Setiap wanita inginkan kulit wajah yang bersih. Bagi mendapatkan kulit yang gebu dan mulus penggunaan serum booster sangatlah penting ya!
Serum merupakan antara keperluan penting dalam rutin penjagaan wajah, selain memakai pencuci, toner dan pelembap, serum juga sangat penting dalam penjagaan dan rawatan kulit wajah. Berbanding serum biasa, selalunya serum booster mempunyai konsentrasi yang lebih tinggi.
Pada wanita yang mempunyai kulit sensitif dan tidak berani menggunakan serum, Rohto-Mentholatum memperkenalkan Dermistry+, Pakar Serum! Anda tidak lagi perlu bimbang isu-isu kemerahan dan pengelupasan. Ini kerana Dermistry+ Booster Serum adalah bebas daripada wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon, dan paraben, menjadikannya sesuai untuk walaupun kulit paling sensitif.
Ads
‘Pakar Serum’ Dermistry+, Bantu Selesaikan Masalah Kulit Yang Sukar
‘Dermistry’ berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry”, mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan ramuan yang mujarab, manakala moto ‘Pakar Serum’ menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu. Paling penting ‘Pakar Serum’, Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Terdapat lima varian untuk dipilih daripada Dermistry+. tetapi produk utama ialah Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum. Di mana produk ini mengandungi niacinamide dan Vitamin C (5% Vitamin C + 0.1% Vitamin A), sangat sesuai bagi membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata. Ia akan memberikan keserian pada kulit wajah!
Serum ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, kerana ia membantu mengurangkan penampilan mereka dan menggalakkan kulit yang lebih berseri. Dengan penggunaan biasa, Niacinamide dan Vitamin C Serum boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan dan penampilan kulit, menjadikannya kelihatan dan berasa lebih licin, lebih sekata, dan banyak lagi terhidrat.
Keputusan Ujian Klinikal:
Ads
87% Mencerahkan tona kulit
87% Mengurangkan Garis Halus & Kedutan
Selepas 14 hari, berkesan mengurangkan panjang kaki gagak sehingga 7.76%
Jangan Kedekut Nak Miliki Wajah Berseri
Reka bentuk pembungkusan Dermistry+ juga mencerminkan komitmennya terhadap estetika saintifik yang bersih. Imej botol premium dan profesional itu menampilkan peratusan bahan utama manakala kotak mempamerkan tanda ikon yang menyerlahkan rumusan secara langsung dan tepat.
Sememangnya banyak manfaat yang dapat diperolehi dari pemakaian serum. Paling penting bagi wanita di luar sana yang tidak kedekut untuk memiliki wajah yang cantik berseri anda boleh dapatkan Dermistry+ Concentrate Booster Serum di farmasi Watson dan Lazada serta Shopee pada harga RM90. Dapatkan sekarang demi kulit yang lebih sihat.
Tunggu apa lagi, dapatkan sekarang Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh dibeli di farmasi Watson dan Lazada serta Shopee pada harga RM90 sahaja! Untuk maklumat lanjut, sila layari Dermistry .
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Ramai yang mengeluh kek jadi bantat, kek pecah di tengah, melekat di loyang, berderai bila dipotong serta lain lagi ketika kali pertama cuba membuat kek. Semua itu adakalanya membuatkan semangat mereka yang baru mencuba jatuh merudum.
Sebenarnya tak susah pun sebaliknya membakar kek boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi yang baru ingin mencuba buat kek di rumah. Kek marble antara kek paling mudah dibuat. Bahan diperlukan juga tak banyak. Kek pun terlajak gebu dan sedap. Sesuai dibuat minum petang di rumah.
Seronoknya Membakar Kek
Nak bakar kek, ada beberapa perkara anda perlu tahu dan jika ikut, membakar kek boleh jadi satu keseronokan.
Pertamanya, bagi yang baru berjinak-jinak membuat kek, masa membakar kena berdasarkan panduan resipi. Contohnya bagi kek marble masa diambil antara 45-50 minit.
Teknik kedua kena tahu ialah ketika mixing. Adunan perlu dipukul sempurna. Kalau mentega dan gula dipukul tak sempurna, kek boleh berkerak pada keliling kek selain timbul bintik-bintik putih di tengah kek.
Ketahui Teknik Mudah Gerenti Jadi
Antara tips lain ialah suhu oven terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar selain cara memukul tadi tidak cukup kembang. Dan apa yang terjadi ialah kek akan bantat.
Mesti adakalanya kek kita melekat pada loyangkan. Tips elak semua ini terjadi ialah sapu minyak sedikit pada bawah dan keliling loyang selain gunakan kertas pelapik. Tapi sebenarnya masalah kek melekat adalah kerana kita menggunakan terlalu banyak gula atau banyak manisan lain. Jadi kurangkan sedikit, kata orang secukup rasa.
Ok inilah antara tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman berhasil. Tidak ada lagi alasan kenapa kek tak jadi, kenapa kek bantat atau tenggelam dan sebagainya.
Jom buat kek marble dan menang duit…
Sambungan dari Fiesta Homebakers Usha-Usha Kuih Raya yang berlangsung pada Februari, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) meneruskan usahanya dalam menyokong dan memupuk minat membakar kek di kalangan ramai melalui kempen “Bake It Better” yang bertujuan untuk menjadikan proses membakar kek lagi menyeronokkan dan lebih baik dengan perkongsian produk, pengetahuan dan pengalaman dari professional.
“Bake It Better” terdiri daripada 4 siri yang bermula dari peringkat mudah hingga peringkat pertengahan dan peringkat pakar. Dalam setiap cabaran CSR bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menaikkan cabaran itu. Siri pertama – Kek Marble telah berlangsung pada 5 Jun dan akan tamat pada 25 Jun 2023.
Apa nak buat dan bagaimana nak sertainya?
Ikut saja step di bawah ini:
Ikuti semula video resipi “Kek Marble” Jelita Memikat Hati CSR
Inilah masanya untuk serlahkan bakat baking anda dalam Peraduan #CSRBakeItBetter! Mudah je, cuma hasilkan resipi kek yang dinyatakan dengan kreativiti anda dan anda berpeluang untuk menangi hadiah berupa produk dan E-Wallet TouchNGo!
Jom tengok siapa yang paling terer buat kek marble! Nak lagi meriah, ajaklah kawan-kawan sekali tau.
Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia, beliau terus diterima bekerja sebagai eksekutif di syarikat oil & gas. Beliau berimpian untuk bergelar jurutera hebat dan menjana pendapatan lumayan hanya dari profession tersebut. Tak pernah terlintas langsung dalam kamus hidupnya mencari rezeki dengan membuat bisnes.
Beliau juga pernah memandang skeptikal pada orang yang mencari pendapatan tambahan dengan perniagaan berkonsep Multi Level Marketing (MLM). Siapa sangka MLM akhirnya mengubah seluruh kehidupan wanita berusia 37 tahun ini ke tahap jauh lebih baik. Tambah Murni Zuriati Mohamed lagi, dia mengakui cukup rimas dengan sikap mereka yang berniaga dalam bidang MLM. Pada beliau, bisnes tidak seharusnya dengan paksaan tetapi persetujuan bersama dan konsep ini tidak ada pada MLM yang beliau lihat pada masa lalu.
“Pada mulanya saya tak terfikir nak serta Hai-O. Sejujurnya dulu, saya ada satu pandangan skeptikal pada orang yang mencari pendapatan tambahan. Bagi saya usaha itu macam low class dan saya tak minat langsung. Saya lebih percaya kepada berjaya dalam kerjaya professional.”
“Namun, kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta. Pada tahun 2008, saya dan tunang merancang untuk berkahwin. Kami berdua nekad untuk berkahwin dengan menggunakan duit sendiri tanpa melibatkan pinjaman peribadi. Tetapi kalau dihitung dengan gaji bulanan yang diterima, rasanya ia masih belum cukup untuk menampung kos majlis yang diimpikan.”
Akhirnya, tunang beliau (yang kini suami) yang pada ketika itu seorang guru, memilih untuk menjalankan bisnes sambilan dengan Hai-O. Beliau pada mulanya tidak bersetuju dengan tindakan tunangnya itu. Namun ego beliau tunduk apabila mentor bisnes tersebut adalah figura yang beliau sangat kenal iaitu felo kolej beliau di UTM, Puan Norazlin Nordin.
Berguru dengan mentor yang betul
Beliau sangat kenal dengan integriti Puan Norazlin Nordin. Beliau jadi tertanya-tanya, mengapakah seorang Pegawai Penyelidik memilih untuk berniaga dalam bidang MLM. Apa yang membuatkan beliau lebih tertarik adalah Puan Norazlin menjalankan bisnes ini dengan cara sangat professional dan tidak memaksa seperti penggiat MLM lain yang beliau jumpa sebelum ini. Cara Puan Norazlin benar-benar mengubah persepsi beliau terhadap MLM.
Tambah wanita yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur ini lagi, melihat kesungguhan felonya melakar kejayaan dalam bidang MLM memberi inspirasi buatnya untuk menjejak langkah yang sama. Tambahan pula, mentor beliau menegaskan agar mula menjalankan bisnes ini secara sambilan dahulu. Tidak perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada untuk bermula.
“Saya kagum dengan cara beliau mengimbangi karier hakiki dan juga cemerlang dalam bisnes sambilan. Melihat kejayaannya membuatkan saya yakin dan menjadikan beliau individu yang wajar dicontohi untuk membimbing saya ke arah status bebas kewangan yang diidamkan.”
“Akhirnya saya memilih untuk berniaga bersama Hai-O di bawah bimbingan CDM Norazlin Nordin dan Smart Tycoon Group. Hasilnya saya dapat berkahwin awal setahun dari tarikh yang dirancangkan tanpa perlu terikat dengan pinjaman peribadi. Alhamdulillah, sehingga kini, beliau masih lagi menjadi mentor saya. Syukur saya membuat pilihan yang tepat memilih beliau yang telah membimbing saya sehingga saya boleh mencapai pendapatan RM250 ribu sebulan dan simpanan jutaan ringgit,”.
Kaya bersama ahli keluarga
Kejayaan Murni dalam bidang ini juga telah membuka mata ahli keluarga beliau yang lain. Melihat satu persatu pencapaian Murni dalam bisnes, adik-beradik kandung beliau mula berminat untuk menjalankan bisnes yang sama walaupun mereka mempunyai latar belakang pekerjaan yang berbeza. Mereka juga memutuskan untuk memulakan bisnes ini secara sambilan. Kini, kakak beliau Murni Hayati dan dua lagi adik beliau, Siti Nurhafzan dan Siti Nurul Bahiyah juga telahpun berjaya mencapai pendapatan lima dan enam angka sebulan dengan bisnes Hai-O.
“Melihatkan banyak perpecahan dalam keluarga berlaku disebabkan masalah kewangan, dulu saya sentiasa berdoa agar adik-beradik saya semuanya kaya dan berjaya. Tak sangka pula doa saya termakbul melalui satu platform bisnes yang sama untuk kami semua. Saya berasa sangat bangga kerana bukan semua orang dapat sokongan keluarga dalam bisnes apatah untuk berjaya bersama seperti ini. Saya juga berasa lega kerana tiada jurang pendapatan antara kami adik-beradik. Kami sama-sama dapat memewahkan ibu dan bapa disamping membahagiakan keluarga kami masing-masing, Alhamdulillah,”.
Ingin ubah persepsi ramai orang
“Kalau tak kerana bisnes, mana mungkin saya merasa memandu Range Rover Evoque bernilai RM500 ribu dan menyediakan Toyota Vellfire untuk famili. Mana mungkin saya memiliki dua buah rumah dan sebuah rumah kedai. Mana mungkin saya boleh melancong dengan penerbangan kelas perniagaan.
“Kejayaan yang paling manis untuk saya adalah apabila saya dan suami dapat mengerjakan Umrah VIP bernilai RM27 ribu seorang bersama arwah ibu. Sekembalinya kami bertiga dari umrah tersebut, arwah ibu menghembuskan nafas terakhir. Umrah itu adalah 10 hari terindah saya bersama ibu dan tentunya hasil dari bisnes yang arwah ibu juga merestuinya,”.
Kejayaan ini bukan sahaja dirasakan oleh beliau seorang malah ramai lagi rakan kongsi. Mereka melancong dua ke tiga kali setahun secara percuma dengan Hai-O. Ramai yang telah merasai transformasi hidup kerana peluang kejayaan dalam bisnes ini terbuka sama rata kepada sesiapa sahaja. Kerana itu, Murni ingin berkongsi peluang perniagaan ini dengan sesiapa sahaja yang ingin bebas masa dan bebas kewangan. Pengalaman beliau mengubah status ekonomi dari sederhana kepada pendapatan tinggi boleh diduplikasi oleh orang lain yang mempunyai matlamat yang sama seperti beliau.
Beliau sedar dan tahu, belum ramai dalam kalangan masyarakat yang nampak potensi bisnes MLM ini seperti beliau yang dahulu. Dari itu, beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi agar persepsi negatif tentang MLM akan berubah dan semakin ramai yang mengambil peluang untuk mengubah taraf ekonomi dengan bisnes modak rendah namun mendatangkan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat berbanding bisnes konvensional.
“Kerana itu, sangat penting untuk kita memilih mentor yang terbukti berjaya dan sistem yang terbukti berkesan untuk kita berjaya dalam apa jua bisnes yang kita ceburi. Jangan membuang masa bereksperimen sendiri. Saya harap selepas ini, ramai anak muda yang memilih Hai-O dan Smart Tycoon Group sebagai komuniti bisnes sambilan mereka agar mereka juga dapat merasa pendapatan sekurang-kurangnya lima angka sebulan sebagaimana saya mendapat pendapatan lima angka pertama pada usia 28 tahun dan pendapatan enam angka pertama pada usia 33 tahun.”
“Saya ingin lebih berjaya dalam bisnes ini selepas ini. Saya mengidamkan pendapat RM500 ribu sebulan pula dan untuk mencapai matlamat in, tidak ada cara lain selain saya terpaksa menarik ramai lagi orang untuk berjaya bersama-sama. Inilah prinsip saya dalam bisnes, saya ingin menjadi seorang guru bisnes ibarat chandelier, bukan terkorban malah semakin cantik bila menerangi orang lain,”.
“Duit bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan duit. Banyak kebahagiaan yang boleh kita ‘beli’ dengan duit. Namun, kita wajar menjadi tuan kepada duit, bukan hamba kepada duit. Sentiasa sematkan dalam hati, kita adalah hamba kepadaNya dan seharusnya kita selalu bersyukur dengan segala nikmat yang dipinjamkanNya,”luah Murni Zuriati mengakhiri bicara bersama MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.