Dengar Lagu Raya Air Mata Meleleh, Ayah Sedih Teringatkan Zahir

Share

Bila lagu raya berkumandang, air mata meleleh. Rasa aku nak tutup dan tak mahu dengar. Sebab membuatkan aku makin rindu dan sedih teringat dekat Zahir.”

Setiap hari, ayah anak 8 tahun, Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi dilaporkan hilang pada 16 April lalu akan up-date status pencarian anaknya itu.

Semakin hari, semakin menekan emosi dan perasaannya. Rindunya ayah ini, Mohd Fauzi Bin Abdul Ghaffar tak dapat ditahan lagi. Sudah masuk 24 Ramadan, Zahir masih juga belum pulang.

Lagi beberapa hari nak sambut 1 Syawal. Kata ayahnya, “saya selalu update di fb mengenai Zahir. Mana tahu ada yang ternampak Zahir di mana-mana.”

Saya juga masih menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu mencari Zahir. Ustaz dan juga pengamal perubatan yang lain.”

 

Kehilangan Zahir Buat Ayah Makin Sedih Dan Tertekan

Akuinya, dalam usaha mencari anaknya itu dia tetap berdepan dengan tekanan yang berlebihan. Sukar untuknya fokus kepada hal lain disebabkan kehilangan Zahir.

Kewangan berkurangan, pencarian Zahir memerlukan wang apabila meminta bantuan dari pengamal perubatan.” Luah bapa ini yang disahkan menghidap prolapsed disc.

Saya masih menerima rawatan di klinik pakar Hospital Serdang. Boleh berjalan cuma tak boleh berjalan jauh dan tak boleh berdiri lama. Boleh duduk di kerusi saja.”

Dulu saya guna kerusi roda. Selepas berubat cara kampung dah boleh berjalan. Berdiri lama akan sebabkan saya sakit dari pinggang hingga ke dua belah kaki. Jadi sukar untuk berjalan.”

 

Mimpi Anak Balik Dengan Lelaki Bertubuh Tegap

Biarpun dalam keadaan sukar begitu, ayah ini masih meneruskan pencarian. Katanya, “buat cara kampung atau tradisional pun tiada maklumat yang tepat. Last sekali akan disuruh buat solat hajat. Semua yang kata kebanyakan berdekatan kawasan rumah, orang yang kenal, tapi tak dapat beri lokasi sebenar

.”

Maklumat sebegini ada ketikanya buat dirinya keliru. Tidak tahu hendak kenal pasti mana satu kebenarannya. Biarpun hatinya sedih. Doanya agar Allah pulangkan anaknya kembali ke pangkuan dirinya.

Sudah beberapa malam, asyik bermimpi Zahir balik bersama bayangan seorang lelaki berbadan tegap tapi rendah. Sepertinya dalam mimpi itu, bayangan lelaki tersebut ingin menghantar anakku. Tapi takut.”

Bayangan di dalam mimpi berdekatan kawasan rumah saja. Apakah maksud mimpi itu.. siapakah bayangan lelaki itu.” tulisnya dalam status fb.

 

Ibu Dan Ayah Sudah Berpisah..

Maklum Fauzi lagi, dia dan ibu Zahir sudah berpisah. Bagaimana pun hubungan mereka baik. Dia pun sudah berkahwin lain, begitu juga ibu Zahir.

Zahir duduk dengan ibunya. Tapi Zahir selalu datang rumah saya. Sebab rumah kami sebelah blok saja. Zahir ini anak manja ibunya dengan saya juga

.”

“Dia ni suka menolong orang, peramah dan suka ketawa. Bila Hari Raya saya mesti terkenangkan Zahir yang suka kumpul duit raya. Nanti dia beli makanan ringan macam keropok, coklat dan aiskrim.”

Kehilangan Zahir amat memberi kesan padanya. Pastinya Syawal ini tiada lagi suara nakal anaknya yang manja itu. Tiada lagi duit raya untuk Zahir.

Biarpun kewangannya makin menipis, semangatnya untuk mencari Zahir sentiasa ada. Doanya agar Allah pertemukan kembali Zahir dengan mereka sekeluarga.

MW : Mendoakan semoga adik Zahir dapat ditemui semula dan kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Sumber/Foto : Mohd Fauzi

Published by
Netty Ah Hiyer