Syukur alhamdulillah begitulah diucapkan oleh usahawan selebriti dan juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim apabila dia dan anak perempuannya Wan Maryam telah bebas daripada virus Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif pada tanggal 3 Januari lalu, ketika itu mereka menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berkongsi kisah terbaru mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Stories, Mawar memanjatkan rasa bersyukur apabila dia dan anaknya sudah sihat sepenuhnya. Tambah Mawar lagi ayahnya juga semakin pulih.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.
“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” luahnya.
Sebelum disahkan positif virus merbahaya ini, Mawar pada awalnya mengalami demam panas. Manakala puteri kesayangannya pula tidak mempunyai sebarang simptom.
“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa demam segelah empat tahun tidak demam. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.
“Maryam hanya demam setelah dimasukkan ke hospital. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.
“Ketika rasa sesak nafas dan sakit kepala sekali gus datang sampai otak terasa biul (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” tulisnya.
“Saya makan macam-macam walaupun deria rasa sudah hilang. Tapi pada saya lebih bagus makan makanan yang sihat. Saya amalkan pengambilan suplemen seperti Vitamin C, Omega 3, Habatus Sauda, minyak zaitun, multivitamin, air kelapa tanpa gula, lemon dan orange”.
“Allah… yang pertama saya doakan semuanya baik-baik saja. Makan ubat macam biasa ya. Saya deria rasa dan bau almost 10 hari tapi depends orang lain. Cuma bila deria bau hilang sampai ke otak sakit. Sampaikan Maryam buang air besar pun tak bau apa pun dan tak sedar sampai Maryam beritahu,” kongsinya lagi.
Baca Disini Juga:
Wan Maryam & Mawar Karim Positif Covid-19 “Keadaan Stabil, Sedang Dirawat Dihospital” Fizo Omar
Mawar Karim Yakinkan Diri Perlu Kuat Semangat & Terus Sihat Menentang Covid-19
Sumber/Sumber Foto: Instagram Mawar Karim
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita