Baru-baru ini makin banyak kes tular mengenai kematian tragis sampai berdarah disebabkan depression atau kemurungan. Sebenarnya apa yang mendorong golongan ini bertindak sedemikian rupa sampai ada yang jadikan anak kecil mangsa?
Ya, kita tidak mungkin tahu cerita sebenar di sebalik mengapa mangsa membuat keputusan begitu atau apa yang mengganggu fikiran merek, namun ramai yang mengetahui bahawa salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian ini adalah penyakit kemurungan ataupun dikenali sebagai “Major depression”.
Biasanya yang lalui masalah ini golongan wanita yang terlalu banyak pendam dan tak mampu meluah. Atau lebih mudah, jemput renungkan perkongsian saudara Amir Syahir ini…
Wanita Yang Alami Depression
Depression ni bahaya. Lukanya tak kelihatan, lebamnya tak nampak tapi kesannya amat mendalam. Penderaan emosi itu lebih bahaya daripada penderaan fizikal.
Ads
Dia pendam rasa. Dia pendam semua kesakitan dalam hati dia. Bila dah meletus, semua kena tempias. Malah pada orang yang dia sayang jugak.
Ibarat gunung berapi yang menunggu masa nak meletus. Kau nampak dia bahagia. Kau nampak dia gembira. Tapi dalam senyuman dia terungap satu rahsia.
Balik rumah nak marah-marah. Balik rumah nak tengking isteri. Balik rumah mandi, tukar baju dan keluar balik. Kurang luang masa dengan isteri kau. Hari minggu pun sibuk dengan kawan-kawan.
Ads
Sebelum kahwin kau tengok dia lemah lembut je. Nak marah pun susah. Apatah lagi nak tinggikan suara. Tetapi bila jadi sebaliknya lepas kahwin, mesti ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang kau perlu ambil tahu, bukannya buat-buat tak tahu.
Beri dia peluang luahkan apa yang dia rasa. Dengar, jangan menyampuk. Dengar dengan wajah yang tenang, bukan dengan wajah seperti singa hendak menerkam mangsa. Kalau rasa seperti ada yang tak terluah, tanya.
Ads
Kena Selalu Tanya Khabar
Walau kau tahu rutin hariannya, tidak ada masalah kalau kau masih mesej bertanya. Tanya bagaimana keadaannya hari ni, apa yang dia buat, dah makan ke belum, anak-anak macam mana. Itu dah cukup buat hilangkan separuh bebanannya.
Ini tak, kau sibuk sangat dengan kerja kau yang tak pernah habis. Kau sibuk bergelak ketawa dengan rakan-rakan di tempat kerja. Tetapi kau lupa, di satu sudut sana ada insan yang jiwanya ssdang merana tetapi dia tetap tersenyum menyembunyikan segala duka.
Itu pasal kau kena selalu caring dan ambil peduli tentang pasangan kau. Mungkin kau penyebab dia despress tapi kau pun tak tahu. Perempuan ni selalu muda emosi. Jadi kau kena jaga hati dan perasaan dia elok-elok.
Moga manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Barisan kabinet baru yang bakal memimpin Malaysia baru sahaja diumumkan semalam.Sebelum pengumuman ini dibuat, ramai yang teruja dan ingin mengetahui barisan kepimpinan negara dibawah kerajaan yang baru sahaja dibentuk ini.
Beberapa hari sebelum pengumuman barisan kabinet ini, pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 51 ada memuatkan satu video didalam postingnya di laman Instagram.
Video tersebut menunjukkan pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini telah ‘mengenakan’ isterinya Dr Jezamine Lim,35 mengenai barisan ‘kabinet’ baru yang dikatakan telah diumumkan.
Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah reaksi ‘win’ Dr Jezamine begitu teruja untuk mengetahuinya namun yang tergelak besar setelah tahu dirinya ‘tertipu’ mengenai ‘kabinet’ tersebut yang merupakan Kabinet IKEA.
Berikut perkongsian video Harith Iskander dengan kapsyen nakal mengusik isterinya;
“Reaksi isteri mengenai berita, senarai terkini barisan kabinet yang diumumkan”
Terdahulu pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,6 Alessandrea Jayne,5 dan Zydane Xayne,3.
Bergurau senda dan usik mengusik merapatkan lagi hubungan suami isteri. Beruntung isteri bila dapat suami jenis suka buat lawak, hilang rasa semua tekanan dan keletihan yang ada sepanjang hari. Hubungan pun tak lah rasa hambar dan sunyi je.
Lumrah perkahwinan ada pasang, surutnya. Kadang-kadang bahagia bukan main, adakalanya pahit untuk ditelan ujian yang menimpa.
Memang tak mudah mempertahankan rumah tangga apatah lagi hanya seorang saja bertahan dan seorang lagi acuh tak acuh. Wanita atau isteri kerap kali dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan rumah tangga walaupun dia menderita.
Sebenarnya bukan suka-suka isteri berjuang pertahankan perkahwinan, sebaliknya wanita tidak pentingkan diri semata, sudah tentu masa depan dan emosi anak-anak juga difikirkan bersama.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik mengapa seorang wanita bergelar isteri mempertahankan perkahwinan yang telah dibina.
Bukan Suka-Suka Isteri Berjuang Bertahan
5 sebab kenapa isteri selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan :
Pertama sekali, orang perempuan ini, kalau boleh, sekali kahwin cukup dan biarlah perkahwinan itu kekal sehingga maut yang memisahkan.
Sebelum dia pilih lelaki itu jadi pasangan hidupnya, dia sudah fikir masak-masak atau dua, tiga kali fikir dah…
Baik, buruk selepas dia buat keputusan untuk jadikan lelaki itu teman hidupnya, dia kena hadapi, dia kena terima, dia kena tabah, dia kena redha…
Itu pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka…
Andai terjadi sebaliknya, maka masa tu, dia akan menilai semula… Kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yang panjang sebelum dia buat pilihan yang baru…
Kedua pula, kalau sudah sayang, bukan senang hendak benci dan pergi. Standard orang pompuan, kalau sayang, dia sayang sungguh-sungguh…
Kalau benci, maka nothing can make her happy…bila dia sayang pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk pasangannya…
Ada juga yang sampai sudah tak fikir diri sendiri, fikir pasangan sahaja… Hidup dia macam untuk orang yang dia sayang saja… All out betul-betul untuk pasangannya…
Pe’el orang perempuan, fitrah orang perempuan… Susah hendak hilangkan perasaan sayang bila sudah sayang… Nak berpaling ketika hati masih sayang itu bukan senang…
Dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan dan fikir yang baik-baik hanya kerana masih sayang…
Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka insyallah dia tidak akan pergi…
Wanita Tidak Pentingkan Diri Semata
Ketiga, hendak tukar pasangan hidup, untuk orang perempuan ini tak mudah. Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mungkin dia sudah ada 2,3 orang anak…
Ramai lelaki yang mungkin boleh terima dia, jadi pasangan dia… Tapi dalam ramai-ramai itu, berapa pula yang boleh terima anak-anak dia, jadi ayah yang baik untuk anak-anak dia…
Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih untuk meletakkan diri mereka dalam penderitaan asalkan anak-anak masih dengan ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yang ibu mereka inginkan.
Isteri Sentiasa Berharap
Keempat pula disebabkan mereka sentiasa berharap. Makhluk yang banyak berharap ialah orang perempuan… Berharap untuk perkara yang baik-baik, berharap untuk kehidupan yang tenang dan tenteram, berharap untuk sebuah kebahagiaan, berharap untuk perubahan yang lebih baik…
Tak pernah lekang untuk berharap, tak pernah putus asa untuk berharap…
Berharap dengan usaha dan berharap dengan doa… Berharap dengan tawakal kepada Allah SWT… Dalam menunggu Allah memakbulkan apa yang diminta, dia akan bersabar untuk seberapa banyak yang dia boleh terima…
Setelah Isteri Lakukan Yang Terbaik
Kelimanya, dia sudah buat yang terbaik, maka dia ada hak untuk bertahan. Dia sudah all out sepanjang perkahwinan… Bebanan yang ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya…
Sebut apa yang dia tak buat dalam tempoh perkahwinan itu… Semua dia sudah buat, semua dia sudah korbankan…
Apa yang pasangan nak, semua dia sudah tunaikan… Dia sudah jalankan kewajipan dia dengan cukup-cukup baik… Walaupun tak sesempurna orang lain, but at least dia sudah buat sedaya-upaya serahkan apa saja yang dia ada…
For this reason, tak akan dengan semudahnya dia berputus asa untuk perkahwinan dia? Tak akan dengan sesenangnya dia hendak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang untuk hubungan itu juga perlu…
Cukup sekadar “jika diperlukan”… Andai sudah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yang perlu dia perjuang dan pertahankan… Dirinya sudah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun untuk pergi…
Renung renungkan…
MW: Sebenarnya, jalan terbaik jika berdepan dengan masalah adalah cuba selesaikan. Jangan sesekali mak-mak berdiam diri dan bertahan sahaja kerana lama-kelamaan akan memakan diri. Apa guna bertahan jika ia amat menyakitkan. Namun ianya adalah pilihan dan hak masing-masing.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Rupanya nafkah anak-anak selepas kematian ayah mereka bukanlah jatuh pada tanggungjawab mak semata-mata.Tidak dinafikan,ramai ibu tunggal yang hilang tempat bergantung serta mengalami kepayahan dalam membesarkan anak-anak selepas kematian suami.Ini kerana ramai mak-mak yang beranggapan bahawa tanggungjawab menyara anak-anak ini harus digalas sepenuhnya tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa.
Mungkin atas faktor tidak tahu menahu mengenai perkara ini atau tidak mahu ‘menyusahkan’ sesiapa, ia mengakibatkan pihak yang sepatutnya menggalas tangungjawab ini ambil sikap ‘lepas tangan’.
Sebenarnya, selepas kematian suami, jika tidak berkemampuan dalam menyara anak-anak dan memerlukan bantuan dalam membesarkan mereka, mak-mak boleh menuntut hak bagi pihak anak-anak mengikut akta Undang-Undang Keluarga Islam. Atas sebab ini jugalah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Mohon hadam perkongsian soal jawab ini yang dipetik daripada page Info Syariah Ini.
Soal jawab 01: NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA
Soalan:
“Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak setelah kematian suami setahun yang lalu. Saya berusaha keras menyara keluarga demi membesarkan anak-anak. Soalan saya, adakah boleh saya menuntut supaya keluarga belah arwah suami saya membantu menyara nafkah anak-anak saya?”
Jawapan:
Tanggungjawab menyara nafkah anak-anak yang kematian ayahnya jatuh kepada datuk (ayah arwah bapa si anak). Jika datuk telah meninggal dunia atau kurang berkemampuan, tanggungjawab tersebut boleh dipikul oleh bapa saudara (adik beradik lelaki arwah bapa si anak) yang berkemampuan.
Failkan kes tuntutan nafkah anak dan masukkan nama mereka (datuk atau bapa saudara) sebagai defendan di mahkamah rendah syariah terdekat.
Mahkamah kemudiannya akan menentukan kadar bayaran nafkah mengikut keperluan si anak dan kemampuan defendan.
Akta undang2 Keluarga Islam WP memperuntukkan;
Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...