Azabnya kesengsaraan fizikal yang ditanggung oleh anak kecil ini sebelum meninggal dunia akibat hilangya sifat perikemanusiaan seorang manusia.Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya, kelmarin.
Terbongkar Selepas Bedah Siasat
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.
“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.
Azisman berkata mangsa telah meninggal dunia pada 4 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Beliau berkata susulan kematian Mohamad Rayyan, polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
“Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.
Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ads
Ditemui Sihat Bulan Lalu
Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.
Ads
“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.
Ads
“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.
“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.
“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.
Semoga anak kecil ini dicucuri rahmat dan berbahagia disyurga hendaknya. Pesanan buat para wanita mahupun mak-mak, jangan sesekali sanggup ‘korbankan’ anak, pejamkan mata yang berlaku demi cinta buta. Anak kecil seharusnya disayangi dan dilindungi bukannya dijadikan tempat melepaskan segala amarah dan rasa benci.
Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.
“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.
Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.
Doakan saya memperolehi haji mabrur!
Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.
Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.
Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf
Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.
“Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa.” Maklumnya ketika itu.
Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.
MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin
Pihak polis terima aduan daripada penduduk bahawa ada bau kurang menyenangkan, wanita oku ditemui sebelah mayat ibu.
Sebelum menemui mayat warga emas ini, pihak berkuasa telah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Terima Aduan Bau Kurang Menyenangkan
Polis menemui mayat seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling, kedah, semalam manakala seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai anaknya pula didapati lemah di sebelah jenazah itu.
Polis menerima aduan penduduk berhubung bau tidak menyenangkan pada jam 12.40 tengah hari dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.
Wanita OKU Ditemui Sebelah Mayat Ibu
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihak polis menemui mayat warga emas itu yang dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61 manakala wanita OKU berusia 21 tahun itu didapati dalam keadaan lemah di sebelah jenazah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia lima hari lalu.
Polis juga menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Baling untuk tindakan lanjut berkaitan COVID-19.
Dihantar Ke Hospital
Shamsudin berkata, punca kematian belum diketahui dan remaja OKU itu juga dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan lanjut.
“Jenazah telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang disebabkan terdapat sekatan merentas negeri, ramai anak-anak yang tidak dapat berjumpa mak ayah mereka di kampung. Sebenarnya bimbang berlaku di luar dugaan terutamanya mak ayah yang sudah uzur.
Dalam perkongsian di tiktok @halilhakim92, jelas menunjukkan seorang ayah memecahkan cermin kereta bila melihat anaknya tertindur dan terkunci dari dalam.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan apa yang diberitahu, ayanya meminta anak untuk kunci kereta kerana ingin ke kedai. Sebaik datang kembali ke kereta, anaknya tertidur dari dalam.
Cukup membanggakan apabila ayahnya bertindak pantas dan tidak berlengah-lengah terus memecahkan cermin kereta dengan penukul.
Apalah sangat dengan cermin kereta berbanding dengan anak. Sayang anak lebih dari cermin kereta.
Mingguan Wanita : Demi anak, mak ayah sanggup lakukan apa saja.
Sumber: tiktok @halillhakim92
@halilhakim92suruh anak kunci pintu,ayahnya g kedai..last2 anak dia tido..tp respect ayah dia dgn pantas xckp byk,dia lebih syg anak dia dr cermin kereta..
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...