Derma Darah, Sebelum Bagi Alasan Takut Jarum Mohon Baca Nota Wanita Ini!

Share

Anda pernah derma darah? Jika saya tanya pada orang, pelbagai alasan yang akan saya terima.

“ Saya takut suntikan jarum,”
“ Saya takut nanti berat badan akan naik kalau derma darah,”
“Tunggulah dulu,”

Pernahkah anda terfikir bahawa kemalangan, kecederaan dan kesakitan datang tanpa diduga.

Pada masa itu sudah pasti bekalan darah amat diperlukan. Kalau semua orang takut untuk menderma darah, sudah pasti tidak ada darah yang boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.

Mungkin sekarang anda masih sihat dan tidak ambil peduli. Tetapi fikirlah masa hadapan jika anda sakit dan tidak ada bekalan darah, pada siapa yang boleh anda harapkan.

Jika berpeluang saya akan menderma darah. Tidak rugi menderma darah. Dan tidak ada sedikit rasa sakit pun apabila menderma darah.

Malah anda boleh rasa bangga kalau darah yang anda dermakan itu mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Kalau hendak kumpul pahala dengan mudah, saya rasa kita boleh buat dengan cara ini.

Siapa yang boleh menderma darah?

Mengikut kriteria yang terdapat pada laman web pusat darah negara www.pdn.gov.my anda layak menderma jika memenuhi syarat-syarat berikut.

1-Sihat tubuh badan.

2-Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma. Dan berumur di antara 18 hingga 60 tahun untuk pertama kali menderma. Mereka yang berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

3-Berat badan 45 kg ke atas.

4-Tidur minimum 5 jam.

5-Tiada masalah kesihatan.

6-Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7-Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
-hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
-hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
-Bertukar-tukar pasangan seks.
-Mengambil dadah secara suntikan.
-menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8-Pendermaan terakhir 3 bulan lepas.

9-Bagi wanita pula anda tidak digalakkan menderma jika anda mengandung, datang haid dan menyusukan bayi.

Senang kan untuk menderma darah? Apa lagi jom lah menderma darah. Pusat Darah Negara sentiasa menerima kedatangan anda.

Kalau tidak sempat ke PDN, anda juga boleh menderma di mana-mana sahaja pusat menderma darah bergerak di kawasan anda.

 

 

Published by
Julie Roshana