Dengan Sekali Lafaz, Dynas Mokhtar Kembali Bergelar Isteri

Share

[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon popular Dynas Mokhtar kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, jam 10.50 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan di Shah Alam.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, dinikahkan bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim dan kedua belah pihak.

Pada majlis ini juga, Dynas menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM1001, wang hantaran RM30,000 beserta set barangan kemas serba satu dari pengantin lelaki. Dynas kemudian membalas sembilan dulang termasuk rawatan lasik berjumlah RM13,000 yang dilakukan, Selasa lalu.

Baca disini: Istimewanya Hantaran Dynas Mokhtar Buat Bakal Suami, So Sweet!

 

Pembawa Dulang & Pengapit Rakan Artis

Majlis pernikahan dihadiri 150 jemputan terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.Lebih istimewa, pembawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan terdiri daripada rakan artis iaitu Aisyah Sinclair,Yasmin Hani, Daphne Iking, Atilia dan Sazzy Falak manakala Scha Alyahya sebagai pengapit.

4 tahun berkenalan dan mengenali hati budi, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu.Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Dynas yang sudah empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal bertemu jodoh dengan Shazrik Din yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berstatus bujang.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagian buat Dynas dan suami, semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Published by
Suhaidah Abd Wahab