Hebat dan gigih sungguh insan yang bergelar wanita ini. Demi jaga anak (OKU) dan emak yang sakit, Puan Ellyin Tan kental hati 10 jam berada di dapur dan masak 22 jenis masakan sebagai persediaan stok lauk untuk persediaan Ramadan.

“22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang-sorang je layan jiwa dekat dapur sempit tu. Alhamdulillah siap stok lauk untuk persediaan Ramadhan ni.” ujarnya

Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!

Fokus Ibadah

Segalanya di lakukan bagi memudahkan urusan dan dirinya dapat fokus untuk melakukan ibadah pada bulan yang mulia nanti.

“Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal-awal. Nak jaga anak OKU dan emak yang sakit. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat-sahabat dapat doakan urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Artikel Menarik: Simpan Stok Lauk Basah Cara Ini, 3 Minggu Pun Masih Segar

Demi Orang Tersayang

Menurut Puan Ellyin lagi kekuatan dan kegigihan yang diperolehi dalam memasak berpuluh jenis juadah ini, meskipun ia cukup meletihkan namun segalanya adalah demi keluarga tersayang.

“Sebab kita pegang satu je kita boleh kuat dan hadap semua ujian…mereka orang yang kita paling sayang. Tak nak kehilangan mereka biarkan satu cabaran yang sangat meletihkan.”ujarnya.

Berkongsi antara 22 juadah menu yang disediakan seperti Rendang Ayam, Rendang Daging, Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Telur, Asam Pedas Ikan Kembung, Pajeri Terung, Pajeri Nenas, Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Sambal Telur, Perut Lembu Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang, Sup Kaki Ayam, Sotong Tumis Hitam, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Paprik Campur, Tomyam Campur, Daging Goreng Kunyit, Ikan Cencaru Berlada dan Pes Ikan Bakar.

Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!

Ads

Mesti Baca: Pes Sambal Hijau, “Stok Menu Sahur Ni Boleh Ratah Gitu Je.”

Lagi Di Sini: Bangun Seawal Subuh, Enam Jam Masak 30 Bekas Lauk Frozen Untuk Keluarga

Mingguan Wanita:Wanita ini memang hebat dan terbaik. Penat bukan alasan untuk menyediakan hidangan air tangan sendiri sepanjang bulan Ramadan nanti.Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain.Bagus dan praktikal untuk wanita yang bekerja. Jika balik lambat dan tak sempat masak, dah ada masakan siap dalam peti ais, senang.. tinggal panaskan je.

Ads

Sumber: Ellyin Tan

Betul ke mak ayah berbahasa kasar, anak boleh jadi degil? Ikuti penjelasan ini.

Ads

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI