Demi Jaga Mak Ayah OKU, Gadis Kampung Tolak Tawaran Kerja, Buat Bisnes Sendiri

Share

Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang gadis yang masih muda untuk membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung demi menjaga orang tuanya yang tidak begitu sihat.

Bergelar gadis kampung, mungkin awalnya agak kekok dengan melakukan kerja-kerja di sawah padi, memancing ikan dan berniaga kecil-kecilan. Tiada langsung rasa malu kerana itulah punca rezeki untuk dia dan mak ayahnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Adik-Beradik Harapkan Aku Seorang Jaga Mak.’ Buat Kebaikan Tapi Berkira, Punca Rezeki Tersangkut

“Saya Tak Nak Menyesal;”, Sanggup Berhenti Kerja, Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh

Gadis Kampung, Cari Rezeki

Dalam perkongsian video tiktok, Ardida atau dikenali dengan nama gadis kampung telah mendapat perhatian apabila memaparkan dia sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah.

Menurut Noor Shahida Zolkifli, 24 tahun, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.

“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat.


.

“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.

“Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.


.

Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.

Jaga Mak Ayah OKU

Kata Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.

“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan OKU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.

“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.

“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.

Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.

Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampungnya.

Dia juga turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.

“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.

“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.


.

Mingguan Wanita : berkat jaga orang tua, moga bertambah-tambah rezeki.

Sumber: Mstar & Gadis Kampung (tiktok) 

@gadiskampung_1 Balas kepada @mr88rondruneeerr TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG MENDOAKAN SAYA 😌🙏🏼 #anaksyurga
#oku ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
@gadiskampung_1PAK AKU COMEBACK GENG 🤣♬ Tentang Perasaanku – Ɓυηgͥαͫ Mαтαнαяι
@gadiskampung_1Terima kasih banyak berkorban siang malam untuk anak & isterimu. moga Allah sentiasa merahmati hidupmu ayahku 🥺❤️ meskipun kita tiada harta yg indah , kita masih ada ” KASIHSAYANG ” nanti adik bagi hadiah ya tunggu 😊♬ original sound – 𝑎𝑙𝑠 – 𝓪𝓵𝓼 🐼

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora