Dengan Budak Budak Ni, Jangan Biasakan Dengan Perkataan TAKUT

Share

Nak suntik semangat berani lagi positif dengan diri anak, sebenarnya kena bermula dari usia mereka masih kecil lagi.

Sebab itu, mak ayah tak digalakkan suntik dalam jiwa, minda anak-anak dengan rasa takut. Saranan pelakon, pengacara dan pengarah wanita, Yana Samsudin ini banyak benarnya.

Dalam memberikan inspirasi berani dalam diri anak lelakinya, Aisy Mateen, 2 Yana akui dia tak sebut perkataan TAKUT dekat anak.

Dan ini yang sebenarnya mak ayah malah mak ayah orang lain kena faham. Dengar perkataan itu lah nanti halang anak untuk berani mencuba sesuatu yang sebenarnya menjadi minat mereka.

Kata Yana, anak lelakinya, Mateen menunjukkan minat yang tinggi terhadap alam semula jadi.

Haiwan, air, gunung, awan.. nampak air je dari jauh dah jerit, ‘Water! Air! Fish!”

Tapi bila suruh berendam sorang-sorang dia takut. Kalau swimming pool baru-baru ini dia berani sikit. Mungkin sebab air tu jernih.”

Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam.”

 

Jangan Kenalkan Perkataan TAKUT Dekat Budak Budak

Sebab itu Yana sentiasa semat tip penting ini bila nak suntik keberanian dalam diri Mateen. “Satu je nak pesan, budak-budak ini sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan ‘takut’.”

Kadang-kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak. Sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan TAKUT

.”

Suka takutkan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini. Apa sahaja perkataan negatif lah. Lama-lama budak-budak jadi takut tapi tak tahu takur apebendaaa.. hadoii.”

 

Tip Yana Buat Mateen Jadi Anak Yang Berani

Ini cara Yana ajar Mateen beranikan diri. Waktu dia masuk hutan bersama anak kecilnya, untuk menemankan makciknya memetik rebung, ibu anak ini melalui anak sungai yang jernih airnya.

Memandangkan minat Mateen terhadap alam semula jadi, Yana kongsi cara macam mana nak tukar rasa takut tu, jadi seronok cecah air sungai.

So berbalik dengan Mateen, nak biasakan diri dia, kenalah warm up dulu.”

 

Dan ini caranya :

  1. Basahkan muka dia dulu.

2. Bagi dia pegang air dan celup

sikit.

3. Lepas itu, lama-lama dia ok.

4. Dia pun dah mula tengok orang terjun lama-lama, dia pun seronok. Lupa dah perasaan takut.

Tapi perasan takut itu masih ada.. hahaha.. normal lah tu.”

MW: Dapatkan tipnya, makna kata kalau nak anak berani jangan sebut perkataan TAKUT yang boleh melunturkan jiwa berani dalam diri anak kita itu.

Sumber/Foto : Yana Samsudin

Published by
Netty Ah Hiyer