Kisah penderitaan adik Nur Iman Mohamad Sabri mula mendapat perhatian pihak yang bermurah hati menyumbang untuk membantu kanak-kanak kecil ini.
Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.
Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.
Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.
Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.
Rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.
Ads
Nur Iman perlu bantuan segera
Prof Shaifulizan Abdul Rahman
Menurut doktor yang merawatnya, Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.
“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.
“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.
“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan
Prof Shaifulizan menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.
Ads
“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan paling sulung berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan .
Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.
“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.
Ads
“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.
“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/ untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Konsert Jamal Abdillah Live in Concert yang dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September lalu bakal diadakan pada 26 November ini di lokasi yang sama.
Penganjur, Shiraz Projects memaklumkan konsert tersebut terpaksa ditunda ke tarikh 26 November kerana berdepan masalah teknikal.
“Saya difahamkan penganjur, jadual pengarah muzik dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Ahmad Muriz Che Rose yang sepatutnya terbabit dengan konsert skala besar itu bertindih dengan acara lain.
“Saya ada mencadangkan kepada penganjur untuk menggantikan tempat Ahmad Muriz kepada komposer terkenal, S Atan dan pasukan muziknya tetapi terpulang pada penganjur kerana saya cuma menyanyi saja,” katanya.
Kongsi pentas bersama anak-anak
Menjengah laman Instagram milik Dato Jamal Abdillah, kelihatan penyanyi lagenda tersebut sedang sibuk membuat persiapan sempena konsertnya yang bakal diadakan pada hujung minggu ini.
Terdahulu, beliau pernah menyatakan hasrat untuk mengadakan persembahan bersama anak-anaknya di atas satu pentas. Nampaknya, keinginannya kali ini bakal tertunai apabila Konsert Jamal Abdillah di Plenary Hall KLCC ini turut mengundang Zaki Yamani dan Yamani Abdillah sebagai artis jemputan. Selain itu, penyanyi Wany Hasrita juga bakal membuat kemunculan di konsert berkenaan.
Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu popular antaranya termasuklah kekasih Awal & Akhir, Azura, Penghujung Rindu dan sebagainya itu menjanjikan sebuah persembahan yang bakal menjadi kenang-kenangan untuk para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dalam kerjayanya selama ini.
“Saya akan buat persembahan dengan penyanyi jemputan yang merupakan seorang legenda besar dalam industri. Selain bawa anak-anak bersama, saya juga akan bawa rapper untuk menyanyikan lagu saya dan Malique.
Untuk konsert ini saya akan menyampaikan dalam 15 ke 20 buah lagu, mungkin akan ada tiga atau empat segment.
Dalam pada itu, hero filem Azura ini sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa berkemungkinan ini adalah konsert terakhirnya.
Saya harap rakan-rakan media dapat beri sokongan kepada saya dan Shiraz Projects untuk menguar-uarkan konsert…Ini rasanya konsert terakhir.
Tiket konsert masih boleh didapati pada harga RM255 (Silver), RM355 (Gold), RM495 (Platinium), RM595 (Diamond) dan RM995 (Meet & Greet) menerusi platform www.mytiket.asia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biarpun sudah beberapa kali menerima asakan untuk mendedahkan identiti dan wajahnya, pempengaruh, AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.
Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyikan identiti kerana takut wujud perasaan riak dan takbur apatah lagi perhatian ketika melakukan kerja-kerja kebajikan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
Kekal sorok identiti, bimbang wujud riak dan takbur.
Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, di sini semalam.
Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.
“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.
“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.
AZ Pemurah selesa wajah tidak dikenali
Diajukan soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali dia menerima kecaman yang boleh menganggu-gugat kerja-kerja kebajikannya.
“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.
“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.
“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.
RATU Denmark Margrethe II mengumumkan bakal menuruni takhta secara rasmi pada tanggal 14 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik tersebut.
Baginda yang kini berusia 83 tahun merupakan pemerintah monarki paling lama di Eropah apabila mula menaiki takhta pada tahun 1972.Baginda membuat pengumuman mengejut itu di kaca televisyen secara langsung ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2024 kepada 5.9 juta penonton pada Ahad lalu.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira pembedahan pada belakang yang dijalaninya pada awal tahun 2023. Takhta Denmark akan digantikan oleh anak sulung baginda, Putera Mahkota Frederik.
Saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai. Pada 14 Jan 2024 – 52 tahun selepas saya menggantikan ayahanda tercinta, saya akan berundur sebagai Ratu Denmark.
“Saya menyerahkan takhta kepada anakanda saya, Putera Mahkota Frederik,” ujarnya.
Margrethe II menjadi ratu paling lama berkhidmat di Eropah selepas kematian sepupunya, Ratu Elizabeth II. Manakala sejak Julai 2023, Baginda menjadi ratu paling lama dalam sejarah Denmark.
Pada tahun 2022, Ratu Denmark ini telah melucutkan gelaran diraja kepada empat orang cucunya. Empat anak kepada anak bongsu Margrethe, Putera Joachim, yang tidak lagi dipanggil putera atau puteri sebaliknya Count atau Countess of Monpezat iaitu gelaran kelahiran mendiang suaminya, Putera Henrik, anak kelahiran Perancis.
Denmark merupakan sebuah negara yang berpegang kepada sistem raja berperlembagaan menjadikan pewaris takhta ialah Putera Mahkota, Frederik. Anak sulungnya, Putera Christian pada giliran seterusnya diikuti tiga anak Frederik. Margrethe diisytiharkan sebagai Ratu pada 15 Januari 1972, sehari selepas kematian bapanya, Raja Frederik IX.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...