Dengan Hanya Sekali Lafaz, Fattah & Fazura Sah Bergelar Suami Isteri,Tahniah!

Share

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam tadi.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin,27 hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya pasangan selebriti ini.

Perkara ini juga turut disahkan oleh Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.

“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin dengan sekali lafaz.”

Kronologi Kisah Cinta Fattzura

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House Of Dolls milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Majlis Resepsi Awal Tahun Depan

Baru-baru ini, Fattah, 27 dan Fazura, 34, dalam sidang media pada Khamis lalu,merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Namun,pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura.Pasangan ini juga turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.

Kami daripada team Mingguan Wanita, mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan sama cantik dan sama padan ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!

Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Sumber: Sinar Harian, Bharian Online & Mstar

Published by
Suhaidah Abd Wahab