Bayangkan bila diri kelihatan lebih tua dan berusia dari umur sebenar. Perubahan fizikal yang lebih ketara kedutan pramatang, rambut mulai gugur, kerosakan gigi dan sebagainya. Memang boleh hilang keyakinan diri.Semuanya gara-gara penyakit yang dinamakan ‘Progeria’.

Seorang wanita dari Ohio, Amerika Syarikat menderita penyakit aneh apabila menjadi lebih tua lapan tahun berbanding dengan usia sebenarnya.

Tiffany Widekind, 43, dilaporkan menghidap penyakit progeria, satu masalah kesihatan yang membuatkan pesakit kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Penghidap penyakit progeria lazimnya menyebabkan pesakit maut seawal usia 15 tahun, namun Tiffany bernasib baik kerana masih mampu hidup tiga kali ganda daripada tempoh usia itu.

Derita Penyakit ‘Progeria’ Wanita Ini Nampak Lebih Tua Berbanding Usia Sebenar!

IKLAN

Jauh Lebih Tua Berbanding Usia Sebenar

Disebabkan penyakit itu, Tiffany mengalami kedutan pramatang, rambut gugur, kerosakan gigi, hingga membuatkan dirinya kelihatan jauh lebih tua berbanding dengan usia sebenar.

Namun begitu, amalan hidup sihat oleh Tiffany seperti mengamalkan yoga, sedikit sebanyak membantu dirinya untuk meneruskan kehidupan.

“Saya bersyukur masih hidup dan saya buat segala-galanya yang termampu untuk peluang terbaik untuk diri saya.

IKLAN

“Usia saya ‘meningkat’ dengan cepat daripada orang lain dan jujurnya saya tidak tahu kenapa saya boleh hidup lebih lama berbanding orang lain yang menghidap progeria.

“Saya melihat macam mana abang saya menderita penyakit ini dan dia berubah dengan begitu cepat, jadi saya mahu hidup dengan pemikiran yang positif,” katanya kepada Metro UK.

IKLAN

Selain dirinya, abang dan ibunya juga mengalami penyakit yang serupa.

Baca Sini: Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!

MW: Kasihannya. Semoga wanita ini kekal positif, panjang umur dan diberi kesihatan yang berterusan.

Sumber: Metro UK

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI