Dengan RM10, Kita Boleh Buat Satu Kek Sedap Semudah ABC

Share

Musim PKP ni kadang-kadang kering idea mak-mak nak masak apa. Anak-anak pulak asyik-asyik tanya, hari ni masak apa. Breakfast makan apa, lunch makan apa…nanti minum petang makan apa. Lepas tu sebelum maghrib dah tanya malam ni nak makan apa pulak?

MW kongsi satu resipi yang amatlah mudah dan kosnya pula murah. Resipi perkongsian dari Ameera

ini hanya gunakan dua bahan utama. Iaitu biskut oreo dan juga susu coklat. Cara nak buatnya seperti berikut :

KEK KUKUS OREO

Bahan-bahannya :

  • Dua pek biskut oreo
  • Susu UHT apa-apa jenama perisa coklat (1L)

Cara penyediaannya :

LANGKAH 1

Kisar dua pek biskut oreo bersama separuh kotak susu UHT ke dalam mesin pengisar.

LANGKAH 2

Kemudian tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang bersesuaian.

LANGKAH 3

Kukus sekitar 20 minit ke 30 minit.

LANGKAH 4

Kek kukus oreo anda siap untuk dinikmati. Mudah bukan.

Hanya dengan EMPAT langkah mudah. Anda dah dapat sebiji kek yang bukan saja senang nak buat, tapi rendah kosnya. Bagi mak-mak yang nak mengisi masa anak-anak dengan ilmu kemahiran masak memasak. Ini salah satu projek perintis yang anda boleh buat bersama anak-anak. Confirm ada yang nak buat lagi kalau bahannya pun semudah ini. Selamat mencuba.

Published by
Mastura Burhanuddin