Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Tiga beradik ini bertungkus lumus seawal jam 7 pagi di tapak pasar tani berjualan nasi lemak. Alhamdulillah sambutan orang ramai memberikan kegembiraan bila mana dua tong nasi habis setiap kali berniaga di sini.#ERAFoodsMY #ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekah
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
Kenangan bersama arwah suami.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekahTiada lagi insan dikasihi yang menjadi tunjang keluarga besar ini.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
Ads
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Ads
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Anak-anak ini gembira menerima sumbangan dari Beras Era.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Ads
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita mana yang tidak ‘cair’ bila melihat deretan perhiasan barangan kemas yang dipamerkan di kedai emas. Mana tidaknya, emas sememangnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri buat kaum wanita bukan sekadar perhiasan semata-mata, malah ia turut menjadi elemen pelaburan jangka masa panjang untuk wanita yang bijak melihat potensi yang dimiliki oleh logam berharga ini.
Tidak hairanlah mengapa wanita ini, Puan Sabihah Binti Hashim nekad mengusahakan sebuah kedai barangan kemas dikenali sebagai Sabihah Gold yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.
Emas Sebagai Cash
Meskipun baharu setahun ditubuhkan, wanita yang melibatkan diri dalam industri kewangan dan pelaburan ini telah membuktikan kejayaan dalam perniagaan berasaskan emas dan kini bersedia untuk membawa Sabihah Gold Sdn Bhd ke tahap yang lebih tinggi.
“Saya melihat emas sebagai cash.Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita yang selalu mengalami “kebocoran Ringgit”. Menyimpan dan memiliki emas merupakan cara paling sesuai untuk mengelakkan kebocoran itu daripada terus berlarutan,” ujar Puan Sabihah Hashim memulakan bicara apabila diajukan tentang emas sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya.
Tambah Sabihah lagi, secara peribadi, dirinya merupakan pencinta perhiasan emas dan sering membeli sama ada untuk tujuan penggayaan sendiri mahupun pelaburan dalam bentuk simpanan. Perhiasan emas juga merupakan perkara pertama yang terlintas di fikirannya apabila membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Selain itu, permintaan pasaran yang berterusan, potensi pelaburan dan kepentingan budaya yang sangat dekat di hati setiap rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, menjadi penguat dalam membuat keputusan untuk menceburi perniagaan ini.
“Saya lihat emas menjadi suatu perniagaan yang mampu bertahan lama. Dalam Al Quran turut disebut apabila wang menjadi inflasi, emas atau dinar yang akan diguna pakai dalam proses jual beli. Saya amat menggalakkan wanita untuk menyimpan emas untuk diri sendiri. Banyak faedah yang dapat dinikmati untuk jangka masa panjang,” ujar Sabihah lagi.
Sabihah Gold menawarkan kombinasi reka bentuk moden, elegan, dan eksklusif dengan harga yang berpatutan. Selain kualiti dalam setiap produk emas, Sabihah Gold juga menyediakan variasi rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan trend semasa.
Perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi juga menjadi keutamaan, memastikan pengalaman membeli yang meninggalkan kesan positif bagi setiap pelanggan. Ditanya mengenai persaingan yang sengit dalam perniagaan berasaskan emas, Sabihah mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai persoalan tersebut.
“Bidang perniagaan emas sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Perniagaan ini adalah untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar perniagaan viral yang datang sekejap dan pergi. Pemakaian dan perniagaan emas akan sentiasa ada dalam kehidupan”-Sabihah Hashim.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan wanita agar tidak menunggu harga emas turun untuk membeli, kerana emas adalah simpanan yang berharga dan mampu milik walaupun hanya bermula dengan 1 atau 2 gram, ujarnya lagi.
Kongsi Momen Ibu Inspirasi
Memilih berkongsi momen indah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & Majalah NONA baru-baru ini, malam penghargaan tersebut turut diserikan oleh Sabihah Gold di mana salah seorang penerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita & NONA, Zarina Zainuddin.
Menurut Sabihah, dia berkongsi momen istimewa bersama selebriti yang cekal menjaga dua orang anak Autisme di samping menjalankan perniagaan dan karier seni secara beriringan.
“Zarina Zainuddin adalah epitom kecekalan seorang ibu, dengan kasih sayang dan ketabahan yang tidak pernah surut dalam mendidik dan menjaga dua anaknya yang menghidap Autisme.
Menghadapi cabaran yang tidak mudah, Zarina Zainuddin menunjukkan kekuatan luar biasa dan dedikasi tanpa henti untuk memastikan anak-anaknya mendapat perhatian dan sokongan terbaik.
Kesabaran dan ketabahannya menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa yang menghadapi situasi serupa, menunjukkan bahawa dengan cinta yang tulus dan usaha yang gigih, setiap cabaran boleh diatasi demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak tersayang.
Beliau bukan sahaja membuktikan bahawa wanita mampu berjaya sebagai ibu, menjalankan perniagaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana kekuatan dan keazaman dapat membawa kepada kejayaan yang berterusan.
Pada pandangan saya, dia merupakan insan terpilih. Tidak semua wanita kuat dan mampu berhadapan situasi seperti dia. Malah, jika saya berada di tempatnya, saya sendiri tidak yakin adakah saya kuat sepertinya. Zarina Zainuddin sememangnya antara insan yang terpilih,” ujar Sabihah seraya mengakhiri perbualan.
Khas untuk semua wanita yang ingin berjinak-jinak menjadikan emas sebagai pelaburan ataupun perhiasan, jangan lupa follow media sosial Sabihah Gold di Facebook dan Instagram @sabihahgoldhq.
Penjagaan mata sangatlah penting terutama mereka yang menggunakan kanta lekap berjam-jam. Awas! jangan pakai kanta lekap jika keadaannya kering atau hampir kering. Sangat penting anda rendam kanta lekap ke dalam larutan dan dapatkan khidmat nasihat.
Nikmat mata yang diberikan oleh Sang Pencipta perlulah dijaga dengan baik. Jangan sesekali diabaikan. Sememangnya sangatlah penting bagi mendapat penglihatan yang sempurna. Jagalah mata agar kekal segar sepanjang masa.
TIP PENJAGAAN & KEBERSIHAN APABILA MEMAKAI KANTA LEKAP
Seperti yang anda ketahui, memakai kanta lekap cukup mudah namun faktor penjagaan dan kebersihan sangatlah penting! Disini terdapat beberapa tip penjagaan dan kebersihan apabila memakai kanta lekap yang boleh diamalkan.
1.Jangan Pakai Kanta Lekap Melebihi Masa Penggunaan Yang Disyorkan
Awas ya, sila pakai kanta lekap mengikut penggunaan masa yang disyorkan. Jika anda memakai melebihi masa kemungkinan akan berlakunya masalah pada mata.
2.Usah Abaikan Tanda-Tanda Jangkitan
Jika mengalami sintom rasa sakit, kemerahan, penglihatan semakin kabur atau kepekaan terhadap cahaya silalah berjumpa segera dengan doktor mata.
3.Cuci Kanta Lekap Dan Bekas Dengan Betul
Kanta lekap perlu dibersihkan dengan larutannya yang khusus, mengikut arahan yang diberikan oleh pengeluar. Anda juga perlu mencuci kanta lekap dan bekasnya dengan betul.
4.Elak Menambahkan Larutan, Tukar Air Baharu Dengan Kerap
Pastikan anda menggunakan air yang baru apabila ingin menyimpan kanta lekap yang telah dipakai.
Temui Doktor Mata Dengan Kerap
Jika mata anda berair, gatal-gatal atau kemerahan, keluarkanlah kanta lekap anda dengan segera sebelum ia bertambah parah! Paling penting keraplah bertemu dengan doktor mata ya.
Jenama Penjagaan No.1 Dunia Rohto Cool Multi-Purpose Solution
Ketahuilah! Pembersihan kanta lekap yang salah akan mengakibatkan pelbagai masalah, termasuk kerengsaan dan jangkitan mata! Perkenalkan jenama penjagaan mata No.1 Dunia Rohto Cool Multi-Purpose Solution yang merupakan pilihan tepat pengguna kanta lekap
KEBAIKAN ROHTO COOL MULTI-PURPOSE SOLUTION
Bagi pengguna kanta lekap Rohto Cool Multi-Purpose Solution sememangnya punya banyak kebaikan.
KEUPAYAAN PENYASIAN TINGGI
Membersihkan pencemaran dengan betul dengan bahan pembersih seperti Polaxamer hanya dengan menggosok.
KELEMBAPAN TAHAN LAMA
Mengandungi bahan pelembap untuk memastikan kanta kusyen dan terhidrat sepanjang hari. Penyelesaiannya serupa dengan air mata (pH), jadi ia lembut pada mata
3.SENSASI PENYEJUKAN
Dengan Sensasi penyejukan untuk memberikan kesejukan yang menyegarkan dan keselesaan pemakaian yang menyenangkan
DILENGKAPI DENGAN BEKAS KANTA
Disediakan mudah untuk digunakan lens case (Jenis satu sentuhan). Tudung tidak akan mudah hilang kerana ia dilekatkan pada bekas itu.
5.BEKAS LENS YANG SELAMAT & SENANG KERING
Bekas lens Rohto boleh klip dekat penutup botol. Pastikan casing lens menghadap ke bawah supaya ia betul-betul kering dan tiada habuk ataupun kuman yang jatuh ke dalam casing lens. Kalau yang casing lens lain, air boleh terperangkap di dalam casing lens mengakibatkan kuman membina dan habuk akan jatuh ke dalamnya. Patutlah kadang-kadang mata rasa tidak selesa!
TIP SELESA & SELAMAT WALAU BERJAM-JAM GUNA KANTA LEKAP TERUTAMA DENGAN MENGGUNAKAN ROHTO COOL MULTI-PURPOSE SOLUTION
Dengan menggunakan Rohto Cool Multi-Purpose Solution anda akan pasti berasa selesa. Walau seharian menggunakan kanta lekap. Ini antara tip selesa dan selamat apabila anda memilih Rohto Cool Multi-Purpose Solution.
Memberikan Kelembapan Berpanjangan Pada Mata
Kita semua tahu rasa letih mata selepas memakai kanta lekap berjam-jam lamanya. Mengabaikan penjagaan kanta yang betul boleh menyebabkan ketidakselesaan, kemerahan, dan lebih teruk lagi seperti jangkitan.
Rohto Cool Multi-Purpose Solution memberikan kelembapan berpanjangan, memastikan kanta anda terhidrat dengan sempurna sepanjang hari. Dengan sensasi penyejukan khasnya, Rohto Cool Multi-Purpose Solution bukan sahaja melembapkan tetapi juga menyegarkan mata anda, membuatkan anda berasa cergas, terutamanya semasa waktu kerja yang panjang.
Keupayaan Membasmi Kuman Yang Tinggi
Adakah anda tahu, solek mata kami akan masuk ke dalam kanta sentuh anda, bercampur dengan bahan pencemar udara & habuk apabila anda berada di luar?
Rohto Cool Multi-Purpose Solution mempunyai keupayaan pembasmian kuman yang tinggi, memastikan kanta anda bersih dan selamat untuk mata anda. Ia menawarkan kelembapan berpanjangan, memastikan kanta anda terhidrat dengan sempurna sepanjang hari.
Kanta Disimpan Dengan Selamat Dan Bersih
Adakah anda sedar bahawa kes kanta sentuh biasa cenderung mengumpul air dan habuk, mewujudkan keadaan yang boleh membawa kepada pencemaran bakteria yang serius, yang berpotensi mengakibatkan jangkitan mata dan masalah mata yang teruk yang lain?
Rohto Cool Multi-Purpose Solution dengan bekas kanta satu sentuhan yang mudah digunakan, bekas klip pada botol untuk kering memastikan tiada sisa air dalam selongsong dan tiada kotoran terkumpul. Ia juga mempunyai keupayaan pembasmian kuman yang tinggi, memastikan kanta anda disimpan dengan selamat dan bersih.
Selain itu, dengan kelembapannya yang tahan lama, Rohto memastikan kanta yang disimpan bersamanya kekal terhidrat dengan selesa untuk tempoh yang lama.
Bagi wanita yang menggunakan kanta lekap pastinya anda akan kelihatan anggun apabila menggunakan kanta lekap dengan cara yang betul. Malah Rohto Cool Multi-Purpose Solution juga mampu menjaga kebersihatan pada mata anda! Dapatkan jenama produk no 1 di dunia ini dengan melayari laman sosial https://www.facebook.com/rohtomalaysia dan https://www.instagram.com/rohtoeyedropsmy/
Setiap wanita inginkan kulit wajah yang bersih. Bagi mendapatkan kulit yang gebu dan mulus penggunaan serum booster sangatlah penting ya!
Serum merupakan antara keperluan penting dalam rutin penjagaan wajah, selain memakai pencuci, toner dan pelembap, serum juga sangat penting dalam penjagaan dan rawatan kulit wajah. Berbanding serum biasa, selalunya serum booster mempunyai konsentrasi yang lebih tinggi.
Pada wanita yang mempunyai kulit sensitif dan tidak berani menggunakan serum, Rohto-Mentholatum memperkenalkan Dermistry+, Pakar Serum! Anda tidak lagi perlu bimbang isu-isu kemerahan dan pengelupasan. Ini kerana Dermistry+ Booster Serum adalah bebas daripada wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon, dan paraben, menjadikannya sesuai untuk walaupun kulit paling sensitif.
‘Pakar Serum’ Dermistry+, Bantu Selesaikan Masalah Kulit Yang Sukar
‘Dermistry’ berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry”, mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan ramuan yang mujarab, manakala moto ‘Pakar Serum’ menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu. Paling penting ‘Pakar Serum’, Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Terdapat lima varian untuk dipilih daripada Dermistry+. tetapi produk utama ialah Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum. Di mana produk ini mengandungi niacinamide dan Vitamin C (5% Vitamin C + 0.1% Vitamin A), sangat sesuai bagi membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata. Ia akan memberikan keserian pada kulit wajah!
Serum ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, kerana ia membantu mengurangkan penampilan mereka dan menggalakkan kulit yang lebih berseri. Dengan penggunaan biasa, Niacinamide dan Vitamin C Serum boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan dan penampilan kulit, menjadikannya kelihatan dan berasa lebih licin, lebih sekata, dan banyak lagi terhidrat.
Keputusan Ujian Klinikal:
87% Mencerahkan tona kulit
87% Mengurangkan Garis Halus & Kedutan
Selepas 14 hari, berkesan mengurangkan panjang kaki gagak sehingga 7.76%
Jangan Kedekut Nak Miliki Wajah Berseri
Reka bentuk pembungkusan Dermistry+ juga mencerminkan komitmennya terhadap estetika saintifik yang bersih. Imej botol premium dan profesional itu menampilkan peratusan bahan utama manakala kotak mempamerkan tanda ikon yang menyerlahkan rumusan secara langsung dan tepat.
Sememangnya banyak manfaat yang dapat diperolehi dari pemakaian serum. Paling penting bagi wanita di luar sana yang tidak kedekut untuk memiliki wajah yang cantik berseri anda boleh dapatkan Dermistry+ Concentrate Booster Serum di farmasi Watson dan Lazada serta Shopee pada harga RM90. Dapatkan sekarang demi kulit yang lebih sihat.
Tunggu apa lagi, dapatkan sekarang Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh dibeli di farmasi Watson dan Lazada serta Shopee pada harga RM90 sahaja! Untuk maklumat lanjut, sila layari Dermistry .
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...