Anda pernah derma darah? Jika saya tanya pada orang, pelbagai alasan yang akan saya terima.
“ Saya takut suntikan jarum,” “ Saya takut nanti berat badan akan naik kalau derma darah,” “Tunggulah dulu,”
Pernahkah anda terfikir bahawa kemalangan, kecederaan dan kesakitan datang tanpa diduga.
Pada masa itu sudah pasti bekalan darah amat diperlukan. Kalau semua orang takut untuk menderma darah, sudah pasti tidak ada darah yang boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.
Mungkin sekarang anda masih sihat dan tidak ambil peduli. Tetapi fikirlah masa hadapan jika anda sakit dan tidak ada bekalan darah, pada siapa yang boleh anda harapkan.
Jika berpeluang saya akan menderma darah. Tidak rugi menderma darah. Dan tidak ada sedikit rasa sakit pun apabila menderma darah.
Malah anda boleh rasa bangga kalau darah yang anda dermakan itu mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
Kalau hendak kumpul pahala dengan mudah, saya rasa kita boleh buat dengan cara ini.
Ads
Siapa yang boleh menderma darah?
Mengikut kriteria yang terdapat pada laman web pusat darah negara www.pdn.gov.my anda layak menderma jika memenuhi syarat-syarat berikut.
1-Sihat tubuh badan.
2-Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma. Dan berumur di antara 18 hingga 60 tahun untuk pertama kali menderma. Mereka yang berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
3-Berat badan 45 kg ke atas.
Ads
4-Tidur minimum 5 jam.
5-Tiada masalah kesihatan.
6-Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7-Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
-hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
-hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
-Bertukar-tukar pasangan seks.
-Mengambil dadah secara suntikan.
-menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
Ads
8-Pendermaan terakhir 3 bulan lepas.
9-Bagi wanita pula anda tidak digalakkan menderma jika anda mengandung, datang haid dan menyusukan bayi.
Senang kan untuk menderma darah? Apa lagi jom lah menderma darah. Pusat Darah Negara sentiasa menerima kedatangan anda.
Kalau tidak sempat ke PDN, anda juga boleh menderma di mana-mana sahaja pusat menderma darah bergerak di kawasan anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menu Diet saya loss 25kg+ selama 10 bulan dulu. Sampai sekarang maintain je, Dah hampir 9 tahun dah saya amalkan DSSS ni. Ni semua menu-menu Breakfast, Lunch dan Dinner saya.
Saya makan 6 kali sehari termasuk snacking.
Boleh la kalau ada yang nak Tiruvasi menu-menu ni tapi ikut keperluan badan masing-masing ya.
Semoga bermanfaat.
Ini Koleksi Bento Suku Suku Separuh
Diet Suku Suku Separuh
Sebagai pengetahuan, diet Suku Suku Separuh ini merupakan satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Yang mana, portion makanan sihat mengikut piramid makanan itu divisualkan dalam pinggan. Jadi mudahlah untuk individu yang amalkan mengikut diet sebegini.
Bahagian pinggan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu :
Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
Suku pinggan dengan dengan sumber protien dan lemak.
Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ada orang yang berjaya menanam pokok kunyit hingga daunnya lebat merimbun. Kadangkala, pokok kunyit yang daunnya lebat merimbun, sudah mengumpulkan isi yang banyak. Dan pemilik perlu biakkan pokok kunyit ke dalam pasu yang baru.
Tetapi ada yang tak berani berbuat demikian. Bimbang pokok kunyit yang dipisah-pisahkan dari induk akan langsung mati tidak mengeluarkan isi kembali.
Ada cara yang betul untuk melakukannya. Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara dia membiakkan pokok kunyit daripada pasu asal yang ditanam. Pokok kunyit yang sudah merimbun isinya perlu dipindahkan.
Cara Biakkan Pokok Kunyit
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru.
Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
Selepas Hari Ke-7 Dah Keluar Tunas Baru
Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa.
Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
Selang Seminggu Dua, Tabur Baja Organik
So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa MCO serta Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.
MW : Seronok bila berjaya tanam pokok kunyit berdaun lebar dan berisi lebat.
Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariamsebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Kulit Paratha (dipotong empat)
Cara Membuat:
Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
4. Bakar pada suhu 170c masa 40 minit.
Siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
MW:Mudah sangat nak buat tart telur ni, sesuai dimakan ketika minum petang.Anak-anak pun boleh buat sendiri.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...