Dengar Kata Mak, Tak Perlu Rumah Besar, Dah Tua Fikirkan Akhirat, Hidup Tenang

Share

Setiap kali lalu di hadapan rumah besar, rasa seronok dan bahagia dapat ‘jamu mata’ melihat kemewahan rumah yang dimiliki oleh seseorang. Terfikir juga, apakah kerja mereka sampai boleh dapat rumah yang mewah ini. Rezeki.

Kalau boleh, mak-mak pun berimpikan rumah sebegini, anak dapat bilik setiap satu, adik beradik dan saudara dari kampung dapat berkumpul dan bermalam di rumah. Bila rumah kecil, segan pula bersesak dan tidak selesa.

Bila difikirkan itulah yang sepatutnya dengan ada rumah besar. Namun, lain pula dengan fikiran mak-mak kita dulu. Katanya tak perlulah nak rumah besar. Sebab esok-esok anak dah membesar dan masing-masing ada kehidupan sendiri. Bimbang rumah tak terjaga dan kita pun tak larat untuk mengemas.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Berumur Tak Perlu Rumah Besar, Kereta Mewah, Kahwin 2, Rancanglah Duit Masa Bersara

Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Ikutlah Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang

Rumah Besar, Tinggal Berdua

 Inilah antara perkongsian Farizal Radzali yang boleh dijadikan peringatan buat mak-mak yang teringin nak rumah besar. Tak salah pun untuk kita usaha memiliki. Cuma apa yang dingat kembali adalah pesan mak terutamanya bila kita dah tua-tua nanti.

Masa baru kahwin dulu, masih muda, duduk kat rumah teres. Simpan impian nak duduk kat rumah lot. Kononnya ada tanah, boleh bercucuk tanam.

Bila dah dapat tanah, masa tengah buat pelan rumah, kononnya nak buat rumah 2 tingkat, ala-ala banglo. Tengok rumah orang besar, macam seronok je. Hajat hati nak buat 6 bilik tidur 4 bilik air.

Bilik anak-anak 4, bilik kita laki bini 1, lagi 1 bilik tetamu, kononnya la. Ada jugak hati nak buat bilik solat.

Dari lakaran pelan tu, tanya-tanya kontraktor, nilainya RM300k ke atas jugak masa tu. Buat loan, ansuran bank lebih kurang RM2.5k sebulan selama 30 tahun. Ini kos 7 tahun lepas ye. Bukan kos sekarang.

Kos Lagi Besar

Tapi mak pesan, tak payah la buat rumah besar-besar, nanti kos pun jadi besar. Banyak lagi duit nak guna pakai untuk perkara lebih penting.

Sekarang ni anak-anak masih kecik, kos hidup belum tinggi. Kamu pun muda lagi, masih kuat ada tenaga nak turun naik tangga, nak bersihkan rumah semua. Rumah ni makin besar, makin banyak kita isi. Sama je sempitnya nanti.

Lagi 1, sekarang iyelah anak kamu duduk sekali. Nanti diorang dah besar, kamu makin tua. Anak-anak dah ada rumah sendiri, kamu tinggal berdua je. Ha, kamu tengok dia, dia tengok kamu. Masing-masing lutut dah lenguh. Rumah berhutan bersawang. Nak harap siapa kemas rumah yang besar-besar tu?

Mak kata, dah tua-tua nanti, biarlah kita fikir bekalan akhirat, bukan sibuk nak jaga rumah, fikir nak cari duit, sampai umur berapa loan tak habis-habis. Tenang-tenang je dah.

Masa tu rasa geram jugak kat mak, kenapa la mak tak bagi sokongan langsung. Orang ada impian, nak rumah banglo, nak bercucuk tanam kat keliling rumah.

Nak lawan cakap mak, takut durhaka. Lalu terbinalah rumah setingkat, 4 bilik tidur, 2 bilik air sahaja. Nilai binaan baru RM128k je. Bayaran ansuran pun tak sampai RM1k sebulan.

Betul Cakap Mak

Sekarang bila usia dah makin meninggi, anak-anak semakin membesar, kata-kata mak jadi kenyataan. Nasib baik ikut cakap mak.

Konon nak bercucuk tanam, tapi balik kerja terus kalut hal dalam rumah nak masak bagai, badan pun dah letih seharian kerja. Hari cuti takdan nak tengok  luar rumah sebab kerja dalam rumah pun tak habis-habis. Last-last tak payah pun bercucuk tanam, rumput lalang tu dah boleh tumbuh sendiri.

Bilik anak-anak dah mula kosong. Yang balik kolej, yang balik asrama.

Kudrat dah makin kurang. Puluhan tahun berlalu, pelbagai perkara terjadi. Yang kemalangan, kaki dah tak kuat, yanfg jatuh, lutut dah selalu sakit. Rumah setingkat pun rasa mcm bertingket-tingkat. Dari dapur ke depan pun kena berhenti kat R&R.

Ramai kawan²seusia saya yg punya rumah besar tanpa orang gaji, dah mula rasa penat turun naik tangga. Ada yang kata tingkat atas tu hanya dinaiki sebulan sekali je. Barang tak penting je letak tingkat atas, barang penting, kegunaan hari-hari semua kat tingkat bawah. Sebab tak lalu turun naik tangga.

Dulu nak rumah besar, sekarang rasanya biarlah rumah kecik.

Dulu nak rumah yang ada tanah, boleh bercucuk tanam, sekarang rasanya nak duduk rumah teres je, dah tentu takde rumput & lalang untuk ditebang.

Kita tak nampak masa depan sebab kita belum sampai sana. Tapi mak ayah kita dah tahu sebab mereka dah lalui & rasai.

Mingguan Wanita: Masa muda memang keinginan kita, nak macam-macam rumah besar, kereta besar dan komitmen pun boleh tahan tingginya. Tapi bila kita dah tua, baru tahu betul apa yang mak kita cakap tu.

 

Sumber: Farizal Radzali

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nora