Memang seronok dan berbunga rasa hati apabila berpeluang menyediakan makanan hasil ‘air tangan’ sendiri buat pemimpin nombor satu dalam negara. Permintaan untuk menyediakan karipap buat Tun Mahathir dianggap satu rezeki dan amanah besar buat Puan Noraliza Alwi ini. Wanita ini sudi berkongsi ilmu dan resipi karipap sedap yang dibuatnya.
Berikut perkongsiannya;
“Petang tadi dapat berita mengejutkan, diberi amanah besar kena sediakan karipap untuk Tun Mahathir.”
“Tak tau nak kata bangga ka, syok ka, nervous pun ada. Dalam hati masih tak percaya. Uish betul ka Tun M nak makan karipap aku nih.”
“Apa lagi malam ni juga aku start menguli haha. Dan esok, lusa tulat pun anak-anak dan suamiku tahanlah makan karipap hari-hari, nak praktis punya pasal hinggalah hari event hujung bulan ni. Insya Allah hihi.”
“Macam mana depa boleh shortlist karipap aku? Hmm semuanya bermula dari majlis makan-makan dengan geng Malaysian Embassy aku bawa buah tangan karipap kasih sayang home made. Depa heboh kata sedap, senyum ja lah.”
“Apa yang sedap sangat? Ini bahan dia dan cara buat. Korang buatlah sendiri. Kita tak buat jual pun, tempahan pun tak terima.”
Ads
Bahan-Bahan (Inti):
Bawang merah/besar kisar
200g Daging Cincang
2 sudu besar serbuk kari
1.5 cawan air
Kentang (Dipotong dadu)
Garam secukup rasa
Cara Buat Inti:
1. Tumis bawang besar atau bawang merah kisar hingga keemasan
2. Masukkan daging cincang dalam 200g
3. Masukkan serbuk kari dalam 2 sudu. Saya guna serbuk kari Babas
4. Daging dah separuh masak, Masukkan air dalam 1.5 cawan
5. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu.
Garam secukup rasa. Tunggu hingga kentang empuk dan airnya kering.
Sambil tunggu kentang empuk elok tu dah boleh buat pastrinya.
Ads
Bahan-Bahan(Pastri)
1/2kg Tepung Gandum
5 sudu besar butter / margerin / minyak masak
Air garam
Cara buat pastrinya:
1. Gaulkan tepung gandum dalam 6-7 sudu besar (sudu cedok gulai, size bawah sikit dari senduk) (anggaran 25-30 biji karipap).
Dalam 1/2kg.
2. Masukkan butter / margerin / minyak masak. Saya guna minyak zaitun dalam 5 sudu besar.
Kalau nak buat jual gunalah yang paling ekonomi hehe. Paling sedap butter.Paling sihat minyak zaitun. Aku terpaksa pakai ni untuk buat ke Tun M.
3. Masukkan air garam sikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan.
4. Jika terlebih air, dia melekit, susah nak gelek nanti. Jadi campur tepung sikit.
5. Dah siap uli, tak perlu rehatkan pun macam buat donut, terus boleh gentel bulat-bulat sebesar bola pingpong dan canaikan.
6. Lepas dah canai gelek leper, Masukkan inti dalam anggaran 1 sudu kecil.
7. Bolehlah kelim bagi cantik-cantik.
Ads
Dah siapkan dalam sepiring gitu bolehla mula menggoreng.
Selamat mencuba ya.
Noraliza Alwi
Moga ada rezeki selfie dengan Tun nanti.
MW: Wah seronoknya dapat sediakan karipap untuk pemimpin nombor satu dalam negara.Pastinya menjadi kenangan yang paling manis, apabila berpeluang menyediakan karipap air tangan sendiri buat beliau. Mak-mak yang nak cuba kesedapan karipap ini, boleh lah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan ini iya.
Bagi mak-mak yang suka makan kuih lepat dan jagung boleh cuba buat lepat jagung ni. Jika selalu guna daun pisang untuk membungkus lepat, rupanya boleh juga pakai kulit jagung. Malah lagi sedap dan baunya wangi.
“Pagi ni kita breakfast dengan Lepat Jagung, tak payah susah-susah nak cari kan daun pisang untuk membungkus lepat jagung guna je kulit jagung lagi sedap wangi lagi. Jomm kite pakat buat Lepat Jagung. Yang nak mencuba cikza bagi resepi nya sekali.”
Bahan-Bahan (Lepat Jagung):
2 tongkol jagung sagat
1 tongkol jagung dihiris
3 cawan santan
1 cwan tepung beras
1/2 cwan tepung gandum
1/2 cwan tepung jagung
1/2 cwan gula pasir
sedikit garam.
kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara Membuat:
1. Masak semua bahan diatas sehingga pekat.
2. Namun jangan sampai masak pulak.
3. Dah likat angkat dan bolehlah dibungkus.
4. Ambil 1 sudu makan masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas.. buat sehingga habis.
5.Panaskan pengukus.. kukus lepat dalam 20 minit.
MW: Kalau ada jagung kat rumah tu,boleh cuba buat kuih lepat jagung ni. Senang dan gerenti sedap.
Bagi mak-mak yang tengah berdiet, ada masa jemu jugak jika makan menu yang sama setiap hari. Dalam tempoh berdiet sangat digalakkan mengambil makanan yang menggunakan kaedah sihat seperti rebus, kukus, bakar dan sebagainya.
Salah satu resipi kaedah bakar yang boleh dicuba seperti Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sedap, garing dan pedas berdesing ini. Menu ni memang sesuai sangat untuk yang tengah berdiet dan nak buat pun mudah sangat.
“Menu ini sesuai untuk orang yang tengah berdiet ataupun #eatclean #sukusukuseparuh tu. Tuan suami cheyah punya menu makan petang semalam. Jom tengok cara paling mudah.”
RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT TOMYAM
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan cencaru di belah atas
1 peket pes tomyam adabi
1 batang serai
1 biji bawang merah
2 helai daun limau purut
2 biji cili padi
Sedikit garam
Cara Penyediaannya:
1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat.
2. Kemudian masukkan cili serta daun limau purut.
3. Selepas itu, tambah pes tomyam.
4. Kemudian letak sedikit garam.
5. Kacau mesra sebati.
6. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.
7. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing.
Sekali pandang nampak macam kuah Asam Pedas, tapi bila rasa sendiri barulah dapat tahu bezanya. Bagi orang Melaka resipi ni dipanggil Kuah Lada dan rasanya agak pedas berempah.Lebih istimewa kelapa bakar ditambah pada kuahnya untuk menambah aroma serta membangkitkan lagi rasanya.
Ini resipi Kuah Lada cara yang dikongsikan oleh Puan Durrani Damar sebagai rujukan buat mak-mak yang nak mencuba masak sendiri di rumah.
KUAH LADA KELAPA BAKAR
First time mama try masak ni. Orang Melaka panggil kuah lada. Rasa dia tak sama macam asam pedas biasa.Rasa dia luar biasa best dan bertambah sedap.Specialnya sebab ada kelapa bakar tau.Aroma dia tak bole bincang punya. Hehe. Ni ada resepi kat bawah, mama attach sekali untuk kawan-kawan FB semua.
Bahan-bahan Kisar :
Cili kering *
Halia *
Kunyit hidup *
Bawang merah *
Bawang putih *
1 sudu besar jintan manis *
1 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar lada hitam *
1 sudu besar ketumbar *
Bahan-bahan Tumbuk :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
1 sudu besar halba ( digaul sahaja )
Kelapa bakar
Asam jawa
Air secukupnya
Daun limau purut (kalau takde pakai daun kesum )
Sayuran – tomato , terung @ kacang bendi
Garam & Aji secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan tumbuk dahulu .
3. Kemudian masukkan bahan kisar sampai naik bau.
4. Masukkan kelapa bakar yang dah dihiris @ ditumbuk .
5. Masukkan ikan, air asam jawa & air.Biar mendidih .
6. Masukkan daun limau purut @ daun kesum .
7. Masukkan terung, bendi atau tomato .
8. Masukkan garam dan aji secukup rasa.
MW:Menariknya resipi Kuah Lada ni. Kalau suka kuah yang pedas, pekat, berempah dan luarbiasa sedapnya boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...