Korbankan masa dan usia remaja. Bukan sesuatu yang mudah bagi seorang remaja. Sudah tentu hati memberontak untuk keal dunia luar, belajar dan bekerja untuk pegang duit sendiri.
Namun, semua hasrat itu dilupakan buat wanita ini. Dia sanggup korbankan masa dan ketepikan keinginannya semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.
Besarnya ladang pahala buat wanita ini yang sanggup menjaga orang tuanya sakit. Wanita ini tinggal di Kampung Dalam Rhu, Pasir Putih, Kelantann dan terpaksa berkorban masa dan usia menjaga ibu yang menghidap penyakit strok parkinson sejak mengandungkannya.
Nezira Tul Adawiah Long Mahmood, 24 tahun, mengambil alih tanggungjawab itu selepas semua abang dan kakaknya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Bercerita rutin hariannya, Nezira memberitahu, seawal pagi dia akan memandikan ibunya Aminah Deraman, 65 tahun, dan menyuap sarapan sebelum memberi ubat.
Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkongsi cerita kakak dan abangnya sebelum ini bahawa ibu mereka mula mengalami tanda penyakit berkenaan ketika usia kandungan tiga bulan.
“Ketika itu tiada siapa yang tahu ibu mengandungkan saya sehingga dia demam panas dan dibawa berjumpa doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Ujian air kencing mengesahkan keadaan ibu yang turut menghidap penyakit darah tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Ads
Menurut Nezira, ibunya dibawa pulang ke rumah dan dijaga oleh abang dan kakak secara bergilir-gilir tetapi dimasukkan ke wad semula kira-kira dua minggu.
“Dalam tempoh itu ibu selamat melahirkan saya tetapi perlu bergantung kepada ubat sepenuhnya supaya dia berada dalam keadaan selesa,” katanya.
Tidak Mahu Rawatan Di Hospital
Bagaimanapun kata Nezira, ibunya berkeras tidak mahu melakukan rawatan susulan di hospital dan kali terakhir menerima rawatan pada tahun 2007.
Tambah Nezira, mereka membeli ubat di farmasi dengan kos RM200 seminggu bagi mengurangkan beban masalah yang ditanggung ibunya itu.
Bapanya Long Mahmood Long Ismail, 67 tahun, yang bekerja sebagai nelayan terpaksa menyediakan belanja untuk membeli ubat berkenaan.
Ads
Ibu Nezira menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 tetapi tidak mencukupi untuk menampung kos ubat yang mahal.
“Namun dalam tempoh dua tahun ini, ibu akan menggelupur dan meraung selepas makan ubat selain air liur dan najisnya bertukar kehitaman.
Justeru, jelas Nezira, badan ibunya penuh parut kerana kerap melukakan diri sendiri ketika meminta ubat atau selepas diberi ubat.
“Jika saya tidak memberinya ubat itu, ibu akan menangis dan menjerit sepanjang masa sehingga membawa ke pagi esoknya,” katanya.
Ads
Nezira bersyukur kerana ibunya masih boleh menikmati makanan biasa seperti nasi dan lauk-pauk.
Dia yang hanya bersekolah setakat Darjah Empat mempunyai impian untuk bekerja dan memegang wang hasil titik peluh sendiri.
“Saya terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada kesihatan ibu. Saya juga mahu ibu sihat seperti orang lain,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu meringankan beban Nezira dan ibunya boleh menghubunginya di talian 01161057840 atau menyumbang melalui Bank Muamalat di nombor 13030015210720.
Mingguan Wanita : Moga Nezira sentiasa dipermudahkan urusan dan ibunya sihat kembali.
Tersimbah asid ketika masih kecil, gadis tidak pernah berdendam dengan ayah. Perselisihan faham antara ibu dan bapanya yang berlaku 14 tahun lalu sehingga menyebabkan wajahnya cacat kerana terkena percikan cecair dipercayai asid tidak membuatkan Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan berdendam dengan mereka.
Insiden yang tidak disengajakan oleh bapa dan ibunya masih segar dalam ingatan Nurul Dahyatul Fazlinda, 22, kerana parut itu kekal hingga kini.
Tersimbah Asid Ketika Masih Kecil
Lebih menyedihkan apabila dia tidak mengetahui bahawa bapanya membawa pulang sebungkus plastik berisi cecair yang dicampurkan dengan minyak enjin motosikal.
“Saya tidak pernah pun berdendam dengan ayah. Selepas kejadian itu, mereka bercerai dan kami adik-beradik duduk dengan mak.
“Ayah dimasukkan ke dalam penjara disebabkan isu ini dan dibebaskan pada 2017. Waktu cuti sekolah dulu memang kami akan balik ke rumah ayah,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Ujarnya, perkara tidak diingini itu berlaku sekelip mata apabila dia dan adik lelakinya, Mohd Irfan, yang kini berusia 16 tahun, cuba menjenguk untuk melihat keadaan ibu serta bapanya.
“Masa mereka bergaduh, kami ada di dalam bilik tetapi saya dan adik cuba menjenguk. Ayah pegang satu bungkusan plastik yang ada cecair di dalamnya.
“Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin,” ujarnya.
Gadis Tidak Pernah Berdendam Dengan Ayah
Akibat kejadian itu, dia mengalami cedera parah pada bahagian muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan dan ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang turut mengalami kecederaan.
Ditanya mengenai keadaannya yang terkini, Nurul Dahyatul Fazlida memaklumkan dirinya semakin pulih dari segi mental dan fizikal walaupun masih kurang keyakinan untuk berjumpa dengan orang lain.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia kini sedang menjalani rawatan dengan pakar pembedahan plastik di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Rawatan yang saya terima ini melibatkan pengisian lemak di hidung sebanyak empat kali supaya pembedahan plastik di hidung nanti berjalan lancar.
“Saya sukar bernafas sekiranya tengah demam atau selesema yang teruk,” jawabnya ringkas.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh dibuat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1150041000040457 atas nama Nurul Dahyatul Fazlinda bagi meringankan beban terutama kos rawatan dan perjalanan yang terpaksa ditanggung untuk ke Kuala Lumpur dari Terengganu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengasas Sobella Cosmetics, Wan Nur Syuhada Bt Wan Norzie atau lebih dikenali sebaga Syu. Berkongsi perbualan WhatsApp antaranya dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Tentang kebimbangan ibu mengandung tak boleh survive lagi-lagi yang dijangkiti Covid-19.
Sebelum ini Syu pernah dijangkiti Covid-19 dan dirinya hamil. Syu berjuang melawan Covid-19 dalam keadaan dirinya hamil. Dan akhirnya, Syu kembali sembuh.
Bermacam pertanyaan Allahyarham Sarah tanyakan padanya sebagai langkah persediaan. Namun, Allah lebih menyayangi rakannya itu.
Kongsinya, “Bila Syu keluar dari hospital, Sarah text Syu bagitau Sarah happy. Pastu Sarah tanya Syu pasal pengalaman Syu dalam ICU.
Macam-macam Sarah tanya. Sarah tanya macam mana Syu bertarung untuk kembali sihat, macam mana Syu positive, apa side effect lepas Covidd, apa doktor buat dalam ICU, macam-macam lagi Sarah tanya. Syu tak sangka semua soalan tu as preparation bila Sarah yang kena.”
Dalam ICU Ramai Ibu Mengandung Tak Boleh Survive
“Syu sempat pesan kat Sarah, jangan gi mana-mana and take extra precautions sebab Sarah mengandung. Sarah kata Shuib memang tak bagi keluar coz he is so protective towards u and anak-anak.
Pastu Syu cerita yang Syu risau sebab dalam ICU hari tu ramai jugak ibu mengandung takleh survive. But today, ketakutan Syu jadi kenyataan. It broke my heart a lot. Blank pun ada. Tak percaya Sarah dah takde. Tapi cuba untuk redha sebaik mungkin .
Al-Fatihah my dear friend . As much as kami semua sayang Sarah, but Allah loves you even better . Kematian yang dicemburui. Everyone doakan Sarah. Semua kebaikan Sarah finally diceritakan . Tenanglah Sarah kat sana . InsyaAllah kita ‘jumpa’ nanti ya.”
Perkongsian WhatsApp Antara Allahyarham Siti Sarah Dan Syu
Rumah banglo hadiah ‘anniversary’ Ayda Jebat & Nabil, alhamdulillah rezeki kurniaan Allah. Murah sungguh rezeki pasangan bahagia ini.
Seperti mana yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir pasangan ini meluahkan rasa bersyukur dengan hadiah yang cukup bernilai iaitu sebuah rumah banglo akhirnya menjadi milik mereka.
Rumah Banglo Hadiah ‘Anniversary’ Ayda Jebat & Nabil
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu berasa sangat bersyukur apabila usaha keras mereka akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman.
“Hadiah anniversary sampai lambat, tapi rezeki tak salah alamat.
“Alhamdulillah.. alhamdulillah. All the hard work, our sacrifices, sleepless nights and struggles, downfalls, it all pays off.
Rezeki Baby Juga
“Kerja siang malam kepagi sampai tak mampu nak bukak mata dah tapi muka still senyum depan camera, yang tau je tau haha!
“Congrats to you @nabilmahir & me! Rezeki baby jugak. Now, let’s get busy for our new house wuvv!” luah Ayda.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.