Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang gadis yang masih muda untuk membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung demi menjaga orang tuanya yang tidak begitu sihat.
Bergelar gadis kampung, mungkin awalnya agak kekok dengan melakukan kerja-kerja di sawah padi, memancing ikan dan berniaga kecil-kecilan. Tiada langsung rasa malu kerana itulah punca rezeki untuk dia dan mak ayahnya.
Dalam perkongsian video tiktok, Ardida atau dikenali dengan nama gadis kampung telah mendapat perhatian apabila memaparkan dia sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah.
Menurut Noor Shahida Zolkifli, 24 tahun, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.
“Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung. Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat.
.
“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.
“Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu, mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya
Ads
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.
.
Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.
Jaga Mak Ayah OKU
Kata Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.
Ads
“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan OKU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.
“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.
“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.
Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.
Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampungnya.
Dia juga turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.
“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.
Ads
“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.
.
Mingguan Wanita : berkat jaga orang tua, moga bertambah-tambah rezeki.
@gadiskampung_1Terima kasih banyak berkorban siang malam untuk anak & isterimu. moga Allah sentiasa merahmati hidupmu ayahku 🥺❤️ meskipun kita tiada harta yg indah , kita masih ada ” KASIHSAYANG ” nanti adik bagi hadiah ya tunggu 😊♬ original sound – 𝑎𝑙𝑠 – 𝓪𝓵𝓼 🐼
Kalau ada yang baru beranak kecil, ini rahsia yang cukup bagus untuk anda amalkan tip banyakkan susu badan. Tambah pula jika anak anda jenis nak menyusu sejam sekali! Ada dua cara yang anda boleh cuba resepi daripada Puan Sya Bell, pilih dan sila buat!
Saya nak share lagi resepi milkbooster natural dan Homamade sebab saya tengok ramai pula sugest kat orang lain air kotak longan yang viral tu.
Ada super power boleh tambah susu dan ada super duper power tambah kahak kat anak. Kesian la kat baby tu, saya kesian baby berkahak sangat tak selesa. Sebab itu saya share lagi.
Bahan-bahan boleh cari kat kedai ubat cina sensei, kalau awak rasa serasi, bolehlah amalkan. Tapi tolong jangan pengaruhi mommy-mommy lain.
Milkbooster saya.. saya pilih natural dan sihat. Alhamdulillah full bf twiny Boy.
Cara rebus:
Kurma merah
Logan kering
Gojiberry
Campur sikit Brown sugar dan letak daun pandan
Memang sedappp sangat.
Cara kedua (lagi sedap rasa lai chee kang)
Rebus
Kurma merah
Logan kering
Gula batu
Buah kundur
Barli
Daun pandan
Yummy… sangat lah sedap dan sihat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!
Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bapa Nabil Ahmad Meninggal Dunia “Pergi Di Hari Jumaat Barakah, Semoga Ditempatkan Dikalangan Orang Beriman”. Salam takziah diucapkan buat keluarga pelawak, pengacara dan pelakon Nabil Ahmad yang baru saja kehilangan bapa tersayang.
Menerusi akaun instagram rakan artis iaitu pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah telah berkongsi kisah sedih tersebut;
“Pergi di hari Jumaat yang Barakah. Semoga di tempat kan dikalangan orang orang beriman”
Bapa Nabil iaitu Allahyarham Ahmad Ismail meninggal dunia sekitar jam 2 petang di Hospital Serdang.
Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kompilasi jantung pada usia 71 tahun, setelah seminggu dimasukkan ke hospital.
Menerusi perkongsian di Facebook Era pula telah mengesahkan berita duka tersebut.
“Salam takziah buat Nabil dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Haji Ismail dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama kalangan orang beriman,” ujar Pengurusan Radio Era.
Jenazah akan dibawa pulang ke Mambau, Negeri Sembilan yang juga merupakan kampung halaman Nabil untuk diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Garam.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...