citanya sebaik menamatkan pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur.
Beliau juga merupakan Bendahari Persatuan Guru-guru Pekak Malaysia.
Dorongan ibu buatkan Amril akhirnya menjadi guru.
“Waktu dapat tawaran masuk ke IPG Ilmu Khas, minat jadi guru itu memang tak ada.Akhirnya minat itu terpupuk dengan sendiri setelah saya belajar dengan lebih mendalam terhadap kursus yang ditawarkan.”
“Bertuah saya kerana dapat jadi guru terutamanya guru kepada pelajar OKU. Boleh dikatakan keseronokan saya menjadi guru itu semuanya semata-mata kerana saya dapat mengajar pelajar-pelajar OKU yang senasib saya.
“Saya lebih bersemangat apabila dapat mengajar mengikut kemampuan pelajar-pelajar. Saya selalu juga berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar.”
Bagi ibu bapa yang tidak boleh berbahasa isyarat, setiap hari Sabtu selama dua kali sebulan Amril akan memberi kelas bahasa isyarat kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU pekak.
“Saya harap cara ini dapat membantu ibu bapa dapat memahami anak mereka dengan lebih baik.”
Amril juga mampu mengajar dan menggunakan bahasa isyarat Melayu dan bahasa isyarat Inggeris.

Ini Alasan Amril Ajar Subjek Bahasa
Tidak mudah bergelar OKU terutamanya dalam menimba ilmu. Ujar guru yang mengajar bahasa Inggeris, bahasa isyarat komunikasi, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan ini, sejak kecil lagi dia mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan memahami apa yang diajar oleh guru ketika mengajar.
“Semasa belajar di IPG Ilmu Khas disebabkan ada masalah komunikasi, saya susah faham apa yang pensyarah ajar.
“Nasib baik saya mendapat bantuan kawan-kawan sekelas. Mereka akan cuba menterjemahkan apa yang diajar pada saya dalam bahasa Isyarat.
“Sebab itulah saya mengajar bahasa sewaktu mengikuti kursus pendidikan kerana saya sedar penting bagi OKU pekak untuk belajar bahasa. Orang pekak suka menghafal tetapi mereka tidak suka ejaan.
“Harapan saya, dengan cara menjadi guru ini dapat membantu pelajar-pelajar menjadi lebih pandai daripada apa yang saya dapat selama ini. Saya mahu pelajar-pelajar dapat lebih banyak A daripada saya.”
Foto: Nurul Akmar Azimi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Durjana, Paksa Anak Umur 15 Tahun Lacurkan Diri Lebih 1,000 Kali

Isi Kandungan
ToggleSungguh tak tergambar dek akal fikiran, bilamana seorang mak yang lumrah sifatnya sepatutnya menyayangi dan melindungi anak sendiri sanggup melakukan perbuatan durjana ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Auckland ini, seorang ibu dipenjara enam tahun 11 bulan kerana menjual anak perempuannya sebagai hamba seks lebih 1,000 kali dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014.
5 Kali Sehari
Kasmeer Lata, 36, didapati bersalah berurusan dengan hamba dan meraih untung daripada perkhidmatan seks komersial daripada orang bawah umur kerana memaksa anaknya itu menjual badan sekerap 5 kali sehari kepada beberapa lelaki.
Dia datang ke New Zealand dari Fiji bersama anak-anaknya pada 2014 dan terus tinggal di negara itu selepas visa mereka tamat tempoh menyebabkan remaja terbabit tidak dapat bersekolah selain keluarga tiada pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja.
Jual Anak Pada Hari Jadi ke 15
Kasmeer pernah menjadi pelacur mula mencari duit dengan cara itu sebelum memaksa anaknya turut berbuat demikian apabila menjual remaja berkenaan kepada lelaki berusia 50-an pada hari jadinya ke-15.
Mangsa dikurung di dalam rumah selama setahun setengah malah pernah terpaksa menggugurkan kandungan sebelum diarahkan terus bekerja.

Pelanggan dikenakan bayaran kira-kira NZ$200 (RM570) dengan mencari pelanggan melalui iklan di Craigslist serta akhbar The NZ Herald.
Dia dianggar meraih untung kira-kira NZ$100,000 (RM285,000) hasil menjual anaknya dengan wang berkenaan digunakan untuk membayar sewa serta bil. Remaja itu akhirnya berjaya melarikan diri pada November 2016.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita ‘Rapunzel’ Miliki Rambut Sepanjang 90 Inci, Berat 2KG, Perlu Disikat 1 Jam & Sehari Dikeringkan!

Isi Kandungan
ToggleSeperti watak Rapunzel, Brunette Aliia Nasyrova, 27 tahun yang berasal dari Rusia tetapi kini menetap di Latvia memiliki rambut sepanjang 90 inci setelah tidak memotongnya selama dua dekad!
Menurut Aliia, ukuran berat rambutnya dianggar sebanyak 2kg iaitu sama berat dengan kucing peliharaannya. Selain itu, rambutnya yang panjang itu juga mengambil masa selama satu jam untuk disikat dan tempoh sehari diperlukan untuk mengeringkannya secara semulajadi.
Suami Aliia, Ivan Balaban menyatakan bahawa dia begitu selesa dengan kepanjangan rambut isterinya dan menganggap rambut isterinya sebagai ‘ahli ketiga di dalam keluarga’.
Untuk itu, Ivan akan memberikan sedikit ruang di atas katil mereka untuk meletakkan rambut Aliia.
Rambut Berat
Walaupun kelihatan selesa dengan rambutnya, Aliia mengakui bahawa rambutnya yang berat seringkali menyebabkan kesakitan pada bahagian tengkuknya.
“Rambut saya sangat berat sehingga saya boleh membandingkannya dengan berat kucing saya,” kata wanita 27 tahun yang dilahirkan di Samara, Rusia.
Sementara rambut Aliia menjadi tarikan orang ramai apabila mereka keluar, Ivan menyatakan bahawa dia amat berbangga dengan keputusan Aliia untuk tidak memotong rambutnya.
“Saya akan memberikan ruang yang agak banyak khas untuk rambut isteri supaya saya tidak akan merosakkannya secara tidak sengaja ketika tidur. Saya juga sering bercakap dengan rambut Aliia. Kadangkala saya akan meminta ia untuk ketepi sedikit,” ujar Ivan yang sangat menyukai rambut isterinya.
Tertarik Karakter Rapunzel
Menurut Aliia, dia mula mendapat inspirasi untuk membela rambutnya setelah menonton karakter dongeng Rapunzel. Dia mengakui bahawa dia amat tertarik dengan karakter animasi wanita yang memiliki rambut panjang.
Aliia turut menyatakan bahawa dia akan mengikat rambutnya menjadi tocang setiap kali keluar bagi mengelakkan sebarang masalah.
Disebabkan memiliki rambut yang lebih panjang berbanding ketinggiannya, Aliia sering memijak rambutnya secara tidak sengaja. Justeru, dia tidak akan sesekali keluar rumah dengan melepaskan rambutnya.
Aliia juga selalu memuat naik gambar rambutnya yang panjang di Instagram tetapi ianya tidak begitu digemari oleh segelintir individu.
Mereka sering melontarkan pendapat negatif tentang rambut Aliia tetapi ianya tidak dipedulikan olehnya.
“Ada orang yang meminta saya untuk memotong, menjual atau membuang rambut saya”.
Rambut Terpanjang Di Latvia
Aliia menyatakan bahawa dia tidak merancang untuk memotong pendek rambutnya dalam jangka masa terdekat dan percaya bahawa dia memiliki rambut yang terpanjang di Latvia.

Bagi memastikan penjagaan rambut, Aliia menyatakan akan memotong rambutnya pada setiap bulan bagi membuang hujung rambut yang terbelah.
Selain itu, Aliia turut menerima banyak produk penjagaan rambut secara percuma menyebabkan dia boleh mengurangkan kos penjagaan rambutnya.
Apabila ditanya mengenai pengalaman buruknya sepanjang memelihara rambut tersebut, Aliia menyatakan bahawa rambutnya pernah dilekatkan dengan gula-gula getah sewaktu dia menonton wayang ketika kanak-kanak.
Ekoran tragedi itu, Aliia terpaksa memotong gumpalan rambut yang telah rosak.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana memiliki rambut dengan kepanjangan yang luar biasa, Aliia menyatakan bahawa dia tidak akan memotong rambutnya.
Sumber: Media Gempak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI