Boleh dikatakan seorang lelaki yang bergelar ayah mempunyai sikap tegas terutamanya dalam melindungi dan menjaga keluarga. Anak-anak memang lebih dengar cakap ayah daripada mak kan!

Bukan anak-anak tidak takut pada mak tapi biasanya mak nie mulut saja kuat membebel, lepas tu mulalah tak sampai hati tengok anak. Garang-garang mak, sekejap sahaja. Kalau ayah memang buat anak betul-betul takut. Jangan dibuat main-main. Ayah berdehem pun dan bergeletar lutut anak-anak.

Itulah sebab pentingnya peranan ayah. Kalau dua-dua tidak ada tegas, anak-anak boleh jadi lalai dan tak dengar cakaplah dan buat apa yang dia suka.

Perkongsian daripada Faizatul Iman ada benarnya dan memang tidak dinafikan peranan ayah sangat besar dalam keluarga.

Dialog Ayah

Melalui rakaman dari Ustazah Isfadiah tentang peranan ayah pada anak.

Tahukah kalian, dalam Al Quran ada 16 dialog pengasuhan anak anak?

14 daripadanya dialog ayah dengan anak
2 dialog ibu dengan anak
1 dialog guru dan murid

Adakah ini satu kebetulan? Boleh bayangkan tak Allah merakamkan lebih banyak dialog ayah dengan anak anak. Tak mungkin kebetulan kan? Allah Maha Tahu kekuatan dan pengaruh ayah sangat penting dalam keluarga.

IKLAN

Pentingnya DIALOG seorang ayah boleh dilihat pada empat perkara;

SIFAT PELINDUNGNYA

Ayah yang kuat sifat melindungi dapat melahirkan rasa selamat pada anak dan keluarganya. Banyakkan keluarkan ayat ayat yang bersifat melindungi dan nyatakan sebab mengapa kita melindunginya.

“ Ayah marah dan tegur kakak kerana perbuatan kakak ni salah. Ayah nak lindungi kakak sebab pertamanya kerana ayah sayang sangat pada kakak. Kakak sangat berharga buat ayah, buat keluarga kita. Ayang sayang kakak sebab Allah hantar kakak pada ayah untuk ayah jaga betul betul. “

KETEGASAN AYAH

Dengar suara ayah sahaja, anak anak terus tunduk dan patuh. Ayah yang rijal dan anak anak tahu ayahnya tidak boleh dimanipulasikan.

IDEA AYAH

Walaupun kadang-kadang idea gila namun anak anak suka sangat ikut kerana adventurous. Selalu berikan cadangan-cadangan idea pada anak jika berlaku sesuatu. Cadangan-cadangan yang keluar daripada seorang ayah membuatkan anak merasakan ayah hebat dan bijak dan menjadikan ayahnya idola.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sebenarnya Sikap TEGAS Mak Ayah Bertukar GARANG Disebabkan Lupa Perkara Ini

Niat Nak Menyenangkan Mak Ayah, Tapi Jangan Sampai Mereka Berjauh Hati

Info Lebih Menarik Di SINI

KEPIMPINAN AYAH

Bila solat ayah akan jadi iman, bila berdoa ayah akan baca doa kuat kuat dan anak anak dengar setiap butir apa yang ayahnya doakan untuk dirinya, untuk keluarganya. Bila ingin melakukan aktiviti bersama mesti ayah yang akan jadi ketua projek. Sifat kepimpinan yang tinggi melahirkan ayah yang dihormati keluarga. Kita mesti bangga dengan ayah macam ni.

Terima kasih kalian bapa-bapa yang hebat yang setiap hari walaupun letih melayan kerenah anak anak di rumah.

15 Minit Dah Cukup

Ayah yang jarang layan anak anak bolehlah buat jadual 15 minit setiap hari pun cukup untuk layan si cilik di rumah. Mulakan dengan belajar dan berjinak-jinak dengan gurau-gurau terlebih dahulu jika masih belum terbiasa.

Seorang ayah adalah benteng pertahanan anak-anaknya. Walaupun tak banyak bicaranya namun dia adalah benteng pertahanan emosi, memberi rasa aman, yakin, selamat dan berani.

Besarnya peranan ayah.

MW: Biasa kalau anak tak dengar, mak-mak akan sebut je nama ‘ayah’ terus anak akan buat. Kena umpan dengan sebut nama ayah baru nak gerak. Anak…anak….

Sumber: Faizatul Iman Binti Makpol